Ahad, 31 Januari 2010

Extra Set 4 SALE

Set yang ingin dilepaskan.Harga termasuk pos-parcel biasa.Berminat sms.

SOLD
Cawan janda.Kondition sangat caantik.6 biji-RM50

SOLD
6 biji cawan ros hitam janda - RM 35
SOLD
Teko pink China.RM50

Pinggan bujur airmata-RM25
SOLD
Teko kekwa.Saiz sederhana.RM55

Isnin, 25 Januari 2010

Extra Set

Berminat sms ok-free post.


SOLD OUT
Set keladi kuning
4 set=RM60
ADA STOK
Set maple-4 set
RM50

Pokok Kelapa

Salam ceria.Teruja melihat koleksi pokok kelapak adik-adik lain tu,akak pun nak tumpang sekaki.Sebelum tu nak puji teko Nannie,cantik you.To Chemp plak,sabar...esok2 dapatlah tekonya.Semakin susah memperolehinya,semakin kita menghargainya,betul tak?

Pokok kelapa akak ni berbuah lagi tiga biji,ni haa..piring di bawah ni hasil barter dengan Chemp.

Rupanya,piring ni backgroundnya kaler putih,sedangkan set akak yang lain kaler krim.Nasib baiklah ada coffee pot comel ni,dapatlah digandingkan sebab putih jugak.Ramai nak meminang si comel ni,tapi akak sayang nak lepaskan.Kenangan beli di ML beberapa tahun lepas.Murah sangat,RM5 je masa akak beli tu.


Inilah keluarga pokok kelapa akak yang semakin lebat...kut-kut dapat plak sugar dan creamer,okeylah tu.Lebat sangat pun bahaya jugak...kang tumbang plak.Pokok kelapa tak tumbang,tuan dia yang tumbang,haha.

Khamis, 21 Januari 2010

Set Gandum

Salam rindu buat semua rakan-rakan...lama rasanya tak buat n3 baru,sedangkan hakikatnya baru seminggu.Maklumlah,sibuk urusan dunia,takdak mood nak hadap tenet lama-lama.
Okey..nak habag mai ceghita pi,set gandum akak dah beranak pinak.

Koleksi pinggan 11" hasil barter dgn Chah,Kemaman.Terima kasih Chah.Yang kecik pula,rembat dari MLane,Ipoh.Dua minggu lepas pergi.Haa..nak story,turun-turun keta,terus nampak toke Kak Saidah,berpeluh-peluh.Gayanya macam dah tawaf 7 round.Dalam hati akak.."hmm,habislah,takdak apalah tinggal utk aku".Nasiblah,ada piring gandum ni.
Jumpa jugak dgn Ezani,gebang sakan..maklum suku sakat Rawa macam cik abang kita.

Inilah 3 biji teko gandum koleksi akak..coffee pot tu beli di ML jugak,rezeki,murah sangat,RM15 je.

Yang ni terbaru,barter dengan Kak Azzah.Terimakasih sudi barter dengan saya.

Okey...layannnnn.

Rabu, 13 Januari 2010

Five Roses



Five roses ni ada ceritanya yang tersendiri.Kali pertama belajar barter,melalui piring inilah-dengan Yatt dan...adalah dua tiga orang lagi rakan blogger.Cawan pula,mana lagi..nyonyas mari..Ok..layan..

Sabtu, 9 Januari 2010

PELITA OH PELITA

Salam ceria...kali ni nak story pasal pelita,pun ada kena mengena dengan pos office.Sejak dua menjak ni,dah terjangkit minat nak kumpul pelita.Jadi,akak pun oderla pelita ni dari Shariff.Adat orang nak dapat barang,mesti tak sabar menunggu.Alih-alih sampailah van pos,menghantar satu bungkusan,memang dari Shariff.Akak pun seronoklah..dalam hati..ish,berat gak pelita ni.

Sampailah masa nak buka,akak tergerak hati nak belek alamat pada kotak..terkezutnya,di kotak tu tulis alamat oranglain,tapi slip penghantaran memang nama akak.bila call Shariff,pastilah ini kesilapan teknikal pejabat pos.Biasalah kan..bila kita dah hulur kotak ke kaunter,kita dah tak dapat tengok lagi betul atau tak depa tampal slip tu.Nasib baik akak tak buka lagi,kalau tak jadi satu kerja plak nak bungkus balik.So..apa nak dikata,nak marah pun pada siapa,nak tergelak pun ye jugak.Pagi tadi akak dah serah balik kotak tu pada pihak pos yang kebetulan datang menghantar bungkusan dripada Wan Penang.


Terlanjur cerita pasal pelita..inilah rumah baru untuk pelita akak.Mula-mula dua tingkat je,bila dapat pelita daripada Kak Azah Sabah,dah jadi 3 tingkat kondo ni.

Kalau ke Jalan Kuala Kangsar,Ipoh,kedai SKK..berlambak kotak ni.Harganya RM65.

Isnin, 4 Januari 2010

Jejak Kasih Part 4




Salam,jejak kasih part 4,kali ni set ros jambatan.Asalnya langsung tak minat set bunga ni,maklumlah dayang senandung.Alih-alih jadi minat pulak.
Mula-mula- dpat cawan hasil terjahan ke rumah opah.Masa ni minat sikit-sikit.
Selang beberapa minggu - jumpa sugar pot di Super Kinta.Dah mula minat..usha teko plak.
Kemudian - jumpa piring kecil di pekan Bukit Pinang,Kedah.
Akhirnya - dapat teko hasil barter - Pahang mali.Terima kasih banyak-banyakkkk.

Kiranya betul-betul jejak kasih.

Jumaat, 1 Januari 2010

Jejak Kasih Part 3

Belum terlewat rasanya untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru.Aiseyy..baru 16 hari menyambut birthday,dah masuk tahun baru,dah umur bergerak ke angka lain.
Catatan hari ini merupakan catatan yang ke 100 sejak kewujudan blog ini.Terima kasih lah kepada sesiapa jua yang sudi selayang pandang dengan koleksi akak yang seadanya ini.Setakat yang ada ini pun,dah bersyukur sangat sebab akak ni bukanlah senang nak keluar hunting,terjah kedai sana,terjah kedai sini.Kalau ke Memory Lane pun sebab upah jaga anak,cik hubby pergi mesyuarat ke,kursus ke...jadi penat akak menjaga anak di rumah,kenalah upah.Upahnya..bawa akak ke ML,khekhe..tapi..itulah kan,dipermudahkan pula Tuhan dengan cara lain pula.Rezeki masing-masing.
Okey..jejak kasih ke-3,akhirnya akak berjaya mendapatkan teko twin roses hasil barter dengan rakan blogger.Terima kasih banyak2,akak doakan semoga dimurahkan lagi rezeki.Inilah koleksi twin roses akak yang seciput ni.