Sabtu, 29 Disember 2012

Twinrose

Salam ceria..
Dah tak berapa hari lagi "kemerdekaan" akak akan berakhir..bermulalah era "penjajahan" ..hehe
Apalagi....rutin harian biasa yg sangat mencabar,bangun pagi,terkocoh-kocoh siapkan anak sekolah,sambil siap diri sendiri,Seawal 6.50 mesti kuar untuk elakkan jam wlaupun jarak sekolah dengan rumah hanya 3km saja.
Tu waktu pergi....waktu balik???
Tiada jadual tetap...segalanya mungkin...TAPI amalan2 sangat tidak profesional seringkali berlaku iaitu petang nak mesyuarat,pagi baru tampal notis.hangin betul dengan situasi macam ni...gggrrrr.
Kenapa perkara ni berlaku? Almaklumlah..yg pegang jawatan pentadbir ni semuanya dah kertu..anak2 semua dah besar...tinggal suami isteri je kat rumah..boring aah..ko pandang aku..aku pandang ko.Jadi..duduk di ofis lagi best agaknya...mantapkan kerjaya..mudah2an ada peluang...naik pangkat lagi.jadi..selagi boleh kerah orang bawah ni...kerah cukup2...
Sabarrr...sbarrrr..kerja itu ibadah..tarik nafasss...hembus..tarikkkk...hembusss.Sebenarnya melayan gelagat pelajar sangat menyeronokkan..bagaikan satu seni abstrak..pelbagai ragam dan suasana.Guru pun perlu mengolah "lakonan" mengikut situasi.Takde skrip tetap...bila masa nak tegas,bila masa nak bergurau..buat lawak..memang best la.Sayang anak-anakku...
Nasib baiklah ada hobi kumpul pinggan mangkuk batu ni..buleh gak hilangkan tension...hehe
Okey..layan koleksi twinros akak yang semakin membiak ...soping internasional lagi u.
Teko kotak dua biji tu..cantik kan.Alhamdulillah...dapat jugak idaman hati.
Okey...ceria-ceriakan diri semanis twinrose
Kepala dan hati kita kecik jer
untuk memikirkan terlalu banyak perkara
dan menyimpan terlalu banyak perasaan negatif 
Be positive...
 

Rabu, 19 Disember 2012

Ronda-ronda pekan Danok

Salam ceria.terlanjur balik Kedah baru2 ni akak pun teringin nak ke pekan Danok.Dah lama tak pergi.Kebetulan dah pukul 3..hari pun hujan..tapi sempadan sesak dengan kereta yang nak ke seberang.
GAMBAR EHSAN GOOGLE
Dah hampir nak sampai sempadan baru teringat..akak ni bukan saja takdak boder ke,paspot antarabangsa ke...dengan kad pengenalan pun akak lupa bawak..hehe...akak tawakal jer..mokalau kena tahan kat laluan masuk tu..huh...melopong la aku kat situ..orglain masuk soping kat dalam sana.Nak sedapkan hati,akak pun bacalah ayat kursi banyak2...almaklumlah..pendatang haram u!!

Best sangat ke Danok tu...uhhh..idak la best sangat,cuma menjadi rutin keluarga akak di Kedah ni..masuk sebulan/dua bulan sekali untuk membeli beras.Memang beras Siam sangat berkualiti dan murah pulak tu.Kalau masak..baunya ala-ala bau pulut..tapi ada orang yang tak suka sebab agak melekit sikit di tangan.Sesuwai untuk orang tua..makcik2 takdak gigi..heheheh....Lain-lain barang keperluan dapur pun jauh lagi murah..akak compare sabun buku Dettol..kat sana dalam RM4 lebih...di sini RM7 lebih.
Kalau nak soping kain baju..ok..banyakkkk sangat..terutama untuk anak2 remaja yg berbadan slim.kalau makcik2 mcm akak ni..entahla...takdak pilihan la...frusssttt.Habih..soping sabun Dettol jelah....haha...berbaloii sgt datang ...

