Rabu, 30 Disember 2009

Jejak Kasih Part 2

Salam ceria.Pastinya rakan-rakan blogger sibuk menguruskan persiapan persekolahan anak-anak.Aktiviti hunting pun slow sikit,almaklum..bila buka sessi persekolahan,bukan setakat koyak,bahkan rabak poket dibuatnya.tapi..demi persekolahan,masa depan anak-anak,sanggup jelah kan..asalkan anak sanggup belajar,berusaha.
Kalau kita yang bergaji tetap ni pun terasa kerana perlu mengeluarkan budget besar,apalah pulak kisahnya dengan golongan yang kurang berkemampuan,anak pulak ramai yang bersekolah,siankan..Nama je yuran free,tapi list yang nak kena bayar panjang berjela.Ada plak tu,bab beli buku cakap takdak duit,bab nak pergi rombongan ,laju pulak bayar duit.Entahlah...membebel plak akak ni.Almaklum,sekolah dah nak buka,kenalah praktis balik seni membebel ni,khekhe..

Okey..story bab jejak kasih ni,bulan December ni kiranya bulan teko.Kali ni akak berjaya mendapat teko aladin ros hitam yang memang diidam-idamkan.Set cawan ni dah lama berada dalam simpanan hasil barter dengan Siti,Kelang.Diam je Cik Siti ni,agaknya koleksi dah penuh rumah,dah stop hunting kut.Teko plak hasil barter dengan seorang rakan blogger yang cukup express,sekejap je penuh dua tiga almari dengan hasil hunting yang cukup mengancam.Kreatif plak tu,bakul tu hasil kerja tangannya.Cantikkan..Okey..layann.



Sabtu, 26 Disember 2009

Assalamualaikum.Sepanjang bulan December ni,syukur sangat sebab jejak kasih akak berjaya menemu dan melengkapkan koleksi sedia ada .Part 1-akak mulakan dengan set paling berharga ni,si biru meakin Celeste.Setelah membuat keputusan untuk melepaskan cik Rosa,akhirnya akak berjaya mendapatkan si gebus biru hasil barter dengan silent reader,iaitu Sherry dari JB.Terima kasih Sherry,kerana menjadikan impian satu kenyataan.Amboi..ala-ala rancangan realiti gitu,hehe..Cik tureen tu pulak,dari siapa lagi,ehem..ehem..kakakku yang paling banyak meakin itu.Terima kasih ye...
Nampaknya,untung jugak ye bersahut salam di alam maya ni.
Beginilah rupa set meakin Celeste akak sekarang.



Jumaat, 25 Disember 2009

Mee Udang 4 Rasa

N3 kali ni pasal makan-makan plak.Sebelum ni Haniss dan Nannie dah cerita pengalaman makan mee udang di Kuala Sepetang,kali ni giliran akak plak nak kongsi pengalaman.

Pengalaman pertama: Mee Udang Sg Dua.


On the way balik Kedah tempohari,kami singgah di gerai ni,dekat je dengan susur keluar Sg.Dua.Standard harga macam biasa..yang biasa RM6,kalau special RM10.Maaf gambar mee tak dapat nak tunjuk sebab ada dalam handphone cik hubby.Pernah terbaca,bekas Perdana Menteri,Pak Lah,kalau balik ke Kepala Batas,tak pernah miss makan mee udang Sg.Dua. Tapi gerai mana tak pastilah plak.
Mee udang gerai ni ala-ala mee rebus,kuahnya jenis pekat,udang adalah 5 ekor.Siap kira u..hehe.Mungkin tengah lapar ,macam tak kenyang plak,sebab meenya macam agak sikit.Tapi,ais kacangnya,fuuhh..memang selera akaklah..sedap sangat.Banyak isinya,puas hati makan.

Pengalaman 2-Mee Udang Kuala Sepetang
Kebetulan ada jemputan kenduri daripada rakan sewaktu di Maktab Perguruan Sri Pinang,dah 20 tahun tak jumpa,kamipun pergilah ke Selama.Mak aii..ikut jalan Taiping-Selama yang baru buat tu,jalan memang besar macam highway tapi..dah naik Avanza,macam naik kuda.Tinggal lagi tak pakai ladam je,hehe..melambung-lambung.
Balik dari Selama,mee udang punya pasal,akak dengan baju kurung dan tudung lip-lap,terus ke Kuala Sepetang.Sampai-sampai di gerai dekat menara Maxis (gerai paling fofular)orang punyalah ramai,macam rumah orang kenduri kahwin.Kami terus ke Gerai Mak Jah,sama jugak keadaannya.Kamipun kona kereta patah balik.dah 2x pengalaman pergi hari Ahad,memang orang punyalah ramai.Serik dah!!On the way kami singgah di sini.

