Sabtu, 25 September 2010

My Antique


Assalamualaikum.Akhirnya,merasa jugak nak memiliki sentuhan FA,WALAUPUN bukan buatan sendiri.Almaklum la...keras tangan,bab-bab seni ni kureng sikit.Apapun,terimakasih kak Shima sebab sudi menyiapkan My Antique Collections ni.Cadang tu nak letak atas pelapik hiasan,letak atas almari,tapi,ada pulak tangan comel yang asikkk ambik pelapik tu buat pistol.jadi sekarang gantung aje.

Ros Merah-Extra


SOLD OUT
Satu teko
Dua pasang creamer

sms :0194434109


SOLD
CAWAN KEKWA(TIDAK TERMASUK TEKO)
cAWAN 6,PIRING 6

Isnin, 13 September 2010

syoknya raya

Assalamualaikum,Selamat Berhari Raya,bulan Syawal baru nak mengambang,masih panjang lagi untuk kita menyambut Aidilfitri.Okey,hari ni best sangattt sebab menerima kunjungan dua orang rakan blogger iaitu Nannie dan Ezani.Nannie on the way nak balik KL dari Kuala Kangsar,jadi singgap sekejap di Tapah.Asalnya rancangan nak ke rumah Ezani,tapi psal akak ni ada jemputan open house di Ipoh,tak jadi pergi rumah Zani.Insyaallah...sampai jugak nanti.Telefon jugak Zai-Laman Seni yang kebetulan ada di Gunung Mesah,tapi Zai ada hal,tak dapat datang.Jemput jugak Ainzuryn tapi diapun ada tetamu bertandang.

Gambar kenang-kenangan adib dengan Adam..alahai,sorry sangat kat Adam sebab Adib nakal,dibababnya Adam.Mula-mula main,(tengok gambar,siap pegang Adam lagi) pastu dah boring buat baik,mulalah tunjuk nakal.Adam jangan serik datang rumah achik ye...tadi achik Shas dan babab Adib..



Hah...ni pulak sesi blogger antik bergambar.Adoi...pendeknya akak dalam gambar ni.Maklum,depa dua orang jenis tinggi,nampaklah sangat aku ni pendek,huhu...



Kepada Nannie sekeluarga dan Ezani,akak mintak maaf sangat atas layanan dan hidangan seadanya.....lebih-lebih lagi terpaksa "berperang" dengan budak kecik tu.Jangan serik datang rumah akak ye...

Akhirnya waktu maghrib Ain sampai rumah datang mengambil piring kekwa pink yang dibeli drp akak.Lepas maghrib datang pulak jiran sebelah rumah.Kiranya hari ni....hari menerima tetamu,kata orang tetamu datang bawa rezeki,syukur...

Sabtu, 11 September 2010

Raya & Birthday

Scrapbook at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com
1 Syawal bersamaan 10 September
Happy Birthday Angah

Selasa, 7 September 2010

Maaf Zahir Batin



Assalamualaikum buat semua rakan-rakan blogger,silent reader dan yang pernah berurusan dengan saya.Pada kesempatan ini,saya mengambil peluang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.Mohon maaf andai ada salah dan silap,terasa di hati,terusik di jiwa.
Dalam berhati-hati menyusun bicara,mungkin ada kata yang terkasar,dalam gurau senda mungkin ada kata yang tersilap.Terlebih kurang,minta dihalalkan.

Okey...layan,kad raya macam-macam rupa dari member alam maya.

Daripada Kely.Suka tengok..lain dari yang lain.


Kad raya Yatt Precious.Happy family gitu...

Jumaat, 3 September 2010

Tunjuk sana sini

Assalamualaikum buat yang sudi singgah di teratak hamba ini...
Yahoo...sekolah dah cuti.Jangan kata budak sekolah,cikgu sekolah pun happy giler.Tapi kalau ada anak nak ambik exam,mungkin semangat raya tu kureng le sikit kan.Sebab...masuk sekolah tak berapa hari dah nak exam.Cikgu pun sama,buka sekolah."bersilat" le balik.Sebelum cuti pun dah 3 set kertas latihan percubaan negeri lain dibekalkan kepada pelajar.Biasalahkan...kerja kita.

Persediaan raya...inilah kuih tunjuk2 yang telah berjaya"ditunjuk"khikhi...Kalau yang pandai buat sendiri macam Kak Nor,Aida,Mat Gebu semua tu...ish..takdak deme pandangnya kuih tunjuk2 ni.Buat sendiri mestilagi best,ikut citarasa sendiri.Awak ni pulak...hehe..citarasa hebat,nak yang sedap,tapi sendiri bikin...tunjuk juga pandai,hehe..Budak2 pun memilih jugak,kalau tak sedap,sampai sudah depa tak makan.

Wajib ada,tart nenas.Alhamdulillah,sedaplah yang akak beli ni.Yang hitamni,crispy creepe..entahlah,macam2 nama,pun sedap jugak,anak2 gerenti suka.Jadi terpaksalah disorok.Kalau tak, sampai raya,tinggal bekas je.Tunjuk sana tunjuk sini,dah beratus akak habis.Harga di Ipoh dan Tapah rasanya okey lagi.Di Ipoh,3 bekas (<>50bj) harganya RM50.Di Tapah pulak,RM15 aje.
Sudi-sudilah bertandang....