Isnin, 31 Mei 2010

Jejak Kasih-Big Roses

Salam ceria...hati berbunga riang sesegar dan seceria kuntuman big roses yang menghiasi teko ini.Terima kasih tak terhingga kepada Aida -Al Kesah kerana sudi berbarter dengan saya dan terima kasih jugak kepada kakNor64 kerana memperkenalkan saya dengan Aida.

Nak dijadikan cerita,Jumaat lepas Aida ke Cameron Highland,naik melalui Tapah.Jadi,senang cerita,tak payah susah-susah nak post,kamipun bertemu janji .

Makanya...teko big ros ni pun berpindah milik ke teratak hamba,bertemu dengan kaum kerabatnya.

Kepada peminat-peminat baru,cuba-cubalah mencari set ini sebagai koleksi sebab memang cantik,sejuk je mata memandang.


Cuba tengok close-up bunganya...

Dua jenis cawan yang akak ada...jenis bulat dan mulut J.Sampai sekarang dari raya Cina lepas,langsung takde stok roses yang kuar dari kedai apek.So..kepada yang dok pesan tu,ala-ala pesanan penaja (free ..kalau berbayar,kayo makcik,hehehe...ada orang terasa tu), ada rezeki,adalah ye.Kalau ada saya kontek....

Piring kuih tu pemberian Tasha sewaktu kitorang berbarter dulu.Jadilah,menambah seri.




Okey...terima kasih sekali lagi buat Aida.Bye-bye.

Rabu, 26 Mei 2010

Yang antik-antik saja

Assalamualaikum...awas,ini bukan budak antik ye.tapi,pantang ibunya pegang kamera,dia memang suka enteprame,walaupun comot ,sambil makan biskut.Saja nak bagi dia happy,letak la muka dia dalam n3 ni.
N3 kali ni saja nak kongsi "kegilaan"akak terhadap almari lama.Berbanding beli almari baru,jimat jugaklah duit sebab almari lama ni harganya jauh lebih murah berbanding almari jati yang banyak di pasaran.Tapi,dah sepesen pulak almari yang ada ni.

Okey,ni yang terbaru,murah aje..RM300.Tapi kata cik abang kita yang tak minat barang lama ni,mahal!Tak padan dengan rupa!Entah-entah penjual tu dapat tak sampai RM100.

Macam tu lah kan kalau orang yang tak minat,bagi kita yang minat ni...cantik tak sangga dah..bak kata orang utara sana.

Ini pulak koleksi keluarga sendiri sejak tahun 1968.Sayang punya pasal,sanggup angkut dari Kedah,sumbat dalam bonet Avanza.Tension je driver sebelah sebab nak pandang belakang tak nampak..khekhe..nasiblah.

Yang ni pulak cilok dari sekolah,stok hapuskira.Pun sumbat bonet Avanza jugak.Yang kelakarnya,masa nak angkat tu,intai-intai jugak takut Pengetua nampak,ala-ala penyamun tarbus gitu.Yang tolong angkatnya sapa lagi,budak2 form 5 lah.

Kalau nak bagi markah rupa,memang takdak rupa,tapi dari segi kekukuhan,memang "mantop".


Almari ni baru sapu minyak bahagian dalam.Pintunya perlu dikikis cat dulu,baru sapu minyak.Tak sabar tunggu cuti sekolah,nak kerjakan almari ni.

Cuba tengok ketebalan para setiap tingkat..tebal dan dijamin selamat.

Rasanya setakat ini sajalah almari yang boleh dikumpul sebab "lampu merah" dah menyala.Big boss dah warning "no almari" lagi!!.

Tapikan..akak dok usha satu lagi almari dalam surau sekolah,pun stok hapuskira.Syaratnya,beli almari baru,ambiklah almari tu bawak balik rumah.menarik tawaran tu,hehehe..bila aku nak "insaf" ni????

Selasa, 25 Mei 2010

Salam sejahtera...apa cerita rakan-rakan antik semua??Awat senyap semua,dok menyorok ke?Awat,dah penat hunting ke atau koleksi dah banyak ,almari dah penuh rumah???Ada yang terpaksa jalan menyenget,takut terlanggar almari????Khekhekhe...jangan maree,gurau aje.Maklum,pakat menyepi semua,mai la meriahkan balik dunia antik tanpa sempadan kita ni.Takdak koleksi baru,tunjuk je lah koleksi lama,kona baringlah sikit set teko cawan tu,bagi nampak pesen baru.