Haa..di sini tak ramai orang,dalam kata menunggu sekejap pun,tengoklah rupa hero akak tu,kalau menunggu lama,tak taulah camna...
Kami layan mee goreng udang dan mee udang.Macam mana rasanya?Mee udang di sini mirip sangat dengan mee udang Sg.Dua.Kuah jenis pekat,macam mee rebus,ada cucur sikit,tauhu,telur rebus.Udang di gerai ni semuanya udang laut.Udangnya jenis kulit lembut(udang kertas).Kalau yang spesel RM10,boleh tahan besar udangnya.


Pengalaman ke-3:Mee Udang Menara Maxis,Kuala Sepetang
Hari Isnin,kami pergi lagi sekali.Punyalah gigih,bab-bab makan ni,hehe..dalam pukul 12.30,gerai dah dibuka.Adalah dalam 10 orang.
Apa rasanya?Mee udang sini kuahnya jenis cair,cuma ada mee,udang dan taugeh.Kalau yang biasa,RM6 udangnya ialah udang bela/ternak.Kulit dan isi agak keras,berwarna kemerah-merahan.Kalau yang RM10,udang laut.Tapi saiz udangnya hampir sama je.Banyak jugak udangnya,dalam 12 ekor,memang puas makan.

Pengalaman 4-Mee Udang Pulau Pinang
Dah lama akak pergi gerai ni,sewaktu mengandung anak ketiga.Melayan isteri mengandung,dah dengar cerita kawan kononnya sedap sangat,suami pun sanggup pergi mencarinya.Cari punya cari,tak jumpa,patah balik...tanya orang,akhirnya jumpalah gerai ni iaitu Gerai Mee Udang Ros.Kalau tak silap atas dari Teluk Kumbar (Gertak Sanggul ke??).
harga sepinggan RM10,udang ada 4 ekor..saiz nalla punya.Inilah mee udang yang paling sedap akak pernah makan.Kalau kata agak mahal pun,berbaloi.

Cerita akak ni sekadar panduan kepada anda yang suka hunting tempat makan,suka makan...macam akak.Akak tak kata sedap ke,tak sedap ke..sebab sedap tu abstrak.Selera tak sama,lagipun taknak la potong rezki orangkan.Cubalah sendiri...selera kita berbeza.

Khamis, 24 Disember 2009

Cawan Wet Roses

Salam ceria.Masih lagi koleksi cawan.Hasil hunting terbaru,cawan apa ya..mirip benar dengan piring wet roses yang sedia ada dalam koleksi.Jadi,akak namakan cawan ni "cawan wet roses".

Cuba perhatikan bunganya,hampir samakan.Roses,roses..asik dengan cawan roses.nampaknya,tak perlulah tanam pokok bunga ros di laman,tanam dalam almari je.hehe..Buat sementara ni,tanam dalam kotak sebab belum ada almari untuk simpan koleksi cawan ni.

Oleh sebab koleksi akak ni semuanya berwarna pink,jadi sekali pandang macam serupa saja.Sebab itulah,anak yang darjah dua tu selalu komplen "apa ibu ni,beli cawan semua sama"hehe..nak buat camna nak oii,ibu kamu ni dah terkenan kaler pink.


Macam biasa,akak ni kaya cawan je lah,teko tak nampak batang tangkaipun.Jadi kalau sesiapa ada teko munge ni,kaling2 akak okey.

Selasa, 22 Disember 2009

Peonies J

Mulut J lagi...dan lagi...kali ni bunga peonies pulak.Untuk set peonies ni akak cuma ada 4 set cawan dan beberapa biji piring 7' dan 9" yang diperolehi melalui hunting sendiri.Tapi..tekonya elekk.Kalau sesiapa ada extra,nak barter,caling-caling akak oke.
Ada story sebenarnya...mula-mula akak booking la set cawan mulut J daripada seseorang.Sampai masa dan tempat yang dijanjikan,akak pun pergilah nak mengambilnya,alih-alih dia salah faham,diberinya akak bunga ros hitam.Akak pun menolak,dan berjanji akan datang lagi untuk mengambil set peonies ni.Minat tahap gaban punya!!