Oklah dah penat jalan..dah malam pun ,pergilah makan di Norlela Tomyam.akak oder mee tomyam..pelayan tu tanya..mee besar ke?Akak pun terpinga-pinga..mee besarrr???Dalam kepala..terbayang mee kuning macam di tempat kita.Sekali kau datang....haha

Nak kata keoteow tak keoteow..dah lapar..telan jelah.Rasa tomyam ni sedap..tapi ya ampooonnn..pedassss sangat.Mau taknya..dalam semangkuk tomyam ni,akak kumpul dalam 7 biji cili padi kampung.Tapi memang sedaplah..kalau perut ala-ala manja,janganlah nak cuba.Harganya ok..RM8 je semangkuk.
Sejam lepas makan tomyam ni,perut kakak akak dah meragam..manalah nak menggagau cari tandas ni..dah malam.Hah..apalagi,dengan slambanya kami redah masuk hotel..feeling2 kami ni pelancong..hehe ..terus terjah ke tandas.Ini antara hotel yang "berbintang" la di Danok tu..
Berjalan dari pukul 4 lebih sampai pukul 9 malam..apa akak beli?Haha..akak beli ni aje sebiji tanda kenangan datang ke Danok.
Ok..sekali sekala apa salahnya tengok2 tempat orang kan...nak beli barang murah kadang2 tak berbaloi dengan minyak kereta..cuma beralih angin.

Selasa, 18 Disember 2012

Mee Goreng Sotong

Pulau Pinang....tempat menyimpan pelbagai kenangan manis.
Seawal usia 19 tahun..akak mula bekerja sebagai Operator Pengeluaran di Seberang Prai...duduk asrama di Seberang Jaya.,blok D.Pastu akak melangkah ke bahagian pulau,bekerja di NS Semiconduktor,duduk di Batu Maung.Tak tahan kena kerja sambil berdiri,akak pindah kerja di Hewlet Packard,Bayan Baru.Duduk menyewa dengan geng kakak2 di Jalan Mahkamah,Bayan Lepas.Merasalah pengalaman jadi minah kilang...kadang2 seawal 6.30 pagi dah terpacak tepi jalan menunggu bas.Tak lama di Hewlett Packard..akak ditawarkan belajar di Maktab Perguruan Sri Pinang...duduk asrama di Jalan P.Ramlee.Maka bermulalah episod sebagai pelajar...Jalan Penang Chowrasta tu bagaikan tempat bermain.

Baru2 ni akak ke Penang lagi...sebelum pergi akak try google kat mana makan sedap2...ramai bagi info mee goreng sotong di Padang Kota Lama sedap.Camna  rupanya?
Camtu rupanya..mee goreng diatasnya diletakkan sambal sotong kering.Meenya agak lembab..dan awasss..kalau mulut dan perut anda ala2 manja gituu..jangan makan.Rasa mee goreng ni agak pedas,walaupun oder jugak yang kurang pedas,tapi masih dalam kategori pedas,Masa akak pergi tu time orang kuar pejabat..mmg ramai sampai berbaris la nak makan mee goreng sotong ni...tak kira Melayu,China ..India..semua layan.Nak lawan rasa pedas mee ni..oder je Coconut shake...
Menatang apa coconut shake ni...macam campuran air dan isi kelapa..diblender dengan aiskrim/krim ..ala..macam strawberi shake.bezanya yg ni berasaskan kelapa.Okey..akak suka seDAPPP.Tapi..lamanya nak tunggu air sampai pun.Akak dah risau sebab boss ni pantang sikit kalau oder makan lambat sampai..maunya dia angkat punggung..melopong la i..hehe..muka dia dah kelat tu..
Dah kenyang makan...tanya pada boss..sedap tak??
Huh....entah..tak sedap manapun...tahulah dia tak suka makanan pedas.Akak pulak...licin.... :)
So..sapa teringin nak rasa..pergilah area Padang Kota Lama..pastikan anda pergi gerai makan yang paling hampir dengan Kota Cornwallis...gerai makan lama tau.Jangan silap... kalau hampir dengan laut..tu gerai baru.Ini kedainya:
Foto ehsan Google
OK..SELAMAT MENCUBA.

Isnin, 17 Disember 2012

Menginjak Usia


Alhamduliilah..masih diberi kesempatan untuk menyambut ulangtahun kelahiran yang keeeeee-43.Dalam usia begini..sambutan2 tu dah tak penting.Boss  hadiah Samsung Galaxy Tab ..ala..akai lah tu..sebab kita dok pinjam tab dia..hehe..
Apa yang diharapkan ialah keberkatan hidup kami sekeluarga...terutama anak-anak...mudah2an..mereka beroleh kejayaan dunia dan akhirat.
Untuk diri sendiri... mudah2an menjadi hamba NYa yang tahu bersyukur dengan nikmat Allah, esok menjadi insan yang lebih baik dari semalam,bukan mencari kesempurnaan...kerana kita insan biasa..tiada yang sempurna.TAPI sekurang-kurangnya berazam untuk menjaga hati, lidah dan perbuatan .
Akak tertarik dengan artikel di bawah:

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan.Dengan adanya keberkatan, harta atau rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi.Sebaliknya, tanpa keberkatan, hidup akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.
Cara-cara untuk mendapatkan keberkatan dari Allah:www.familiazam.com


  • Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.

  • Belanjakan harta pada jalan yang diredai oleh Allah.

  • Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.

  • Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.

  • Selalu bersedekah kepada anak yatim / miskin. insyaallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.

  • Ikhlaskan pemberian hanya kerana Allah, bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. Sedekah seharusnya di mulakan dengan keluarga sendiri dahulu, selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh.

  • Hulurkan pemberian sunat secara rahsia- tetepi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar islam.

  • Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. Dalam satu hadis, Nabi Muhammad menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru "Ya Tuhan ku, Kurniakanlah ganti kepada Orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah". Yang satu lagi menyeru "Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (kedekut)", Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka.

Rasaulullah saw bersabda "Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api" Sedekah walaupun kecil, amat berharga disisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.
www.familiazam.com
Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara diatas, Insyaallah rezeki yang dikurniakan oleh allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan.Amalkan ilmu yang ada , Kelak Allah akan menambahkan ilmu lagi.Begitu juga harta, belanjakan harta yang ada, kelak Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.

www.familiazam.com
Sumber : Majalah Tempatan.
www.familiazam.com
Kredit kepada:http://www.familiazam.com/rezeki_berkat.htm

Sabtu, 8 Disember 2012

Extra for sale

CAWAN GRAPE 4 PASANG -RM80 TANPA POS
 CAWAN BUNGA RAYA .4 PASANG RM140 TANPA POS-BOOKED
 MANGKUK TEH 5 ROSES .RM80 TANPA POS
MUG KANGKUNG NOS.RM90 TANPA POS
BERMINAT CALING/SMS 0194222761

Khamis, 22 November 2012

Demam Kerusi Pak Awang

Salam ceria...
Cantik tak kerusi ni yang telah diberi sentuhan baru?Kerusi ni keluaran tahun 70-an..kalau kita ke kedai 2hd..huh..bersepah kerusi gini..org dah takmau pakai.Orang la suka set jati...L shape ke..Fella Design ka..
Gambar ni dari FB Asher Vintage Market.

Cantik kan .Kebetulan akak pun ada kusi gini..3 biji lagi.So..semalam akak pun buat operasi menyelek semula kerusi Pak Hitam akak ni.Kenapa nama Pak Awang..sempena nama satu watak dalam drama popular di Singapura..gitu2 lah
 
 Inilah hasil kerja akak cara cincai-cincai..sebab tiba2 penyakit M dtg melanda.Bawah2 kusi tu akak tak syelek pun..malas..ada ke org datang rumah kita nak tonggeng2 kusi..belek sana sini?Hikhik..
Target skrg..nak cari alas yg tebal macam yg kaler hijau tu...tu masalahnya.Kena cari kedai kusyen kereta ke...menjadi ke kerusi Pak Awang aku ni???


Rabu, 21 November 2012

Kemas Rumah

Salam ceria
Bestnya bila cuti sekolah hujung tahun ..cuti lama..rasa bebassssss sangat.
Ok..masa buat n3 ni akak tengah layan Adam dan Hawa...dah terjangkit dengan drama bersiri ni.Walaupun kisah cintan cintun...layan lah jugak.Alahai..ensemnyaaa si Adam Mukhriz tu..ish..ish..ish...laki sapalah tu yer..hikhik..TAPI hensem macamanapun..kaya macamanapun..kalau tak setia....tak sehati sejiwa..takde maknanya kan..TAPI..kalau dapat yg hansem..perangai nak ado sikit..kira okeylah jugak..ada tu yg dahla muka tak siap..perangaipun tak semenggah..eeee..lagilah nyampahkan...bak kata orang (kata akak la..hehe)perangai seburuk ropa...laghi nyampah!!!Pilihan terbaik..biarlah sederhana..

