Mulut J lagi...dan lagi...kali ni bunga peonies pulak.Untuk set peonies ni akak cuma ada 4 set cawan dan beberapa biji piring 7' dan 9" yang diperolehi melalui hunting sendiri.Tapi..tekonya elekk.Kalau sesiapa ada extra,nak barter,caling-caling akak oke.
Ada story sebenarnya...mula-mula akak booking la set cawan mulut J daripada seseorang.Sampai masa dan tempat yang dijanjikan,akak pun pergilah nak mengambilnya,alih-alih dia salah faham,diberinya akak bunga ros hitam.Akak pun menolak,dan berjanji akan datang lagi untuk mengambil set peonies ni.Minat tahap gaban punya!!
Ada story sebenarnya...mula-mula akak booking la set cawan mulut J daripada seseorang.Sampai masa dan tempat yang dijanjikan,akak pun pergilah nak mengambilnya,alih-alih dia salah faham,diberinya akak bunga ros hitam.Akak pun menolak,dan berjanji akan datang lagi untuk mengambil set peonies ni.Minat tahap gaban punya!!
Oleh sebab suami asik pergi berkursus,tak dapatlah nak pergi segera ke Ipoh mengambil set yang dijanjikan.Sampailah suatu hari,bila akak hantar dua sms bertanya khabar si peonies ni,si penjual diam seribu bahasa.Langsung tak dibalasnya sms akak.Sedih u...kut ye pun dah jual,apa salahnya,cakap betul-betul Akak bukannya nak marah.Apa kes..hanya kerana set cawan macam ni nak marah-marah.Cuma,berbahasa la sikit.Akak tak marah,cuma sedihh dan terkilan je sebab terlepas set idaman akak ni.
Akak pun pot pet lah menyalahkan suami.Sampailah selang beberapa hari,akak pun pergilah ke kedai apek akak tu,terjojol biji mata akak bila nampak set idaman ni tersusun cantik di atas rak.Bersih,siap berbasuh lagi.Harga pulak,jauhhh lebih murah.Rupa-rupanya,rezeki akak di sini.Kalau dulu akak merungut,menyalahkan suami, kali ni time suami akak plak membebel.Khekhe..tadah tinge je lah.
Sekurang-kurangnya,akak mengambil hikmah bahawa selalunya kita menyesali,merungut bila kita kehilangan,terlepas sesuatu,atau mendapat sesuatu yang tidak kita inginkan.Tanpa kita sedari sebenarnya Tuhan itu ada perancangannya yang tersendiri.Walaupun hanya berkaitan dengan cawan,ada maksud tersirat dalam rencana kehidupan kita.Kebetulan akak pulak ditempatkan di sekolah baru yang memang akak tak gemar,menangis meleleh airmata,air hidung segala (mengalahkan budak nak masuk darjah satu,khekhe..).tapi bila dikaitkan dengan kes cawan ni,baru akak terpikir.."mungkin Tuhan telah merencanakan sesuatu yang terbaik untuk aku,"..Mudah-mudahan...sekarang akak berlapang dada menerimanya.
tahniahlah dapat set idaman. la ni mengajar sekolah mana pulak??
BalasPadamjumpa teko,caling2 ye.thun dpn smk buyong adil
BalasPadamcantik set baru ni kak shas. gabungan purple pink. memang warna tren sekarang.
BalasPadamnampaknya koleksi kak shas semakin hari semakin cantik. best betul tengok.
salam k.shas..
BalasPadamtulah hikmat nyer kak..terlepas yg situ, tangkap yg sinin kan
anyway..cun bangat-chemp ade 2 set jer mulut nie...teko cam biase elekkkkkkkkkk tooooo...
hunting lg kak-blh ku tumpang bkaki2 ..hiihihih
salam shas..kalau dah ditentukan rezeki nak dapat cawan penonies tak akan lari mana..wpun diduganya kita ni...slmt berhijrah ke sekolah baru....
BalasPadamkak shas,dpt kat lubuk 'k' ke cawan peonies ni?? sy dpt cawannye je 6 biji tp piring tak da.. ada tak akak nmpak piring die lebih??
BalasPadamshas<ibu EAA
BalasPadambila nak dapat virus antik ni?capat..sblum kehabisan stok kat apek.nak hunting,kaling2 akak ye.
shas < chemp
tkasih chemp jd customer tetap,hehe.kalau ada,akak bgtau.
shas<k.nor
itulah..berkat sabar,akhirnya dpt jugak.dah rezeki kan..
shas<ezani
mana lg,kat situlah,hehe..susah nak jmpa piring sj.