Isnin, 7 Jun 2010

Yang comel-comel saja

Salam ceria,issh..bosannya sejak tak hunting teko,cawan,pinggan mangkuk antik ni.Tapi,pikior-pikior balik,kalu nak hunting pun,nak cari teko dan cawan je.Pinggan mangkuk sudu garpu ni taknak beli dah sebab pakai ruang nak menyimpannya.Kang diperli lagi oleh big boss kononnya nak panggei tukang,suruh buat almari pasang siap sampai ke syiling,khas utk simpan semua koleksi akak ni.Hisshh..taknak la,dah serupa muzium pulak.Rela ku sorok bawah katil semua koleksi antik ku,khekhe..

Okey,n3 kali ni layan je lah koleksi comei-comei belaka teko kecik molek.
Inilah sicomel kesayangan akak.


Teko kangkung ni walaupun dah banyak dalam simpanan,tetap tak puas mencarinya.Agaknya,penangan,masa dulu-dulu makan kangkung banyak sangat.Zaman dolu-dolu,sayur kangkung le paling senang dapat,resepi simple je,rebus kangkung cicah dengan sambal belacan,tak pun air asam,kawan dengan ikan kembung goreng,kari ikan,huh...pecah peluh berselera.Itulah makanan yang emak jamu akak adik beradik dulu.Susahkan zaman dulu,tapi syukur,resepi kasih sayang,sihat walafiat,otakpun kalau bukan taraf profesor madia,setakat profesor serba tau...khekhe...walaupun makan kangkung tepi bendang.Ish..sentimental pulak aku malam-malam ni.

Haa..ni apa pulak???Awat yang dok nganga tu,tutupnya mana??OKU,molot sumbingpun simpan jugak.Bukan senang nak jumpa.

Okey,inilah barisan ratu cantik paling comel dalam koleksi akak...seadanya,cukuplah sekadar menjamu mata .

2 ulasan:

  1. salam shas..akak pun memang kumpul teko dan cawan jer..kalau ada sugar pot dan creamer kira bonus la tu..tapi pinggan selalunya akak beli kalau jumpa kat apek sendiri, sebab murah,,kalau beli main tekan2 ni mahai, tambah dgn ruang takdak...memang comei2 koleksi shas tu..secomei anak shas yg gebu..hehehe

    BalasPadam
  2. salam ziarah,
    cantik2 semua teko tu esp kangkung yg x bertutup tu...cute! nak beli tp dah abis plak...melepas...dpt tgkpun jadi la...:)

    BalasPadam