Isnin, 28 Jun 2010

GA Kelly"s Life

Salam ceria,jom kita meriahkan GA Kelly.Mana tahu ada rezeki,hadiahnya umpp...lumayan.Sebenarnya,saja suka-suka,memeriahkan dunia blogger .

Hadiah pertama :
Set Ros Hitam ( Teko & 6 cawan + piring )
Piring bujur bunga kangkung & ros merah putih OC

Hadiah kedua :
Set Ros warna-warni ( Teko & 6 cawan + piring )
Pinggan bujur ( 2 )

Hadiah ketiga :
Set ceramic ( Teko & 4 cawan + piring )
Teko sakura
Piring bulat ( ros pink )


Syarat - syarat nya : )

Tarikh give away ni bermula dari 3 Julai hingga 31 Julai 2010 ( tapi kalau nak join sekarang pun boleh )

Terbuka kepada follower blog Kelly's Life yang kat Malaysia saja ( so siapa yang nak join, kenalah jadi follower blog Kelly )

Iklankan / buat N3 mengenai Give Away ni kat blog masing2 supaya ramai lagi kawan - kawan boleh join

Jangan lupa linkkan Kelly's Life dalam blog ya

Dan tinggalkan komen dalam N3 ni...komen kat Cbox tak diambil kira

Nama, no h/p dan alamat untuk dihubungi sekiranya berjaya dalam Give Away ini

Hadiah misteri buat referral yang paling banyak disebut oleh pemberi komen

Hadiah misteri untuk peserta pertama yang meninggalkan komen di N3 ini

Penghantaran hadiah akan dilakukan dalam pertengahan bulan Ogos, Insyaallah

Sabtu, 26 Jun 2010

Koleksi Kekwa Hitam

Salam ceria.Kali ni nak kongsi hasil hunting sewaktu balik Kedah baru-baru ni.Akak ni bukanlah peminat kekwa hitam sangat,tapi dari segi nolstagia,set ni memang digunakan oleh arwah emak dulu.Di rumah MIL pun banyak set pinggan,piring dan mangkuk kekwa hitam.

Okey,set pertama ialah cawan kopitiam kekwa hitam,rasanya jarang kita nampak set ni kan.


Cuba lihat,memang samakan dengan cawan kopitiam kaler hijau yang biasa dilihat.Cawan kopitiam kekwa ni,tebal,berat ...puashatilah kalau pegang.Ni baru sesuai dengan citarasa cik abang kita.Kalau cawan roses,dia suruh simpan balik sebab nipis,tak selesa digunakan.Jadi...buat hiasan ajelah.

Ini pulak set kedua,cawan bulat,kecil,comel,rasanya memang padan dengan teko tu.


Lihatlah perbezaan kedua-dua saiz cawan tu,nampak ketara kan...
Kalau ada yang berminat dengan set cawan kedua tu (bukan kopitiam)caling-caling okey...

Khamis, 24 Jun 2010

EG - terima kasih Kak Gee

Salam ceria
Yoyo...hari ni nak tayang apa hadiah Eg akak dapat daripada kak Gee - Little Pesona.Mula- mula tu suspen gak,apasal dua kotak si kangaroo ni hantar.

Bila dibuka,satu kotak ada teko,satu kotak lagi ada 3 biji cawan. Ya Allah..kesiannya pada kak Gee.Beriya-iya membalutnya,mesti pasal takut pecahkan.Sebenarnya saya tak tetapkan apapun,kecuali roses dan bukan pinggan mangkuk sebb takdak tempat nak simpan.

Inilah kiriman Eg dari kak Gee,amboi..pandai skodeng ,memang saya takdak lagi bunga ni kak Gee.Jadi,mestilah happy bila dapat set ni.Macam pengganti kepada set yang saya berikan Eja.Turut serta kad ucapan.Kepada kak Gee,terima kasih banyak-banyak dan maaf kalau akak terpaksa bersusah payah nak mencari "yang antik-antik" saja ni untuk saya.

Ahad, 20 Jun 2010

Muzium Padi,Kedah

Salam satu Malaysia,chek nak promosi Kedah tak habih lagi no.Kali ni Muzium Padi,di Gunung Keriang,8 km dari Alor Setar.Nak habag mai ceghita pi,tak rugi kalau p melawat sini.Cantik tak sangga,macam-macam ada.Banyak lagi pikas menarik,klik sini.

Sabtu, 19 Jun 2010

Cuti-cuti malaysia


Penat tapi seronok,fulus??? Jangan ditanya.Ala..tu baru cuti-cuti Malaysia,oranglen pegi obersea lagi.Jadilah,setakat yang mampu.Minggu lepas,on the way nak balik Kedah,singgah semalam di Bukit Merah,jom.jalan-jalan

Jumaat, 18 Jun 2010

Teko ros mekar

Assalamualaikum.Sepanjang cuti sekolah ni,ligat jugakla akak mengayuh kaki,masuk kedai apek,kedai nyonya mencari apa-apa pinggan mangkuk batu yang berkenan di hati.TEkad sekarang ni nak kolek teko je sebab faktor ruang tak mengizinkan.Tapi,kalau jumpa cawan roses,hai..tak tahan beb,khekhe...

Okey,inilah teko hasil hunting terbaru..Isshh..terpikat sungguh akak dengan kuntuman bunganya yang mekar,lembut ayu...




Okey,jumpa lagi.

