Memaparkan catatan dengan label Koleksi Kangkung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Koleksi Kangkung. Papar semua catatan

Sabtu, 12 November 2011

Hasil barter lagi...

Assalamualaikum...
Selamat hari minggu,selamat hunting
Akak tak bercadangpun nak ke Loken esok,sebab dah booking barang,tunggu hujung bulan baru nak ambil.Hehe...tengah2 bulan ni,paham-pahamlah.Kat Loken pun,barang best2 takdelah sangat.Kalau adapun,penjual Loken jual online jugak.

Koleksi kangkung akak berkembang lagi dengan dua cawan bujang ala kopitiam hasil barter dengan "ratu kangkung".Terima kasih banyak-banyakkkk.Susah nak jumpa jenis macam ni.Sepanjang akak hunting kedai apek,kedai antik,Loken...belum pernah akak jumpa cawan jenis begini.
Bekas telur tu pulak,sumbing2 sikit,tapi dah dikasi free oleh apek kedai antik,akak sapulah jugak,hehe...



Cantikkan kan...dedalu pink.Kalaulah ada banyak biji,alangkah bestttnyaaa.
Jadilah ada dua biji pun...dari takde langsung:)
Apapun,terima kasih kerana sudi berbarter dengan akak.

Sabtu, 5 November 2011

Salam aidil adha

Koleksi Warisan Bonda mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Adha" buat semua yang beragama Islam.Sama-sama kita menghayati semangat korban dalam menjalani kehidupan seharian.

Sambil-sambil tu nak kongsi dua pasang cawan kangkung yang cukup cantik dalam koleksi akak.
Terima kasih sangat-sangat kepada si dia yang sudi berbarter dengan akak.Siapa orangnya,biarlah rahsia,yang tahu tu...tahulah kan,hehe..Bukan apa.kalau disebut nama,takut empunya diri tak selesa pulak.Apapun,saya sangat menghargainya,dan tersimpan rapi dalam almari saya,tingkat paling atas sekali :)


Terima kasih sangat-sangat....

Ahad, 30 Oktober 2011

Melangkah semula

Assalamualaikum buat yang membaca catatan ini.
Lama benar rasa Koleksi Warisan Bonda berehat....berhenti seketika menjejaki koleksi barang lama,rehatkan diri,rehatkan poket.Bukan apa,rasa "penat" jugak bila sebulan shopping mencecah angka ribuan.Masuk bulan kedua,ketiga.....takleh jadi ni,jadi stoplah dulu.Suami pun asik bising.
Rasa tak adil jugak kepada suami,anak-anak bila berbelanja untuk hobi sendiri sebanyak tu.TAPI,kalau anak-anak mintak belanja,kemut bukan main lagi,hehehe....

Lebih kurang 5-6 bulan "puasa PML"(rasa mcm bertahun,huhu...),hari ni kali kedua akak menjejak kaki ke Loken.Inilah hasil shopping akak,shopping berhemah gitu,hehe...
Sangat berbaloi-baloi harganya,untuk tureen saiz 6inci ni,cuma RM50 saja.Kalau hunting sendiri di kedai apek,patah kaki pun belum tentu jumpa.Mana-mana kedai apek pun,mana ada stok barang lama lagi,apek tu sendiri yang kategori "antik"....tak selera...

Selain mengumpul PML ni,akak taktau lagi apa yg patut dijadikan hobi.Rasa "menderita" jugak hidup tanpa hobi.
Akak cuba alih ke hobi memasak..takleh jadi,awak masak,awak jugak yang extra makan.Alih-alih cik abang dah warning,taknak lagi masak-masak,dah..stop!!
Hari ni dia jugak yang beriya-iya nak bawak akak ke Loken,hehe....BERJAYA .
So...kembali ke hobi asal,mengumpul PML.



Ok...sekadar berkongsi hobi,apa salahnya tayang koleksi kan,walaupun tak seberapa...hehe.
Bye...wassalam.

