Khamis, 23 Julai 2009

Enamel Merah

Salam ceria kepada rakan-rakan yang membaca catatan ini.Kali ni n3 koleksi enamel @ayan merah putih.Dalam banyak-banyak warna,merah putih ini memikat hatiku.

Pelita ni jumpa di kedai hardware sewaktu hendak membeli spray cat.Murah saje..RM9.

Besen ni pulak sudah lama memikat hatiku,tapi harganya agak mahal,iaitu RM40.Alasan nyonya kedai tu,ini barang lama,sekarang sudah tak kuar lagi.Alih-alih,petang tu bila tanya,dia cakap RM8 je.Sedap mulut je nyonya ni sebut harga.

Teringat zaman kecil dulu,kalau kenduri-kendara,besen ni digunakan untuk masukkan daging atau bawang.

Last sekali,dalam koleksi merah putihku ialah kole ayan.Pesen ni masih ada lagi di kedai-kedai pinggan mangkuk.. tapi yang ini sangat murah,RM1 je.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan