Isnin, 26 April 2010

Tak kenal,tapi jatuh cinta





Assalamulaikum...belum terlambat untuk sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Chempaka dan Kak azzzah8 sebab menang tureen contest tempohari.Alkisahnya,bukan takdak niat nak masuk jugak pertandingan tu,tapi bila hadap komputer nak cerita pasai tureen akak yang satu ni,terus 'kelam".No idea...kata orang,kalau nak "goreng'pun,biarlah nampak cerdik sikit kan..Cuba-cubalah jugak google cari informasi,pun takdak idea.

Sebenarnya,tureen ni pemberian MIL,masa nampak pun,dok tertiarap kat rak pinggan mangkuk.Dapat kat akak,basuh,gosok-gosok,tengok...dah berkilat,silau biji mata.

MIL pun tak ingat sangat sejak bila dia simpan tureen ni.Sama ada beli ke,dapat hadiah ke,dia pun lupa-lupa ingat.Kalau tak silap dapat hadiah katanya.So..takkanlah nak cerita cam gitu,ye tak...Jadi,tak jadilah akak nak masuk pertandingan tureen tu.Tahniahlah kepada yg menang,dan tahniah jugak kepada penyumbang hadiah.Ternyata,anda adalah insan pemurah,semoga terus dimurahkan rezeki.

Kalaulah akak masuk,menang pulak tu,mesti dengan bangganya akak buat tayangan perdana.Kalaulah..kalau..hehe,belum apa-apa dah riak.

Khamis, 22 April 2010

Giveaway Chempaka Lavender Cottage

Sebagai tanda menghargai kenkawan,akak pun nak joint gak giveaway Chempaka sempena ulangtahun perkahwinan ke -10.Tahniah,selamat melayari bahtera rumahtangga sampai angka ke -10.Mudah-mudahan terus kekal bahagia bersama permata hati...
Akak pilih hiasan Inggeris ye Chemp,sebab minat jugak bab-bab deco ni,walaupun hiasan Inggeris akak ala-ala "tak siap"hehe..

Ahad, 18 April 2010

Terima kasih teman

Salam hari minggu.Sepanjang berkenalan dan berteman di alam maya ni,pelbagai cenderahati diterima daripada rakan -rakan blogger-tanda persahabatan.Siapa...biarlah rahsia.Buat teman-temanku,terima kasih banyak-banyak,semoga persahabatan kekal abadi,kalian dimurahkan rezeki.
Daripada kakak yang ramah tamah,dua biji piring kangkung leper datang bersama mangkuk kangkung,pelbagai lagi..terima kasih.
Mangkuk pokok kelapa pula dari kak Z, terima kasih,memang saya tak ada lagi mangkuk ni.

Kesiannya,kakak yang sorang ni kirim bersama mangkuk untuk dipadankan dengan tutup tureen (juga pemberian daripada cik adik jelita sorang tu..) sayangnya,terbesar sikit.Tapi,sebagai menghargai,saya letak jugak tutup tu,posing dalam almari.

Ini pulak mestilah daripada rakan deco,besama-sama dengan signboard apel dan decal roses..terimakasih no...Bila nak dating ye..?

Buat semua terima kasih banyak-banyakkkkk,saya amat menghargainya.

Sabtu, 17 April 2010

GA Kak Saidah


Meriah sungguh hadiah GA kak Saidah.Dalam banyak-banyak hadiah,yg kat atas tu paling menarik minat saya.Paling terharu,GA tu sempena baby kesayangannya ,Adam yang dah pandai meniarap.Bertuah sungguh Adam,memang "insan terpilih" untuk berada dalam "dulang antik" (hehe..sebab uminya peminat barang antik),dilimpahi kasih sayang.Mudah-mudahan,rezki kak saidah sekeluarga lebih murah lagi.Melihat hadiah yang ditawarkan,hai...berapa kerat sangatla peminat antik yang sanggup menawarkan hadiah2 menarik dan bernilai macam tu.

Ahad, 11 April 2010

Jumaat, 9 April 2010

Maharani Geometri

Salam keriangan..akhirnya sampai juga set maharani geometri ke istana hinggap yang baru.Maklumla,maharaja dah lama mendudas,dah naik lemau dah.Teko geometri ni dah lama sangat dibeli,dalam 7-8 tahun dah.Tak terfikir pun nak jumpa anak beranaknya .Akhirnya,dapat jugak melalui Kedai Nannie.Nampak kan...untung jugak ada kawan-kawan berniaga ni,senang je kita dapat melengkapkan koleksi.

Bukan cantik sangatpun,spesies dayang senandung jugak.Cuma,sedikit kelainan pada corak bunga dan bentuk teko.Bentuk atas teko pun berlekuk-lekuk,sesuai sangat dengan cawan maharani.

okey..layan picas...rakan blogger yang ada teko ni cuma Ezani je rasanya.Psst...rembat dari nyonya yang sama.



Sabtu, 3 April 2010

Buku lama-ada harga ke?

Salam ceria.Buku lama,ada harga ke?Itulah persoalan yang bermain di fikiran akak.Almaklumla..setakat pinggan mangkuk lama tahulah kita setakat mana harganya,ini buku lama.Banyak pulak tu,boleh dikatakan semuanya cetakan British.

Belum lagi kategori antik sebab rata-rata keluaran atau cetakan sekitar sekitar 1960-an,iaitu cetakan kedua atau ketiga.Kalau tengok cetakan pertama memang buku tersebut ditulis sekitar 1920-an pun ada.

Inilah "penghuni"yang memenuhkan perpustakaan,bayangkan ada sekitar 6rak,satu rak 4 tingkat.Takdak sapapun berminat,jangan kata pinjam,pegang pun tak sudi.Sekali-sekala adalah juga guru sains tingkatan 6 datang buat rujukan sebab kalau dah nama ilmu tu,ia tetap relevan sepanjang zaman.

Sewaktu mengemas,terjumpa pulak majalah Dewan Masyarakat tahun 1980,bermakna dah dah 30 tahun.Akak pun ambiklah simpan asing,sayang pulak rasanya.



Ini pulak majalah ERA,keluaran 1988...kiranya masa ni akak form 6.Penah baca majalah ni dulu.

Inilah sebahagian koleksi buku-buku lama..tengok tu,keluaran 1969.Sama usia buku tu dengan akak.Luaran masih cantik,cuma kertas dalam dah kekuningan dimamah hari.



Buku ni keluaran 1959,maknanya dah 51 tahun usianya.
Pernah satu ketika,buku-buku ni hendak dihapuskira,dah dilonggok di tempat lapang.Alih-alih,kena bawak naik,disusun semula atas arahan pengetua sebab sayang katanya.Masa longgok nak buang tu,ada tak yang hilang?Takdak...sebab pelajar pun tak minat dengan buku lama ni.Jadi...ada ke harga buku -buku ni?Dari segi ilmu memang ada,dari segi komersial,ada ke?Kalau ada....kaya akak,hehehe