Khamis, 23 Jun 2011

Kangkung dedalu pink

Salam ceria.
Sekadar berkongsi koleksi kangkung variasi dedalu pink yg amat akak sukai,berbanding kangkung biasa.Jangan ditanya kenapa...entahlah.

Variasi bunga kangkung dedalu pink yang agak pudar bunganya.kalau lukisan,ibarat ada tone warna ..sangat memikat.


Teko dedalu pink,bila diteliti,kaca /badan teko ni lebih putih dari biasa.Nampak lebih bersih.

Mangkuk besar ..terima kasih buat Welly.

Mangkuk yg sesuai kalau nak letak garam,letak bunga pun ok..terima kasih buat Kak Shima.

Bekas sos,hasil hunting di Loken.Perhatikan kelainannya,bunga kangkung pink sekuntum takde..

Macam-macam pesen ye si kangkung ni.Yang cantik mestilah yang bunganya BESAR dan TERANG.Yang takdak pesen cuma duit je,hehe...asal nak beli,kena hulur duit.
Apa pun,kepelbagaian inilah yang membuatkan kita si peminat PML ni susah nak tutup buku.Wish list untuk kangkung masih panjang lagiiiiii:)
Adiosss...selamat menghunting di hujung minggu.

Isnin, 28 Februari 2011

Hunting Loken

SALAM CERIA
Sekadar berkongsi hasil hunting di LOKEN/Memory Lane semalam.tak banyak barang semalam.Kadang2 risau gak nak promote member jauh datang sini,sebab bukan selalu banyak pml.Okey,apa akak dapat semalam.Piring sos yang sangat cantik warna bunganya.tak perasan pun yang bunga kangkung besarnya takde,hanya kudupan bunga kecil saja.Wah..bestnya,patutlah nampak lain macam sikit dan terbuka hati nak membeli.sedangkan sebelum ni selalu jumpa mangkuk kecil ni,tapi tak pernah pun beli.

Ini pulak corak pada tepi mangkuk kangkung 4 season,besar...saiz 10inci.

Mangkuk saiz 10 inci ni jarang didapati,jadi kalau jumpa tu rembat ajelah,bukan senang nak dapat ni...bentuk mangkuk ni pun cantik,berlekuk-lekuk.

Dan..yang paling kelakar,akak beli benda ini,basikal yg dibuat dripada rotan.Akak ni suka benda yang nampak unik/pelik2 sikit.Tangok2 je terus jatuh cinta.Tapi...dah beli,rasa malu pulak nak angkat .Nasib baik uncle India yg jual tu sporting,dia suruh kawannya angkat sampai melewati tempat parking.Dah clear sikit,orang tak ramai,baru akak bawak sendiri,hihi....tapi aku jalan strait je,tak toleh kiri kanan dah...nasib baik tak jumpa kawan2.

Cadang2 tu nak mendekolah,belakang letak PML,hias bunga sikit2.Depan letak bunga2...tapi apakah fantasi akan menjadi realiti.Entahlah..yg pasti sejak petang sampai rumah membawa ke malam,entah berapa kali disorong oleh si adib pusing2 dalam rumah.Kata suami akak..esok robohlah basikal ibu ni..hehehe,esok mokalau disorong lagi,siaplah kau mat adib.Ibu cubit2 tau!!!

Jumaat, 14 Januari 2011

Serasi Bersama

Salam ceria
Ramai yang bertanya,adakah Mrs Pot Kangkung semalam untuk dijual?Jawapannya "tidak".
Kenapa?? Ini jawapannya...
Teko-teko ini dah serasi bersama.

Tak tahulah kenapa akak suka dengan cara susunan begini.,kiri kanan mesti teko yang sama bentuk,hehe...

Bye...

Khamis, 13 Januari 2011

Lebih baik berdua

Salam ceria
N3 mrs pot kangkung datang lagi,dulu sendiri,kini berdua.
Mencari dan mengumpul teko kangkung tetap diteruskan kerana masih ada lagi bentuk2 lain yang tiada dalam koleksi.

