Khamis, 15 Mac 2012

Tureen lagi...

Salam ceria..
Sedar tak sedar dah khamis hari ni...ahhhh...kejap je cuti sekolah dah nak habis.

Sekadar berkongsi hasil shoping di Loken Ahad lepas.Sebiji tureen mekin celeste dan sebiji tureen 3 roses.Seronok pulak bila tengok tureen ros pelbagai bunga.



Cantik kan...:)
Dibandingkan harga tureen dengan teko,rasanya murah lagi tureen sekarang ni.Harga teko dah melantun-lantun naik,terutama spesis aladin yg bunganya susah diperolehi.So...kolektor budget ni pun mampu beli tureen je lah :)
Jom kolek tureen...

Ahad, 11 Mac 2012

Re-open sale

RM75 TIDAK TERMASUK POS.STOK BARU.BOOKING 3 HARI SAHAJA-SOLD
AVAILABLE
RM50 TERMASUK POS.TUTUP LAIN BUNGA.BOOKING 3 HARI SAHAJA
75 TERMASUK POS SEMENANJUNG (POS MALAYSIA).BOOKING 3 HARI SHJ.

Jumaat, 2 Mac 2012

Tureen

Salam ceria.....walaupun hati tak ceria sangat sebab esok sekolah ganti sempena chinese new year tempohari.Masa cuti seronok,masa nak ganti..,huwaaa....Macam biasa,pelajar bukan ada sangatpun,separuh kelas ponteng.Apa depa nak takut,bukan boleh ambil tindakan apa-apapun.Sekarang ni macam-macam program suruh sayang murid,ambilhati murid..pagi2 tggu murid di pagar,meraikan kedatangan murid di pagar sekolah...Ishhh..tolonglah..banyak lagi kerja lain nak buat.Sekurang-kurangnya jimat tenaga..boleh pakai masa dalam kelas nak pung pang pung pang.Ish..ish..emo pulak aku nih...:)

Nak hilang tensen,baik layan tureen cantik ni,sejuk sikit hati.Cantik sangat bunganya,harga pun cantik jugak....

Yang comel ni hasil penat lelah hunting di Loken,hehe..penat ler sangat,tunjuk2 je..Harga pun sangat berbaloi-baloi..

Sebahagian tureen akak yang seciput..adalah tak sampai 10 biji pun..jadilah..:)