Sabtu, 29 Disember 2012

Twinrose

Salam ceria..
Dah tak berapa hari lagi "kemerdekaan" akak akan berakhir..bermulalah era "penjajahan" ..hehe
Apalagi....rutin harian biasa yg sangat mencabar,bangun pagi,terkocoh-kocoh siapkan anak sekolah,sambil siap diri sendiri,Seawal 6.50 mesti kuar untuk elakkan jam wlaupun jarak sekolah dengan rumah hanya 3km saja.
Tu waktu pergi....waktu balik???
Tiada jadual tetap...segalanya mungkin...TAPI amalan2 sangat tidak profesional seringkali berlaku iaitu petang nak mesyuarat,pagi baru tampal notis.hangin betul dengan situasi macam ni...gggrrrr.
Kenapa perkara ni berlaku? Almaklumlah..yg pegang jawatan pentadbir ni semuanya dah kertu..anak2 semua dah besar...tinggal suami isteri je kat rumah..boring aah..ko pandang aku..aku pandang ko.Jadi..duduk di ofis lagi best agaknya...mantapkan kerjaya..mudah2an ada peluang...naik pangkat lagi.jadi..selagi boleh kerah orang bawah ni...kerah cukup2...
Sabarrr...sbarrrr..kerja itu ibadah..tarik nafasss...hembus..tarikkkk...hembusss.Sebenarnya melayan gelagat pelajar sangat menyeronokkan..bagaikan satu seni abstrak..pelbagai ragam dan suasana.Guru pun perlu mengolah "lakonan" mengikut situasi.Takde skrip tetap...bila masa nak tegas,bila masa nak bergurau..buat lawak..memang best la.Sayang anak-anakku...
Nasib baiklah ada hobi kumpul pinggan mangkuk batu ni..buleh gak hilangkan tension...hehe
Okey..layan koleksi twinros akak yang semakin membiak ...soping internasional lagi u.
Teko kotak dua biji tu..cantik kan.Alhamdulillah...dapat jugak idaman hati.
Okey...ceria-ceriakan diri semanis twinrose
Kepala dan hati kita kecik jer
untuk memikirkan terlalu banyak perkara
dan menyimpan terlalu banyak perasaan negatif 
Be positive...
 

Rabu, 19 Disember 2012

Ronda-ronda pekan Danok

Salam ceria.terlanjur balik Kedah baru2 ni akak pun teringin nak ke pekan Danok.Dah lama tak pergi.Kebetulan dah pukul 3..hari pun hujan..tapi sempadan sesak dengan kereta yang nak ke seberang.
GAMBAR EHSAN GOOGLE
Dah hampir nak sampai sempadan baru teringat..akak ni bukan saja takdak boder ke,paspot antarabangsa ke...dengan kad pengenalan pun akak lupa bawak..hehe...akak tawakal jer..mokalau kena tahan kat laluan masuk tu..huh...melopong la aku kat situ..orglain masuk soping kat dalam sana.Nak sedapkan hati,akak pun bacalah ayat kursi banyak2...almaklumlah..pendatang haram u!!

Best sangat ke Danok tu...uhhh..idak la best sangat,cuma menjadi rutin keluarga akak di Kedah ni..masuk sebulan/dua bulan sekali untuk membeli beras.Memang beras Siam sangat berkualiti dan murah pulak tu.Kalau masak..baunya ala-ala bau pulut..tapi ada orang yang tak suka sebab agak melekit sikit di tangan.Sesuwai untuk orang tua..makcik2 takdak gigi..heheheh....Lain-lain barang keperluan dapur pun jauh lagi murah..akak compare sabun buku Dettol..kat sana dalam RM4 lebih...di sini RM7 lebih.
Kalau nak soping kain baju..ok..banyakkkk sangat..terutama untuk anak2 remaja yg berbadan slim.kalau makcik2 mcm akak ni..entahla...takdak pilihan la...frusssttt.Habih..soping sabun Dettol jelah....haha...berbaloii sgt datang ...

Oklah dah penat jalan..dah malam pun ,pergilah makan di Norlela Tomyam.akak oder mee tomyam..pelayan tu tanya..mee besar ke?Akak pun terpinga-pinga..mee besarrr???Dalam kepala..terbayang mee kuning macam di tempat kita.Sekali kau datang....haha

Nak kata keoteow tak keoteow..dah lapar..telan jelah.Rasa tomyam ni sedap..tapi ya ampooonnn..pedassss sangat.Mau taknya..dalam semangkuk tomyam ni,akak kumpul dalam 7 biji cili padi kampung.Tapi memang sedaplah..kalau perut ala-ala manja,janganlah nak cuba.Harganya ok..RM8 je semangkuk.
Sejam lepas makan tomyam ni,perut kakak akak dah meragam..manalah nak menggagau cari tandas ni..dah malam.Hah..apalagi,dengan slambanya kami redah masuk hotel..feeling2 kami ni pelancong..hehe ..terus terjah ke tandas.Ini antara hotel yang "berbintang" la di Danok tu..
Berjalan dari pukul 4 lebih sampai pukul 9 malam..apa akak beli?Haha..akak beli ni aje sebiji tanda kenangan datang ke Danok.
Ok..sekali sekala apa salahnya tengok2 tempat orang kan...nak beli barang murah kadang2 tak berbaloi dengan minyak kereta..cuma beralih angin.