Mrs Pot kangkung dengan penutup ori,perfect,takde cacat celanya.

Ini pula,penutup bukan ori,tapi ngam lah jugakkan...sayang sikit,bahagian pemegang ada sedikit garisan.

Okey..layanzzz..

Khamis, 2 Disember 2010

Extra set 4 sale

Extra set 4 sale.Berminat sila sms.
HARGA TERMASUK POS BIASA DI SEMENANJUNG
SOLD OUT
Mug kangkung,condition elok.

SOLD OUT
Teko kangkung bunga besar,memang lama.


SOLD OUT
Cawan A shape.Ada 6 pasang.Sebiji sumbing sikit bahagian dalam.

Rabu, 3 November 2010

Kangkung

Assalamualaikum,saja nak kongsi koleksi kangkung yang biasa-biasa saja.Yang bertambah pun cuma teko kangkung tangkai segi hasil barter dengan kak Tun Loken.

Hehe..kelakar pulak ingat,saja singgah2 tengok barang jualan Kak Tun,alih-alih jadi sesi berbarter pulak.Apapun,suka sangat,sebab bertambah lagi koleksi teko kangkung.Harap-harap lepas ni akan dapat bentuk lain pulak.








Okey..layan pikas.

Selasa, 8 Jun 2010

Assalamualaikum...kita sambung story pasal kangkung lagi ye.Kali ni akak nak kongsi salah satu koleksi kangkung yang lain sikit dari yang biasa akak jumpa di kedai2 apek.Mungkin orglen dah ada,kiranya akak ni"jakun" la sebab baru nampak.Nak kata mangkuk bukan,pinggan pun bukan.Saiznya besar,bentuknya cantik,bunganya pun terang.Cop belakang china mari,konpem koleksi lama.Nak cerita banyak2 tak pandai,tengoklah gambar di bawah ni,okey...



Selasa, 18 Mei 2010

Teko kangkung -ada extra untuk dijual

Assalamualaikum...comel kan teko kangkung ni.First time jumpa.Kecil saja,ketinggiannya sama dengan teko mini sakura yang beli daripada Nannie,tapi pasal bawah dia slim,nampak kecil la.Pun sama tinggi dengan cawan bunga dafodil.

Semuanya tidak bertutup,sebiji ni pinjam tutup teko lain.
10 PC SOLD OUT.
Teko tanpa tutup ada extra.Sebiji RM25 termasuk pos(Semenanjung shj).Berminat sms.


Isnin, 22 Mac 2010

Sedapnya kangkung

Salam...yang ni bukan sedap dimakan,sedap ditengok je...walaupun dah soping tak hengat bulan ni (seminggu ni bulan gerhana),berkenan punya pasai,ku rembat juga sebab teko kangkung pesen ni jarang jumpa.

Datangnya tak bertutup,jadi letak jelah mana-mana yang muat.


Khamis, 11 Mac 2010

Kangkung

Salam ceria.Camna rakan-rakan antik,ligat hunting,banyak masyukk?Paparan kali ni cuma nak kongsi hasil hunting terbaru akak.Bukanlah gigih sangat,terjah kedai itu,masuk kuar kedai apek.Cuma pergi ke kedai biasa,kebetulan mood nyonya baik,dia sanggup panjat stor mencari koleksi lama.
Nyonya antik ni pun boleh tahan mood depa.Kena sabaqla..kalau tak, tak dapat barang,hehe...walaupun dalam hati,eee..nyampahnya aku nyonya ni.Ringkasnya,kontrol ayu gitu.

Berkat sabar,akhirnya akak berjaya mendapat teko kangkung kecil comel lote ni.Agaknya,apalah guna sebenar teko tu ye,sebab kecik sangat.Takpalah nyonya,hang sombong pun,aku sabaq...sabaq..janji masyukk,hehe
Piring kangkung leper ni pun comel,muatlah ikan goreng dua ekor.Piring dan ashtray ni kalau berminat,jenguk-jenguklah di kedai Nannie,kut-kut ada lagi.

Bye-bye,tata..titu..