Oleh sebab suami asik pergi berkursus,tak dapatlah nak pergi segera ke Ipoh mengambil set yang dijanjikan.Sampailah suatu hari,bila akak hantar dua sms bertanya khabar si peonies ni,si penjual diam seribu bahasa.Langsung tak dibalasnya sms akak.Sedih u...kut ye pun dah jual,apa salahnya,cakap betul-betul Akak bukannya nak marah.Apa kes..hanya kerana set cawan macam ni nak marah-marah.Cuma,berbahasa la sikit.Akak tak marah,cuma sedihh dan terkilan je sebab terlepas set idaman akak ni.

Akak pun pot pet lah menyalahkan suami.Sampailah selang beberapa hari,akak pun pergilah ke kedai apek akak tu,terjojol biji mata akak bila nampak set idaman ni tersusun cantik di atas rak.Bersih,siap berbasuh lagi.Harga pulak,jauhhh lebih murah.Rupa-rupanya,rezeki akak di sini.Kalau dulu akak merungut,menyalahkan suami, kali ni time suami akak plak membebel.Khekhe..tadah tinge je lah.

Sekurang-kurangnya,akak mengambil hikmah bahawa selalunya kita menyesali,merungut bila kita kehilangan,terlepas sesuatu,atau mendapat sesuatu yang tidak kita inginkan.Tanpa kita sedari sebenarnya Tuhan itu ada perancangannya yang tersendiri.Walaupun hanya berkaitan dengan cawan,ada maksud tersirat dalam rencana kehidupan kita.Kebetulan akak pulak ditempatkan di sekolah baru yang memang akak tak gemar,menangis meleleh airmata,air hidung segala (mengalahkan budak nak masuk darjah satu,khekhe..).tapi bila dikaitkan dengan kes cawan ni,baru akak terpikir.."mungkin Tuhan telah merencanakan sesuatu yang terbaik untuk aku,"..Mudah-mudahan...sekarang akak berlapang dada menerimanya.

Isnin, 21 Disember 2009

Kangkung J-Overnya!

Salam ceria.Selama hunting barang-barang lama ni,akak begitu berharap agar dapat bertemu set cawan kangkung mulut lebar atau mulut Joyah.Walaupun ada jual di ML,akak tahan hati,tak membelinya sebab nak cari sendiri.Alih-alih,dapat set cawan ni,bukan setakat J lagi,dah over u..terlebey sudah..
Inilah hasil hunting terbaru...kali pertama akak melihat cawan kangkung bentuk ni.Mungkin rakan-rakan blogger lain dah ada.

Bahagian luar cawan kosong saja,tak ada apa-apa bunga seperti cawan kangkung bentuk lain.Set baru u..tengok rim emasnya,berkilat-kilat.Walaupun lebar,besar,tapi cawan ni taklah nipis sangat.Kiranya,sedaplah dipegang.

Istimewanya,bahagian dalam mempunyai dua kuntum bunga di kiri dan kanan cawan.Tengoklah..mulutnya yang menganga besar.Bila dihulurkan pada akak,terus akak kata"ada ke orang nak minum dalam cawan ni?"




Ok..layannn.

Sabtu, 19 Disember 2009

Pinggan Holland

Salam ceria.Hari ni bawa anak soping beg sekolah,sambil-sambil tu sempat la hunting sikit.Asal ada,jangan tiada.Kali ni kita tangkap pinggan "made in Holland'plak.Selalu pinggan China,hari ni kita pandang ke barat plak,khekhe...

Ni close-up gambar bunganya.cantikk kannn..


Harga asal mahal banyak berbanding pinggan dari China.Bila akak pulun menawar,apek tu kasi dua biji je,lebih dia tak bagi sebab nak simpan untuk customer lain.Boleh dia jual mahal sikit.Akak sandingkan pinggan ni dengan cawan sweet roses,amacam..ok kan sebab kaler pink sama je.


Ini plak cawan bunga kangkung,lain sikit designnya.tapi..ada satu je,rembat jugaklah sebab bukan senang nak jumpa patern macam ni.


Ok...layann.

Jumaat, 18 Disember 2009

Extra Set 4 SALE

ORDER MELALUI SMS.SEKIRANYA BERLAKU KEROSAKAN DALAM PERJALANAN,DI LUAR TANGGUNGJAWAB PENJUAL.SEBAGAI PENCINTA BARANGAN LAMA,SAYA SAYANG SEMUA KOLEKSI INI DAN CUBA MEMBUNGKUSNYA SEBAIK MUNGKIN.

TEKO KANGKUNG.TUTUP BUKAN ORI,TAPI KIRA NGAM LA.RM55-FREE POST(SOLD)


TEKO ROS HITAM.RM55-FREE POST (BOOKED)


TEKO KEKWA .ADA DUA SET.RM55.FREE POST


TEKO KANGKUNG,PENUTUP BERBUNGA.RM33 (BOOKED)


CAWAN ANTIK, TERPAKAI-MEMANG SET LAMA.ADA 5 SET.RM40 (BOOKED)

Khamis, 17 Disember 2009

Big Rose

Salam Maal Hijrah.Semoga kita menempuh tahun baru dengan keazaman untuk meningkatkan takwa,memperbanyakkan amalan kebaikan dan hidup lebih diberkati.Macam biasa bila masuk tahun baru,kita buat azam tu,tambah azam ni,tapi..azam lama pun tak tertunai lagi.Tapi..sekurang-kurangnya kita menyimpan keinginan atau niat supaya hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.
Bagi yang terkena virus antik ni,mesti ada azam,sama ada nak kurangkan hunting ataupun lebih ligat lagi menambah koleksi yang ada.Maklumlah..selagi bernama manusia,kita tak pernah puas dengan apa yang kita miliki.Kita bersyukur,tapi bila melihat apa yang oranglain ada,mulalah perasaan "teringin memiliki"tu membuak-buak.Pendekata,semua yang orang lain ada cantik belaka.Ni bukan kata oranglain ye..tapi yang empunya diri sendiri yang menulis ni.
Buktinya,baru je seronok tak hengatt bila dapat big roses bentuk bulat,alih-alih ku rembat jugak bila dihulurkan si mulut Joyah ni.Nak buat camna Joyah,dah lama akak impikan memilikimu,akhirnya dapatt jugak.Buat kakakku sorang tu,sabag no,kalau ada extra,cek caling-caling akak dulu.


Selasa, 15 Disember 2009

Ros Hitam

Salam...hitam itu menawan.Amboi..ros hitam datang menyerang.Rumah ni hidang ros hitam,rumah tu hidang ros hitam.Masa mula-mula mengumpul koleksi lama ni,akak tak berkenan pun dengan ros kaler hitam.Nak story..jumpa pun buat tak kisah,tak beli pun.Alih-alih la ni,jatuh cinta la plak.Itulah kan ,orang kata...selalunya benda yang kita tak suka itulah akhirnya jadi kesayangan kita.

Hunting terbaru,terjumpalah teko ni.Simple je bunganya.Kebetulan dah ada cawan yang hampir serupa dengan teko tu.Okey tak??Kira okeylah kan..layannn.



Ini koleksi sendiri ye..kang ada plak yang nak meminang,jenuh nak menepisnya.Lainlah kalau hantaran ala-ala artis gitu,khekhe..

Isnin, 14 Disember 2009

Extra Set 4 SALE

BOOKING MELALUI SMS.HARGA TERMASUK POS.


4 SET CAWAN =RM45
MANGKUK BUBUR BIG ROSES 2B=RM25


TEKO KEKWA HITAM.SAIZ SEDERHANA.RM45
2 BOOKED 2 AVAILABLE

1 CAWAN 2 PIRING.TERPAKAI-CONDITION SEDERHANA-RM20

CAWAN MINI VC ROSES(TANPA PIRING) 4BIJI-RM25
BOOKED

PIRING LEPER WILD ROSE-RM23

PIRING LEPER AIRMATA.3BIJI=RM36

PINGGAN MUKUM PADI.SAIZ SEDERHANA 3BIJI=RM33