Okeylah..layan jelah rupa ruang tamu rumah akak yg dah diubah sana susun sini..hakikatnya barang yg sama jugak..
Langsir tu..rasanya dah 4-5 tahun tak berganti..basuh asal kering akak gantung balik...hikhik..jimat kau..nak beli teko.
Alas meja tu..akak jumpa dlm beg plastik rumah MIL..gaya2 mcm nak dibuang..akak sayang..ambik bawak balik.
Bunga tu..takde span2..beli je..terus akak sumbat dalam bekas sup tu..senang buat props utk sesi pengambaran PML..:)

Pelita atas almari tu..cam berserabut..nantilah..rajin2 nak ubah semula pelita tu..gantikan dengan teko supaya balance kiri kanan.
Bakul ceruk tu..beli di Loken..rm12 hengget je...letak bunga di tangkai..masukkan koleksi tin kesukaan anak.
Bunga ceruk tepi sliding door tu..akak beli di kedai..balik2 rumah..anak kata "apsal nampak cam sirih junjung je "hehehe..kureng asam...takpe..malam tu jugak akak perosah bunga tu bagi jadi ala hengres
akhirnya..ginilah hasilnya...hengres la sangat..khenn :)

Taraaa...konsep apa yer..konsep jiwa kacau :)

Isnin, 19 November 2012

Melatih anak membina koleksi

Assalamualaikum ...salam ceria.
Baru -baru ni akak ke pejabat pos..terpandang promosi setem Boboboi..terus teringat hobi akak yg telah lama ditinggalkan iaitu mengumpul setem.Sejak darjah empat membawa hingga ke zaman belajar di Maktab Perguruan Sri Pinang,hobi itu berterusan...hinggalah bila dah mula bekerja,hobi itu akak lupakan terus.Zaman pesekolahan jugak,hobi mengumpul majalah bola sepak liga Inggeris.hehe...pemain feberet akak masa tu tentulah Bryan Robson..ketua pasukan Manchester United.
Pastu dapat pulak hobi baru-mengumpul teko /pinggan mangkuk lama (PML).Maknakata...sejak kecil akak sudah punya hobi "mengumpul".rasa2nya hobi akak ni langsung tidak dipengaruhi oleh sesiapa..semuanya pandai-pandai sendiri...walaupun budget ketika zaman sekolah ciput sangat.
Apa pulak hobi anak2?Anak sulung nampaknya takdak hobi apapun...konon2 suka bela arnab,alih2 mak abah jugak yg kena bersihkan kandang arnab.Zaman sekolah rendah suka membaca komik..skrg dah 18 tahun..hobinya melayari internet,download segala makneka movie,lagu...
Anak kedua..hah..dah nampak minatnya mengumpul tin2 comel..sesuai jiwa kanak2nya.Kalau ke supermarket dah pandai mengintai kalau2 ada tin comel di pasaran.
Anak bongsu-dia dah declare semua PML di rumah ni dia punya :)



Inilah antara koleksi tin2 comel dalam simpanan setakat ini...semuanya berjiwa kanak2.Menjadi satu keseronokan pulak bila anak2 pun beriya-iya mencari tin2 comel di pusat beli belah.

Isnin, 12 November 2012

Bestnya cuti sekolah :)

Assalamualaikum..dah lama tak update blog..rasa terkial-kial pulak nak menekan apa kebendanya nak buat entri hari ni..:)Maklumlah..sejak ada Facebook ni..semua beralih ke fb..lebih cepat dan komunikasi lebih mesra alam giteww.
Ish..kesiannya blog aku ni..huhu..nak buat camna..takdak mood nak menulis...abag mud dah lari..kekangan tugas  yg ....ahh..taknak ceritalah...yang pasti..sekarang aku nak rehat sepuas-puasnya.Buat benda2 yang aku suka..kalau dok cegheta pasai kerja..smpai bilapun tension..my blood go upstairs.
Sebut pasai my blood go upstairs ni..hehe..dah lama tekanan darah tggi aku tak naik ..dah lama tak pening2 kepala..hatta wlaupun kerja sekolah banyak..tidor lewat..(ni masa gila cegheta korea Bride of the sun).
Adakah kerana aku beralih menggunakan tilam sabut kelapa?Wallahualam..tulihny kat tilam tu utk tulang belkang..tekanan darah....ok..takpe..tggu dan lihat..
OKlah..nak share teko lama dalam simpanan 5roses..harap2 ada rezeki bertambah la koleksi 5roses ni..nak teko pear..cofee pot...dan lagi...dan lagi....

