Ahad, 12 Julai 2009

Teko Ros Hitam

Aduh..hari ni cukup bermakna.Pertama kerana bertemu Izan Manjung,seorang pengunjung blog yang sudi "barter" pelita denganku.Bermakna selepas ni koleksi pelitaku akan berubah warna,tidak lagi merah semuanya.Tak sangka..dari ber sms akhirnya kami bertemu di Bidor.Blog Izan "on the way",lepas ni bertambah lagilah member antik kita.
Keduanya,hari ni dapat lagi dua biji teko bunga ros hitam yang memang fresh keluar dari stor.Dulu aku tak berkenan sangat dengan hitam putih ni,tapi bila tengok teko ni terus jatuh cinta.

TEKO:NOT FOR SALE

Selain tu dapat juga mangkuk ros hitam,walaupun lama tapi putih bersih .Walaupun bunganya berlainan,tapi nampak serasi dengan teko di atas.Mangkuk ni ada extra,so..sesiapa berminat nak beli,boleh sms ok..0194434109

FOR SALE:3 BOOKED,4AVAILABLE

Hasil pancing terakhir ialah kole ayan...terpengaruh dengan Welly la ni.Nyonya tu pun taktau nak letak harga,alih-alih dibaginya RM1.Bukan harga jadi ukuran,tapi seni dan nolstagia....susah nak cari ayan kalerful mcm ni.

Pastinya,cik odah, cik kiah dan yang lain-lain tu dapat hasil pancing yang lagi besar,silap-silap ikan paus lagi,hehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan