Khamis, 2009 Disember 10

Sugar Pot?

Salam ceria.Kali ni nak kongsi satu benda yang akak dapat.Nak kata bekas gula,besar sangat.Muat setengah kilo gula.Walaupun ada sumbing sikit,dek berkenan bunganya yang cantik akak rembat jugak.Masa kuar dari stor,comot tak hengat..masa nak beli tu,pekerja kedai pinggan tu nak cuci,tapi akak larang.Bukannya apa,nanti kalau dah nampak come,pasti nyonya tu up harga.Alih-alih akak dapat murah sangat,RM3.50 je.

Sewaktu set ni ditunjukkan pada akak,beginilah rupanya.Akak pun pelik,takkan penutupnya hanya dalam bentuk sebiji piring?Bekas apa ni?Dalam hati akak..bekas abu mayat ke ni?

Balik rumah,ada pulak penutup teko yang ngam dengan bekas ni.Beginilah rupanya bila diletakkan penutup.

Kalau ada set lengkap bunga ni,mesti cun kan.Bunganya nampak klasik sangat.

Selasa, 2009 Disember 08

Hunting di Kedah

Salam dari Alor Setar.Hunting di kampung halaman sendiri nampaknya takdelah lumayan sangat.Ni aje yang kita dapat.


Dok teringin tengok Kak Nor ada teko labu kuning,chek dapat jugak kak nor oii.Kuning diraja u..Padan taktau la dengan roses kuning tu..tak kisahla..janji ada koleksi kaler kuning.Kalau tak,dalam lemari semua pink.


Teko OCR ros merah.Kalau sesiapa ada teko ros merah gemuk macam mekin,extra..rasa nak barter dgn teko ni,caling2 okey,sebab akak dah ada teko macam ni.

Coffee pot kuning dan di bawah ni piring leper dumex.

Piring dumex ni saudara punya,basuh-basuh,apalagi...buat reta sendirilah.Okey..tak sabar nak balik Perak.Dah ada rumah sendiri ni,berjalan ke manapun,tetap seronok rumah sendiri.nak baring ke,kuak lentang ke..sukahati!Okey..bye-bye.

Ahad, 2009 Disember 06

For Sale:Bunga Padi Bujur

SOLD OUT-PEMBELI AKAN DIHUBUNGI APABILA BARANG SEDIA UNTUK DIPOS.SEKARANG MASIH DI ALOR SETAR,KEDAH.
Salam dari kampung di Alor Setar,Kedah.Set bunga padi di bawah ada extra.Kalau berminat,sms ok.Lain-lain set yang ada:
- Pinggan makan mukum dan pinggan gulai bunga padi .
- Pinggan makan bunga kekwa hitam
Semua ni set lama,tetapi tidak digunakan.(Kepunyaan saudara)

Jumaat, 2009 Disember 04

Ros Kuning

Assalamualaikum.Paparan koleksi terakhir minggu ni,sebelum esok berangkat balik ke Kedah.Rindu dah tak terkata ni...terutama nak makan masakan orang Kedah.Apalagi,laksa kedah ,cendol pulut,pulut sekaya Jitra,macam-macamlah....semua sedap.
Layan dulu koleksi terbaru,akak panggil yellow roses.Macam biasa,teko dah pupus,ada set cawan saja.Tapi,kalau kita ada teko kosong kaler kuning,boleh dipadankan dengan set ni.



Akak ADA EXTRA untuk set ni,kalau berminat,SMS ok (kalau di kampung,mungkin tak sempat nak layan blog).Harga sepasang RM12(tidak termasuk pos).Bye..

Rabu, 2009 Disember 02

Big Red Roses



Salam ceria.Sebenarnya akak pun taktau apa nama koleksi ni,jadi akak ikut je nama yang Yatt bagi-big red roses.Tapi,koleksi akak ni nampaknya taklah besar sangat bunganya dan taklah terang sangat.Yang sedang-sedang saja...bukan jenis riak gitu...Lega rasanya,akhirnya dapat juga memiliki set idaman hati yang ke-2.







Ini saja koleksi yang akak ada.Kalau sesiapa ada teko extra,rasa-rasa nak barter,caling-caling okey.