Ahad, 10 Jun 2012

For Sale

 Teko New Old Stock
RM55 tidak termasuk pos.
sms 0194222761
SOLD
 Teko Aladin NOS
Tutup seperti dlm gambar-warna tutup sedikit beza dengan teko
RM 70 tidak termasuk pos
sms 0194222761

Sabtu, 2 Jun 2012

For Sale

SOLD-TQ
Cawan 4 pasang rm 60 tidak termasuk pos.
Berminat sms 0194222761
SOLD-TQ

Teko.AVAILABLE
RM60 tidak termasuk pos

Jumaat, 1 Jun 2012

Nampaknya dah lama tak mengupdate blog....takde koleksi baru...sibuk urusan kerja...
Konon-konon nak puasa ..takpun kalau mampu nak pencen terus dari menyopping PML ni..
Tapi..bak kata cik abang..janji-janji pelesu...
Tak leh pakai punya janji,hehehe...
Sempatla dua bulan puasa...akhirnya dengan gumbira akupun menyopping semula...
Dah tu mulalah tensen pulak..mana nak letak ni..mana nak selit lagi..semua almari dah penuh


Okey....lari dari bunga-bungaan...kita tengok set ala-ala pemandangan pulak



Khamis, 15 Mac 2012

Tureen lagi...

Salam ceria..
Sedar tak sedar dah khamis hari ni...ahhhh...kejap je cuti sekolah dah nak habis.

Sekadar berkongsi hasil shoping di Loken Ahad lepas.Sebiji tureen mekin celeste dan sebiji tureen 3 roses.Seronok pulak bila tengok tureen ros pelbagai bunga.



Cantik kan...:)
Dibandingkan harga tureen dengan teko,rasanya murah lagi tureen sekarang ni.Harga teko dah melantun-lantun naik,terutama spesis aladin yg bunganya susah diperolehi.So...kolektor budget ni pun mampu beli tureen je lah :)
Jom kolek tureen...

Ahad, 11 Mac 2012

Re-open sale

RM75 TIDAK TERMASUK POS.STOK BARU.BOOKING 3 HARI SAHAJA-SOLD
AVAILABLE
RM50 TERMASUK POS.TUTUP LAIN BUNGA.BOOKING 3 HARI SAHAJA
75 TERMASUK POS SEMENANJUNG (POS MALAYSIA).BOOKING 3 HARI SHJ.

Jumaat, 2 Mac 2012

Tureen

Salam ceria.....walaupun hati tak ceria sangat sebab esok sekolah ganti sempena chinese new year tempohari.Masa cuti seronok,masa nak ganti..,huwaaa....Macam biasa,pelajar bukan ada sangatpun,separuh kelas ponteng.Apa depa nak takut,bukan boleh ambil tindakan apa-apapun.Sekarang ni macam-macam program suruh sayang murid,ambilhati murid..pagi2 tggu murid di pagar,meraikan kedatangan murid di pagar sekolah...Ishhh..tolonglah..banyak lagi kerja lain nak buat.Sekurang-kurangnya jimat tenaga..boleh pakai masa dalam kelas nak pung pang pung pang.Ish..ish..emo pulak aku nih...:)

Nak hilang tensen,baik layan tureen cantik ni,sejuk sikit hati.Cantik sangat bunganya,harga pun cantik jugak....

Yang comel ni hasil penat lelah hunting di Loken,hehe..penat ler sangat,tunjuk2 je..Harga pun sangat berbaloi-baloi..

Sebahagian tureen akak yang seciput..adalah tak sampai 10 biji pun..jadilah..:)

Rabu, 22 Februari 2012

JUALAN


5 PASANG
SOLD

Selasa, 21 Februari 2012

Jualan

BOOKED-TQ
RM70 .Berminat sms 0194222761
AVAILABLE
RM70.Berminat sms 0194222761

Ahad, 5 Februari 2012

Teko Gasing ?

Salam maulidur rasul...
Boring sungguh hari ni....so jom kita tengok rupa teko gasing...
Macam-macam nama dah diberi pada cik teko,kali ni kita panggil teko gasing pulak.
Hanya ada 3 sahaja dalam koleksi akak.

Pemandangan ala Jepun ni beli online...cantik...suke...nampak baru sangat.Walaupun suka PML,tapi akak amat suke kalau dapat barang yang bersinar-sinar=New Old Stock.Tambahan lagi kalau fresh baru kuar kotak dengan jerami atau surat khabar reput.Ishh....seronok sangat.
Ini hasil hunting sendiri,NOS
Ini pulak used item...tapi sangat rare tauuuu...memang tak sangka nak dapat dengan cukup mudah sangat.Kondisi masih lagi cantik,tiptop...

OK....kita hunting teko gasing pulak...:)