Ok,set grape mengisi paparan koleksi lama kali ini.Meriah dengan cawan sahaja,tekonya tak ada.Entah la..kadang-kadang rasa sayang,kadang-kadang rasa macam nak letgo je set ni.Sebab tu sampai sekarang belum mencari "ibunya".

Sekali pandang,sejuk je mata tengok bunganya,
Inilah sebahagian koleksi dalam simpanan.Ada dua jenis cawan,6 pasang cawan bulat, 5 biji cawan jenis tangkai tiga segi dan dua biji piring kuih,tapi kalernya berlainan sikit.


Okey...sekadar berkongsi hobi...bye-bye..

Jumaat, 21 Mei 2010

Hadiah jadi follower

Salam ceria.N3 kali ni nak kongsi gembira di hati apabila tak disangka-sangka mendapat kiriman hadiah daripada Kelly kerana menjadi antara follower terawal blog jualan onlinenya.Tapi sekarang dah stop katanya.




Dua set cawan berbunga..sweet sangat,sesuai dengan taste akak hadir dalam kotak pink bersama kad ucapan ,pun cantik dan unik.Ada butang lagi,mesti Kelly buat sendiri.Tengoklah blog Kelly,selalu travel sana sini.
Buat Kelly,terima kasih banyak-banyak.Akak amat menghargainya.Jalan sana sini tu,jaga diri baik-baik ye..

Selasa, 18 Mei 2010

Teko kangkung -ada extra untuk dijual

Assalamualaikum...comel kan teko kangkung ni.First time jumpa.Kecil saja,ketinggiannya sama dengan teko mini sakura yang beli daripada Nannie,tapi pasal bawah dia slim,nampak kecil la.Pun sama tinggi dengan cawan bunga dafodil.

Semuanya tidak bertutup,sebiji ni pinjam tutup teko lain.
10 PC SOLD OUT.
Teko tanpa tutup ada extra.Sebiji RM25 termasuk pos(Semenanjung shj).Berminat sms.


Isnin, 17 Mei 2010

Blogger Friendship



Terima kasih Izan kerana masih ingat pada akak,teko akak engkau jangan lupa ye,khekhe...Walaupun sibuk,atas dasar menghormati pemberian rakan alam maya,akak cuba juga luangkan masa menjawab seadanya.Sorry ye..

1.Five ways to be happy
- shopping
- window shopping
- lepak-lepak,makan
- hunting barang antik
- bawak kereta laju-laju

(apa pun,akhirnya duduk atas sejadah,mengadu kepadaNYA juga yang membahagiakan jiwa andai hati terlalu sedih)

2. Hobbies:
- layari intenet
- mengumpul pinggan mangkuk lama
- window shopping
- ubah susun atur pinggan dalam almari

3. Favourite place
- mestilah rumah sendiri:rumahku syurgaku
- Memory Lane
- Alor Setar
- sepanjang perjalanan antara Tapah-Cameron

Ok Izan,akak dah jawab,setakat yg terdaya.Akak ni kan pemalu,malulah nak cegheta semua.hahaha...

Sabtu, 15 Mei 2010

Almari lama berwajah baru

Assalamualaikum.Selamat berhari minggu.Sebelum terlupa,Selamat Hari Guru kepada semua rakan-rakan guru,rakan 2 blogger yang bertugas sebagai guru.Ingat lagi lagu Kami Guru Malaysia????Tak sabar pulak rasanya nak nyanyi,maklum setahun sekali je nyanyi.
Okey,hari ni akak kongsi bersama almari antik yang telah akak mandikan dengan minyak,orang minyak tengok pun takut,hehehe..tapi..sekejap je sapu minyak ni,tak penatpun.Mungkin sebab minat,jadi ejoylah buat kerja ni.

Ada apa-apa perubahan?Nampak lebih gelap dan berkilat,sekali pandang macam perabot jati baru pulak.,khekhekhe......maaf ye..masuk bakul angkat sendiri.

Minyak apa yang akak guna,biarlah rahsia,tak terjangkau dek akalku.Tapi,udah diberi kononnya petua,akak taram jugak.Esok lusa kalau almari ni mereput,memanglah nasib kau labu....jangan runtuh udahle.Bukan sayang almari,sayang koleksi di dalam tu.

Ini rupa para satu dan dua.Leceh jugak kayu di tengah,benda yang letak ditengah jadi terlindung.Awak ni ala-ala riak,kalau boleh nak nampak semua,hehehe....


Last sekali,tengoklah... warisan bonda dok belek isi almari.Entah-entah,dah terjangkit minat budak ni pada pinggan mangkuk lama.Maklum,hari-hari dia nampak benda ni aje.