Selasa, 2009 Disember 01

Cukup-cukuplah tu..

Salam ceria semua.Hari ni nak story sikit pasal hobi kumpul pinggan mangkuk ni.Kadang2 geram jugak dengan cik huby,sokmo suruh akak stop.Cukup-cukuplah tu...itulah ayat yang selalu disebutnya.Siap perli lagi...nanti nak tempah banner,gantung kat pagar "muzium barang antik"...eee..geramnya!!!
Kadang-kadang,akak terpikir,alangkah bertuahnya rakan-rakan lain,macam Yatt,Su Antik..mesti huby depa tak bising.Kalau bising,takkanlah penuh rumah dengan segala makneka koleksi.
Bila dia bising,akak pun belalah diri..ala,bukannya hobi kumpul intan berlian,emas permata,ini kumpul barang murah je,patut syukur ,kalau gila mengumpul emas,hah..lagi parah.Lagipun,bila tengok koleksi ni semua,hati akak jadi riang,gembira.Nampak..betapa mudahnya nak mendapat kegembiraan..tak perlu mahal-mahal.Khekhe..berbuih-buih molut akak berhujah,sampai dia tak kose melayan....Akak pun terpikir jugak,banyak sangat ke koleksi aku???Kome nengoklah sendiri.

Rak di atas ni,koleksi paling akak sayang.Rasanya,dah molek sangat susunannya,sebab tu tak boleh nak lepaskan mana-manapun.


Dua rak ala hengris ni,dikirim daripada Zai-Laman Seni.Jadi masa jumpa sewaktu raya baru ni,Zai bawalah sekali.Tak boleh letak koleksi yang sayang sangat,sebab ada tangan kecik yang sentiasa mengusik,mencuit,menarik....silap haribulan,menyembah bumi rak ni.


Sebahagian koleksi disusun atas para.Kurang cantik para tu,tapi nak buang tak boleh,sebab cik huby dah berpeluh memasangnya,hehe...tapi konpem selamat,sebab tangan kecik tak sampai ke situ.

Konon-konon ala Inggeris,akak pun tirulah saing-saing deco.Murah je rak ni beli kat jalan Kuala Kangsar - Rm27 je.Balik rumah akak tepeklah bunga.Koleksi di rak ni,selalu bertukar-tukar.Ikut mood..

Ni pulak almari doremon..hah Kak Ida Cottage,kita pun ada gak almari doremon.Jangan gelak ye,tengok susunan almari tu,herot petot.Main sumbat je...sebab dah takdak almari lain.Cik abang selalu marah pasal dah hodoh katanya,khekhe...akak ketawa jelah,sebab memang kenyataan pun.
Selain yang dipamerkan ni,dalam kotak pun ada lagi.Jadi,terpikir jugak,betul ke kata suami akak tu...cukup-cukuplah,awak tak kan puas.Entahla....biar masa menentukan.tak berani nak janji,takut janji pelesu....

Sabtu, 2009 November 28

Twin Roses

Masih belum terlambat untukmengucapkam selamat hari raya aidil adha kepada semua muslimin dan muslimat.Suasana raya masih terasa.Bagi family akak,hari ni baru diadakan korban sebab semalam tak sempat.maklumlah,tempat yang menguruskan korban tu menerima banyak sangat tempahan,tak sempat nak disembelih semuanya semalam.Tapi mudah sangat,di situlah sembelih,dilapah,ditimbang dan dimasukkan dalam plastik.Tinggal lagi,bawa balik dan agihkan saja.Tu lah sebabnya cik menantu ni sempat lagi buat n3 baru...hehe, sementara menunggu anak mak mertua bawa balik sup tulang dari kampung.

Koleksi terbaru akak ialah set ni..twin roses.ala...ramai rakan antik dah ada,kiranya akak ni tertinggal keretapi la.Sebelum ni ada dua keping piring leper,sekarang seronok sangat sebab dah dapat 6set cawan.Nak kena cari teko la pulak.



Okey....ni lah aje koleksi seciput twin roses akak.Apapun,puas hati sebab dah dapat set idaman hati.