Isnin, 26 Disember 2011

Transformasi Almari Lauk

Salam ceria
Sekadar berkongsi rupa almari lauk lama yang akak make-over sendiri
Keluar peluh jantan betina youuu :)
Begini rupa almari sewaktu diangkut ke rumah dulu.

Pada mulanya,setelah dikikis syelek lama,akak try sapu dengan minyak jati.Uhhhh...hasilnya sangat tidak memuaskan hati akak,sebab nampak kusam,tidak bercahaya.Nak buat semula,dah penat sangat.Jadi almari ini diperam beberapa bulan.Sebagai kenangan hari lahir baru2 ni,akak belasah almari ni lagi seround,konon2 hadiah utk diri sendiri,hehe..nak tggu org hadiah almari siap macam ni,esok lusa ,tulat pun belum tentu dapat.

Nah inilah hasilnya sekarang,tapi bab pemasangan cermin akak upah orglen sebab akak tak mahir.Nak suruh suami pulak,entah bila nak datang mood rajinnya.Upah orang dua hari siap pasang cermin pada bingkai pintu,En.suami setakat tolong pasang ensel je,hehe...


Bukanlah nak puji melantun-lantun tapi....memang almari lauk lama ni bila kita tukar cermin kaler,nampak sangat exclusive.Mesti opah2 ,makcik2 tak kenal almari depa yang asainya cuma bernet hijau,berlemoih...
Apakata..cubalah make-over sendiri,rasa puashatiiii sangat.Akak cadang nak cari lagi sebiji,buat macam ni jugak...

Khamis, 22 Disember 2011

Teko Labu For Sale

SOLD
RM75 termasuk pos di semenanjung
SOLD
Set padi.
RM100 termasuk pos.
(Mulut teko ada rosak,bila tutup tak nampak)
Seperti dibawah:

Berminat :sms 0194222761
Klik label untuk jualan untuk melihat lain-lain barang

Selasa, 20 Disember 2011


Salam ceria..terima kasih buat rakan2 yang mendoakan kesejahteraan akak sempena hari lahir yang lepas.Bak kata orang,usia hanyalah angka,terpulang bagaimana kita "meletakkan"diri kita.Ada yang terasa cepat tua, ada pulak yang masih macam biasa,tak kurang jugak yang terover,hehe...teringat ada kawan tegur akak.."eh,engko masih pakai jeans?"La...apahal pulak,takkan umur 40-an takleh pakai jeans,nasib la aku pakai seluar jeans,maunya pakai mini skirt,sapa nak tolong cover?
Teringat pulak kat satu iklan jamu kat suratkhabar,nenek tu promote jamu,nyampah pulak akak tengok dressing nenek tu.Kut ye pun jamunya mujarab tegang sana ketat sini,pakai la elok2 sikit,biar sesuai dengan usia.
Ada pulak seorang rakan lelaki,dia kata dia suka kalau orang pompuan sentiasa rasa muda,baru suami suka...ish..lain macam je bunyinya.Akak rasa akak faham apa maksudnya,ke akak ni yang kepala otak 18sx,hehehe...

Oklah..saja nak tayang pelita yang akak beli di Loken beberapa minggu lepas.Macam kelakar kan rupa pelita ni,cerminnya tu montok sangat,kepala besar dari badan.
Ok...tata..:)

Rabu, 14 Disember 2011

Dah tue???

foto ehsan google

14 Disember datang lagi
Happy birthday to me..hehe..meningkat lagi usia
Syukur alhamdulillah...

Semoga ........
aku sentiasa diberi petunjuk
didorong ke jalan kebaikan
dibersihkan hati dari hasad dengki,irihati
kerana penyakit hati
lebih parah dari lain-lain penyakit.

Semoga...
Dikurniakan kesihatan yang baik
Dapat melaksanakan ibadah
Dapat berdiri penuh semangat menyampaikan ilmu kepada anak-anak didikku
sesungguhnya
sihat itu nikmat paling bernilai
sebelum sakit

Semoga...
Melalui hari-hari mendatang dengan jalan yang lurus
Tidak diduga dengan dugaan berat
kerana
aku tidak pasti
sejauh mana aku kuat meghadapi dugaanMU

SEMOGA
AKU MENJADI HAMBA ALLAH
YANG SENTIASA TAHU BERSYUKUR

Selasa, 6 Disember 2011

Hunting Loken Minggu Ini

Salam ceria
Ahad lepas,akak ke Loken lagi,dah dua minggu berturut-turut ke Loken,biasalah kalau mood cik abang ok,dia yang offer,ajak ke Loken.Orang ramai sangat.Nak jalan pun susah.Tapi dalam sesak-sesak tu,nampak ibu-ibu muda mengendong baby yang kecik sangat,baru beberapa bulan.Macam baru lepas pantang pun ada.Takpun sorong dlam stroller.Ish..sian pulak akak tengok,rasanya tak sesuai bawak baby ke tempat macam tu.Berhabuk dan kebarangkalian dihinggapi penyakit sangat tinggi dalam keadaan sesak macam tu.

TAPI...akak dulupun pernah jugak,punya boring dalam pantang,cukup umur anak 44 hari,akak belasah bawak pi Jusco Ipoh.Orang pun tegur..ish..keciknya baby.Maklumlah pantang koboi,sendiri-sendiri,akak dengan suami je,jadi ikut kepala otak sendirilah.Ambik kau,masuk hari ke 45 sampai umur anak 3 bulan,asik melalak je budak tu.Jenuh berubat,dari pukul 11 malam...sampai azan subuh baru lena.Suami pun tunding ke jari ke akak..tulah awak,tak sabar sangat nak berjalan,hehe....kenangan,peritnya menjaga anak kecik.
Agaknya ibu2 yang akak jumpa di Loken tu spesis mcm akak jugak kut...

Okey...setakat berkongsi salah satu hasil shopping akak,tutup tureen yang murah sangat,hehe..shopping di gerai Paklang Antik.Tutup je..bodynya memang akak dah ada,kebetulan angam pulak tu saiznya.


Meriahnya bunga...dua jenis berlainan pulak tu,tak kisahla..janji ko tureen,dulu teringin sangat nak ada tureen,hah sekarang dah ada....sekadar menambah yang berkenan je.

Ahad, 4 Disember 2011

For sale



SOLD
sugarpot padi-rm55 tidak termasuk pos
SOLD
Teko dan creamer ros merah.Rm100 tidak termasuk pos.
Berminat sms.

Jumaat, 2 Disember 2011

Padi for sale





.

Mrs pot padi.Semua ok,kecuali muncung teko ada sedikit sumbing,tak jelas sangat.
RM90 termasuk pos.
Berminat sms