Selasa, 18 Disember 2012

Mee Goreng Sotong

Pulau Pinang....tempat menyimpan pelbagai kenangan manis.
Seawal usia 19 tahun..akak mula bekerja sebagai Operator Pengeluaran di Seberang Prai...duduk asrama di Seberang Jaya.,blok D.Pastu akak melangkah ke bahagian pulau,bekerja di NS Semiconduktor,duduk di Batu Maung.Tak tahan kena kerja sambil berdiri,akak pindah kerja di Hewlet Packard,Bayan Baru.Duduk menyewa dengan geng kakak2 di Jalan Mahkamah,Bayan Lepas.Merasalah pengalaman jadi minah kilang...kadang2 seawal 6.30 pagi dah terpacak tepi jalan menunggu bas.Tak lama di Hewlett Packard..akak ditawarkan belajar di Maktab Perguruan Sri Pinang...duduk asrama di Jalan P.Ramlee.Maka bermulalah episod sebagai pelajar...Jalan Penang Chowrasta tu bagaikan tempat bermain.

Baru2 ni akak ke Penang lagi...sebelum pergi akak try google kat mana makan sedap2...ramai bagi info mee goreng sotong di Padang Kota Lama sedap.Camna  rupanya?
Camtu rupanya..mee goreng diatasnya diletakkan sambal sotong kering.Meenya agak lembab..dan awasss..kalau mulut dan perut anda ala2 manja gituu..jangan makan.Rasa mee goreng ni agak pedas,walaupun oder jugak yang kurang pedas,tapi masih dalam kategori pedas,Masa akak pergi tu time orang kuar pejabat..mmg ramai sampai berbaris la nak makan mee goreng sotong ni...tak kira Melayu,China ..India..semua layan.Nak lawan rasa pedas mee ni..oder je Coconut shake...
Menatang apa coconut shake ni...macam campuran air dan isi kelapa..diblender dengan aiskrim/krim ..ala..macam strawberi shake.bezanya yg ni berasaskan kelapa.Okey..akak suka seDAPPP.Tapi..lamanya nak tunggu air sampai pun.Akak dah risau sebab boss ni pantang sikit kalau oder makan lambat sampai..maunya dia angkat punggung..melopong la i..hehe..muka dia dah kelat tu..
Dah kenyang makan...tanya pada boss..sedap tak??
Huh....entah..tak sedap manapun...tahulah dia tak suka makanan pedas.Akak pulak...licin.... :)
So..sapa teringin nak rasa..pergilah area Padang Kota Lama..pastikan anda pergi gerai makan yang paling hampir dengan Kota Cornwallis...gerai makan lama tau.Jangan silap... kalau hampir dengan laut..tu gerai baru.Ini kedainya:
Foto ehsan Google
OK..SELAMAT MENCUBA.

Isnin, 17 Disember 2012

Menginjak Usia


Alhamduliilah..masih diberi kesempatan untuk menyambut ulangtahun kelahiran yang keeeeee-43.Dalam usia begini..sambutan2 tu dah tak penting.Boss  hadiah Samsung Galaxy Tab ..ala..akai lah tu..sebab kita dok pinjam tab dia..hehe..
Apa yang diharapkan ialah keberkatan hidup kami sekeluarga...terutama anak-anak...mudah2an..mereka beroleh kejayaan dunia dan akhirat.
Untuk diri sendiri... mudah2an menjadi hamba NYa yang tahu bersyukur dengan nikmat Allah, esok menjadi insan yang lebih baik dari semalam,bukan mencari kesempurnaan...kerana kita insan biasa..tiada yang sempurna.TAPI sekurang-kurangnya berazam untuk menjaga hati, lidah dan perbuatan .
Akak tertarik dengan artikel di bawah:

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan.Dengan adanya keberkatan, harta atau rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi.Sebaliknya, tanpa keberkatan, hidup akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.
Cara-cara untuk mendapatkan keberkatan dari Allah:www.familiazam.com


  • Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.

  • Belanjakan harta pada jalan yang diredai oleh Allah.

  • Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.

  • Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.

  • Selalu bersedekah kepada anak yatim / miskin. insyaallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.

  • Ikhlaskan pemberian hanya kerana Allah, bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. Sedekah seharusnya di mulakan dengan keluarga sendiri dahulu, selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh.

  • Hulurkan pemberian sunat secara rahsia- tetepi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar islam.

  • Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. Dalam satu hadis, Nabi Muhammad menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru "Ya Tuhan ku, Kurniakanlah ganti kepada Orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah". Yang satu lagi menyeru "Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (kedekut)", Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka.

Rasaulullah saw bersabda "Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api" Sedekah walaupun kecil, amat berharga disisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.
www.familiazam.com
Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara diatas, Insyaallah rezeki yang dikurniakan oleh allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan.Amalkan ilmu yang ada , Kelak Allah akan menambahkan ilmu lagi.Begitu juga harta, belanjakan harta yang ada, kelak Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.

www.familiazam.com
Sumber : Majalah Tempatan.
www.familiazam.com
Kredit kepada:http://www.familiazam.com/rezeki_berkat.htm

Sabtu, 8 Disember 2012

Extra for sale

CAWAN GRAPE 4 PASANG -RM80 TANPA POS
 CAWAN BUNGA RAYA .4 PASANG RM140 TANPA POS-BOOKED
 MANGKUK TEH 5 ROSES .RM80 TANPA POS
MUG KANGKUNG NOS.RM90 TANPA POS
BERMINAT CALING/SMS 0194222761