Rabu, 16 Jun 2010

Nice Blogger Award



Salam ceria..Alamak...kena tag la,apapun terima kasih kepada Zaza dan Aida kerana teringat gak nak bagi kita award, apa ke namanya..nice blog.Sebelum jawab soklan cepumas,nak habag dulu no,blog kita ni blog syok sendiri je tau.Syok apa?Bila dapat barang lama ni,hati seronok sangat,nak menzahirkan keseronokan tu,buatla tayangan perdana,walaupun oranglen dah ada penuh lemari..hehehe.Okey,mai layan soklan ni..

1. Apa yang bermain difikiran you all sekarang ?

Mana lagi nak pi cari barang antik ni?hehehe

2. Apakah nama samaran you all ?
Macam-macam nama kita ada
Ala-ala kampung - Kak Pah (nasib baik bukan Tok Pah)hehehe
Ala-ala urban gitew - Sherry (biru mata hitamku)

3. Berikan 3 orang yang you all sayang ?
1)Suami
2) Anak-anak
3)Sedara mara

4. Panggilan untuk si dia
Masa baik - abanggggg.
Masa naik angin- oii abah hang (masa ni keluaq habih pekat kedah)

5. Hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa
Bawa ronda satu Malaysia cari barang antik.(ni kes buang tabiat pulak,kena mengucap banyak2)

6. Blog mana yang you all suka visit ?
Mestilah blog antik,melihat koleksi oranglen memberikan ilham dan semangat lagi untuk menghabiskan duit ku,hehehe


Okey,siap...sapa pulak nak kena tag ni,tengok semua dah kena.Nak bagi kat Mas dengan Rizal lah.Maklum cik Mas dengan Rizal tu blogger baru,bila lagi nak pekena depa,khekhe..gurau je.Nak kenal lebih mendalam.jangan mareee.

Sabtu, 12 Jun 2010

extra set 4 sale

Jika berminat sms okey.

HARGA BELUM TERMASUK POS
sold out
Pinggan bujur bunga padi,saiz besar gak la -RM30
SOLD

SOLD


SOLD OUT

SOLD OUT
C
SOLD OUT

SOLD OUT



Rabu, 9 Jun 2010

Teko -meriahnya bunga

Salam ceria...taraaa...taste makcik-makcik datang lagi.Tengok teko ni,meriahkan bunganya.Inilah hasil hunting terbaru,setakat lepaskan "gian".

Ishh..macam tak kena je kalau tak pegang barang lama ni.Seminggu je insaf, ala-ala tobat konon,taknak hunting,khekhe..panjangkata,cakap makcik-makcik yang terkena virus antik ni,boleh dengar je,percaya JANGAN!!!
Okeys..meriahkan bunga teko ni,akak kira ada lapan jenis.Bunga kembang pagi pun ada,macam bunga kekwa pun ada..pendekata.....dalam teko ada taman.


Tapi....sayang seribu kali sayang,si cantik ni OKU,cuba tengok mulutnya tu,sumpik la pulak.Tapi,dek berkenan, ku rembat juga.
Rasanya ini n3 terakhir untuk minggu ni,esok,akak balik kampung.Mana lagi...KEDAH la.Tak sabag dah ni,dah terbau durian siam.

Okey...bye-bye.

Selasa, 8 Jun 2010

Assalamualaikum...kita sambung story pasal kangkung lagi ye.Kali ni akak nak kongsi salah satu koleksi kangkung yang lain sikit dari yang biasa akak jumpa di kedai2 apek.Mungkin orglen dah ada,kiranya akak ni"jakun" la sebab baru nampak.Nak kata mangkuk bukan,pinggan pun bukan.Saiznya besar,bentuknya cantik,bunganya pun terang.Cop belakang china mari,konpem koleksi lama.Nak cerita banyak2 tak pandai,tengoklah gambar di bawah ni,okey...



Isnin, 7 Jun 2010

Yang comel-comel saja

Salam ceria,issh..bosannya sejak tak hunting teko,cawan,pinggan mangkuk antik ni.Tapi,pikior-pikior balik,kalu nak hunting pun,nak cari teko dan cawan je.Pinggan mangkuk sudu garpu ni taknak beli dah sebab pakai ruang nak menyimpannya.Kang diperli lagi oleh big boss kononnya nak panggei tukang,suruh buat almari pasang siap sampai ke syiling,khas utk simpan semua koleksi akak ni.Hisshh..taknak la,dah serupa muzium pulak.Rela ku sorok bawah katil semua koleksi antik ku,khekhe..

Okey,n3 kali ni layan je lah koleksi comei-comei belaka teko kecik molek.
Inilah sicomel kesayangan akak.


Teko kangkung ni walaupun dah banyak dalam simpanan,tetap tak puas mencarinya.Agaknya,penangan,masa dulu-dulu makan kangkung banyak sangat.Zaman dolu-dolu,sayur kangkung le paling senang dapat,resepi simple je,rebus kangkung cicah dengan sambal belacan,tak pun air asam,kawan dengan ikan kembung goreng,kari ikan,huh...pecah peluh berselera.Itulah makanan yang emak jamu akak adik beradik dulu.Susahkan zaman dulu,tapi syukur,resepi kasih sayang,sihat walafiat,otakpun kalau bukan taraf profesor madia,setakat profesor serba tau...khekhe...walaupun makan kangkung tepi bendang.Ish..sentimental pulak aku malam-malam ni.

Haa..ni apa pulak???Awat yang dok nganga tu,tutupnya mana??OKU,molot sumbingpun simpan jugak.Bukan senang nak jumpa.

Okey,inilah barisan ratu cantik paling comel dalam koleksi akak...seadanya,cukuplah sekadar menjamu mata .