Isnin, 28 September 2009

Roses

Masih dalam suasana raya,so...selamat hari raya.Baru turun sikit berat badan,makan sana,makan sini..readylah,lepas ni adalah kain baju yang terpaksa diperam dalam almari .Sebab baju mengecil ke,tuan membesar?Lu pikirlah sendri..hehe
Kali ni nak kongsi antara koleksi terbaru,Roses...kawan antik lain dah pun ada set ni.Tengok rasa berkenan sangat,kebetulan jumpalah plak cawannya.Mula-mula jumpa tu taknak beli,alih-alih tengok dalam blog Yatt,baru pergi beli setelah sebulan lebih melihatnya dulu.Nasib baik orang lain tak minat.Teko plak dibeli daripada Angah.

Tapi..cawan janda ni cuma cawan mini je,tak sesuailah kalau dihidangkan,kang dikatakan kedekut plak.Silap haribulan,dengan cawan-cawan sekali habis masuk dalam mulut,haha..tapi sesuai sangatlah dengan saiz tekonya yang juga kecik molek.Okies...selamat menghayati keindahan roses dua kuntum ini...






Isnin, 21 September 2009

Teko Segi



Unik pada pandangan mataku kerana warnanya sangat terang dan menarik. Teko segi enam dengan dua corak,mengingatkan aku kepada jubin yang ditampal pada dinding bangunan lama.Ataupun jubin yang ditampal di tangga rumah dulu-dulu.Sayangnya tiada penutup.Teko ni dibeli di Memory Lane Ipoh.Murah sangat...RM4 saja.Ikutkan nak tawar lagi,tapi melihatkan apek yang jual tu,sian pulak,dia pun nak cari makan jugak.

Ahad, 13 September 2009

Selamat Hari Raya-Jemputla ambik kad



Mood raya dah terasa.Kuih tunjuk pun dah bersusun atas meja,hehe.Syabas dan tahniah le diucapkan kepada rakan-rakan yang walaupun sibuk masih ada masa nak terap acuan kuih,jahit baju sendiri.Ada tu,siap ambik tempahan lagi.Eee..malunya aku..Kalau dah ada kepakaran,lebih baik buat sendiri.Lebih puas,lebih jimat.Kalau setakat ada kemahiran 'menunjuk"tu,nak buat camna,kan..kan..(helah bela diri,hehe)
Buat semua pengunjung Koleksi Warisan Bonda,peminat,pengumpul barangan antik,yang tak minat tapi suka tengok,saya ucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri.Andai ada salah dan silap,sepuluh jari ku mohon ampun dan maaf.Sudi-sudilah terima kad raya yang tak seberapa ni.Pilihle yang mana berkenan...nangis toke kad raya tengok,hehe.

Terima kasih kepada kengkawan yg sudi menghulurkan kad.
Kad daripada Kak Azah.

Kad daripada Izan

Kad drp AMY
Kad daripada Maklang Azi,tkasih...
Kad drp kak Gee,tkasih...
Kad drp Yatt,amboi..romantisnya,mcm pengantin baru,hehe..
Kad drp Mona,tkasih..

kad drp Azlina,tkasih Ina

Kad drp Ca,memory Antik,tkasih.

Kad drp Welly,tkasih..

Award

Daripada Azlina

Terima kasih Ina sudi dan ingat nak bagi akak award ni.Nak cerita pasal diri sendiri,tak pandai pulak,cerita pasal Ina lah senang.Ina yang akak kenali:
* mengambil berat soal agama
* berbudi bahasa,amat menjaga tutur kata
* kreatif, ada bakat menghias
* suka menghias rumah
* isteri dan ibu yang sabar,penyayang
Ringkasnya,akak melihat banyak ciri-ciri positif pada diri Ina,memberi inspirasi pada akak untuk menjadi lebih baik.Pendekata,yang baik dari DIA,yang buruk,kekhilafan manusia jua.
Award seterusnya diangkut dari blog Yatt,adik sorang ni yang dirasakan banyak membantu akak melengkapkan koleksi.Dah dapat pertolongan,dapat award lagi,patutnya aku yg bagi dia awar,hehe.Terima kasih Yatt.


Rabu, 9 September 2009

Set Kekwa

Selamat petang semua.Sementara nak masak untuk buka puasa ni,sempatle masukkan n3 baru.Bukan le baru sangat,tekonya dah pernah dipaparkan dulu,cuma ada tambahan cawannya aje.Inipun jumpa secara kebetulan di Memory Lane tempohari.Sayangnya,cawan janda.Kalau nak tengok piringnya,silalah jamu mata di blog Yatt dan Su Antik.




Isnin, 7 September 2009

wet roses

Salam semua..hari ni di Perak cuti,so..lepak-lepak je lah di rumah.Negeri lain pun ada yang cuti juga kan.N3 ni cuma nak kongsi koleksi piring ,sebagai menambah koleksi bunga ni di blog Chempaka.Ini ajelah yang akak ada Chem,cantikkan bunganya.Ok..


Ahad, 6 September 2009

Set pokok kelapa

Salam hari minggu.Sambungan tayangan perdana set pokok kelapa.Kalau selama ni membujang,hari ni dah beranak pinak dah.Bukan satu,bukan dua...tapi sembilan lagi anaknya. Subur sungguh,mengalahkan tuannya.
Kepada Chempaka yang sedang demam tu,bila tengok ni,antara dua,bertambah demam ataupun demam dah kebah,terus bangun,pergi kedai apek,haha..Gurau ye Chem..apapun,selamat menjamu mata....



Jumaat, 4 September 2009

Tureen


Sana tureen,situ tureen,sini pun nak tureen jugak le.Terus terang cakap,sebelum ni aku ni tidaklah tahu bab-bab tureen bagai ni.Sejak dua menjak ni baru kenai benda alah ni nama tureen...malunya.Tapi,takpe ngaku,sekurang-kurangnya,melalui alam maya ini aku belajar banyak benda baru.Almaklum,asik dok hadap buku teks aje,hehe...Kelakarnya,aku belek juga mangkuk ni dalam almari,isshh..tureen ke ni,macam sama,tapi tak beranilah aku nak n3,sampailah profesor pinggan mangkuk ,Yatt, kata ni tureen le kak...isshh..malu lagi.

Tureen ni pemberian siapa lagi,ibu mertuaku lah.Asik ibu mertua je,mak sendiri mana?Sebenarnya,ibuku sendiri meninggal ketika aku berusia 19 tahun.Dah lama aku ni yatim kertu..

Usia tureen ni dah lama bebenor,yang pasti 30 tahun lebih.Seronoknya dapat benda ni.Sebenarnya,banyak yang aku berkenan di rumah ibu mertuaku,tapi...malulah kan nak minta itu ini (tapi kadang -kadang tak malu jugak).Tureen ni tak minta tau,tapi memang dipelawa suruh ambil.Ok..layan je lah..