Isnin, 31 Mei 2010

Jejak Kasih-Big Roses

Salam ceria...hati berbunga riang sesegar dan seceria kuntuman big roses yang menghiasi teko ini.Terima kasih tak terhingga kepada Aida -Al Kesah kerana sudi berbarter dengan saya dan terima kasih jugak kepada kakNor64 kerana memperkenalkan saya dengan Aida.

Nak dijadikan cerita,Jumaat lepas Aida ke Cameron Highland,naik melalui Tapah.Jadi,senang cerita,tak payah susah-susah nak post,kamipun bertemu janji .

Makanya...teko big ros ni pun berpindah milik ke teratak hamba,bertemu dengan kaum kerabatnya.

Kepada peminat-peminat baru,cuba-cubalah mencari set ini sebagai koleksi sebab memang cantik,sejuk je mata memandang.


Cuba tengok close-up bunganya...

Dua jenis cawan yang akak ada...jenis bulat dan mulut J.Sampai sekarang dari raya Cina lepas,langsung takde stok roses yang kuar dari kedai apek.So..kepada yang dok pesan tu,ala-ala pesanan penaja (free ..kalau berbayar,kayo makcik,hehehe...ada orang terasa tu), ada rezeki,adalah ye.Kalau ada saya kontek....

Piring kuih tu pemberian Tasha sewaktu kitorang berbarter dulu.Jadilah,menambah seri.




Okey...terima kasih sekali lagi buat Aida.Bye-bye.

2 ulasan:

  1. salam kak shas sukalah tengok koleksi kak shas nii semuanya cantik2 teko,cawan,almari dan segalanya.Selalu akk hunting atau beli kat ne ML ke?

    BalasPadam
  2. wkmsalam Aina,akak selalu gak k Mlane,tapi x soping sgt sb harganya lebihkurang online je.rezeki akak,dapat stok dr kedai nyonya dekat dgn rumah.tp skrg dah clear...so akakpun dah stop hunting.lagipun rasa dah byk..aina pun apa kurangnya,hehe...

    BalasPadam