Okey..layanz...bye-bye

Selasa, 11 Mei 2010

Hadiah hari ibu 2010





Assalamualaikum.hadiah hari ibu??Daripada siapa?? Kepada siapa???
Hehehe..senang je,dari tuan punya badan,untuk diri sendiri.
Almari ni dibeli sehari sebelum Hari Ibu,kiranya kenangan hari Ibu tahun ni.Jadi,esoknya bila cik abang tanya nak hadiah apa,akak cakap taknak apa-apa dah sebab dah seronok sangat dapat almari antik ni.Almari ni belum di solek lagi,baru je sapu kertas pasir.Sengaja akak pesan pada penjualnya jangan solek,sebab akak nak buat sendiri,seronok sebenarnya kerja solek menyolek almari ni.
Okey,nanti siap solek,akak n3 lagi dengan isi perutnya sekali.
Bye...wassalam.

Sabtu, 8 Mei 2010

Almari terbuang

Assalamualaikum.....sebelum bercerita pasal almari terbuang ni,akak ucap dulu selamat menyambut Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu.Kan bagus kalau dijadikan Hari Ibubapa,senang,takyah sambut dua tiga kali.Jadi,boleh la tukar-tukar hadiah.Yang selalu jadi,hari ibu bukan main lagi ingat,sampai hari bapa,diam je...sampai bapa tu sendiri tanya,bila hari bapa??? Hehehe..sian...

Okey..almari ni stok hapuskira.Minggu ni semua orang dapat almari baru,jadi takdak sapa pun berkenan dengan almari ni.Melihatkan kondisi almari ni yang sangat kukuh,akak pun angkut bawak balik rumah,bertambah pening cik hubby tengok,ayat lazim..."benda yang orang taknak,itu yang dia angkut".Akak diam jelah..janji dia tolong angkat bawak masuk rumah.

Memang pun,dari segi lawa tu,memanglah "kureng",cuma faktor kekukuhan tu yang menarik minat akak.Lagi satu pintunya jenis sorong/sliding.

Hajat di hati nak gosok cat pada bingkai pintu jenis sorong tu,tapi rasa takdak kederat pulak.Ada tak cara nak bagi cat senang tanggal?Kalau sesiapa ada idea,sudi-sudilah berkongsi.

Okey..selamat berhari minggu.

Isnin, 3 Mei 2010

Yellow roses

Salam ceria.Ahad lepas tak cadang pun nak ke Memory Lane,alih-alih cik abang ajak pergi.Angin apa ntah..hah..tak pasai-pasai terbang duit akak..siapakah yang bersalah???Akukah atau dia???Hehe..helah bela diri..yang sebenornya,awak ni pantang kalau berjalan tak beli.Asal berjalan,mesti je gatai tangan nak membeli.

Sampai je satu gerai tu,terus "terbekenan"(maknanya tak sengajalah kan,hehe) dengan coffee pot ni.Bunganya tak cung sangat,tapi bentuk teko ni yang buat akak jatuh chenta.Lagipun,set ni nampak baru sangat,rim emas berkilat-kilat..

Close-up bunga...seakan-akan bunga daffodil..
Lagi satu yang buat akak "terbeli" tu sebab harganya boleh dikatakan murah.Sebiji teko,empat pasang cawan dan satu creamer cuma RM70 saja.Okeylah kan..

Tengok rim emas pada bibir teko dan cawan,takde cacat celanya..akak memang suka set fresh dari apek berbanding set terpakai, sebab nampak baru dan takde kesan calar .

Sabtu, 1 Mei 2010

Ros Hijau

<


Salam hari minggu..kepada rakan -rakan antik,mungkin ada yang mendapat hasil "lumayan" pada minggu ni.Buat diri ini,entahlah...nafsu nak hunting,terjah kedai nyonya,amat minimum sekali.dah takdak mood langsung.Sekali-sekala,shoping online saja.
Kenapa ekkk?

Okey,sendiri tanya,sendiri jawab.Apa kesah...rumah akak,suka hatilah kan..khekhe..
Salah satunya,pasal rasa dah puas,dah cukup dengan apa yang ada.Mana-mana yang teringin dulu tu,dah dapat...Lagipun,rasanya akak ni bukanlah pengumpul tegar,ye ke???

Antara tegar dengan tidak tu,dua tiga almari dah penuh,jadi kalau terus menerus beli,takut esok-esok jalan pun kena menyendeng takut berlaga almari,khekhe..