Selasa, 18 Disember 2012

Mee Goreng Sotong

Pulau Pinang....tempat menyimpan pelbagai kenangan manis.
Seawal usia 19 tahun..akak mula bekerja sebagai Operator Pengeluaran di Seberang Prai...duduk asrama di Seberang Jaya.,blok D.Pastu akak melangkah ke bahagian pulau,bekerja di NS Semiconduktor,duduk di Batu Maung.Tak tahan kena kerja sambil berdiri,akak pindah kerja di Hewlet Packard,Bayan Baru.Duduk menyewa dengan geng kakak2 di Jalan Mahkamah,Bayan Lepas.Merasalah pengalaman jadi minah kilang...kadang2 seawal 6.30 pagi dah terpacak tepi jalan menunggu bas.Tak lama di Hewlett Packard..akak ditawarkan belajar di Maktab Perguruan Sri Pinang...duduk asrama di Jalan P.Ramlee.Maka bermulalah episod sebagai pelajar...Jalan Penang Chowrasta tu bagaikan tempat bermain.

Baru2 ni akak ke Penang lagi...sebelum pergi akak try google kat mana makan sedap2...ramai bagi info mee goreng sotong di Padang Kota Lama sedap.Camna  rupanya?
Camtu rupanya..mee goreng diatasnya diletakkan sambal sotong kering.Meenya agak lembab..dan awasss..kalau mulut dan perut anda ala2 manja gituu..jangan makan.Rasa mee goreng ni agak pedas,walaupun oder jugak yang kurang pedas,tapi masih dalam kategori pedas,Masa akak pergi tu time orang kuar pejabat..mmg ramai sampai berbaris la nak makan mee goreng sotong ni...tak kira Melayu,China ..India..semua layan.Nak lawan rasa pedas mee ni..oder je Coconut shake...
Menatang apa coconut shake ni...macam campuran air dan isi kelapa..diblender dengan aiskrim/krim ..ala..macam strawberi shake.bezanya yg ni berasaskan kelapa.Okey..akak suka seDAPPP.Tapi..lamanya nak tunggu air sampai pun.Akak dah risau sebab boss ni pantang sikit kalau oder makan lambat sampai..maunya dia angkat punggung..melopong la i..hehe..muka dia dah kelat tu..
Dah kenyang makan...tanya pada boss..sedap tak??
Huh....entah..tak sedap manapun...tahulah dia tak suka makanan pedas.Akak pulak...licin.... :)
So..sapa teringin nak rasa..pergilah area Padang Kota Lama..pastikan anda pergi gerai makan yang paling hampir dengan Kota Cornwallis...gerai makan lama tau.Jangan silap... kalau hampir dengan laut..tu gerai baru.Ini kedainya:
Foto ehsan Google
OK..SELAMAT MENCUBA.

3 ulasan:

  1. Rasa teringin jugak nak ke Penang.
    Memang masa dok kat sana, senang nak cari tempat makan.
    Dahlah sedap, harga pun taklah mahal sangat.
    Apa nama gerainya kak Pah?

    BalasPadam
  2. Garai mee goreng ni sebelah kedai minuman Jalil.nanti akk upload gmbar kedai.

    BalasPadam