Selasa, 25 Januari 2011

Kopitiam Kekwa Hitam

Salam ceria...
N3 hari ni tentang koleksi kopitiam kekwa hitam.Pada mulanya,tak berminat nak kumpul si kekwa hitam ni,yelah kan...taste akak ni kan mesti kelerpul..
Tapi..bila dah dapat teko ni,berkenan pulak sebab bunganya yang besar dan menyerlah gitu..

Digandingkan dengan cawan kopitiam hasil rembatan dari kedai apek di Aloq Staq,suka sangat...
Sewaktu balik ke Kedah bulan 12 hari tu,akak pergi lagi kedai apek tu,langsung takdak cawan-cawan lama ni.Betullah agaknya,masa akak beli dulu,kata apek,itu koleksi terakhir.Stor apek dah kosong.Dasyat kan...penangan peminat PML.

Masa awal-awal beli,rasa macam nak jual ke..tak jual cawan ni.Tapi sekarang ni ,kena pikior banyak kali sebelum jual,sebabnya stok di kedai2 PML,boleh dikatakan dah tiada.Jual memang laku,tapi di manakah kan ku cari gantinya...??


Cawan ni berat..macam cawan kopitiam hijau yang biasa kita jumpa.
Okey..jumpa lagi.Selamat menghunting PML.

Ahad, 23 Januari 2011

Bunga Popi

Selamat hari minggu dan selamat menghunting PML.
Akak tak kemana-mana,tak sihat..musim agaknya,ramai kena selsema dan sakit kerongkong.Akak pun dah dua hari mc-tak bekerja sepanjang minggu lepas.
Boring-boring ni,saja upload gambsr koleksi teko unik yang agak baru dalam simpanan.
Lain sikit kan bentuk teko ni,tengok pemegangnya...lain dari yang lain.Kalau ikutkan kolektor lain,bunga ni dipanggil bunga popi...

Close -up bunga...cantikkk,i like..

Sayangnya,penutup bukan penutup yang original.kalau penutup ori,mesti lagi cun..Teko ni belum dibasuh lagi,sebab tu comot sikit.

Ezani ada teko aladin,bunga yang sama cuma susunan bunga je berlainan sikit.

Okey...bye-bye.

Khamis, 20 Januari 2011

Teratai Mekar di Tasik Madu

Salam ceria........ceria-ceriakan diri dipetang Khamis ni,nak kuar berjalan takde mood.
Sekadar berkongsi satu lagi spesis PML-teratai mekar di tasik madu.
Set teko dan 3 biji cawan daripada Kak Gee semasa gift-exchange dulu.Masa dunia blog tengah meriah....tak kisahlah,akak masih setia update blog sebab ini sebahagian catatan kenangan,umpama diari hobi mengumpul PML.

Yang bestnya...dunia hobi PML berkembang ke facebook dan bertambah lagi kenalan seangkatan.Dari cawan bujang,akhirnya dah berlaki cawan -cawanku ini.Terima kasih kepada MakJah atas pemberian 3 biji piring teratai bersama dua biji piring mukum.



Cantik kan set ini bila dah dikumpulkan begini...terima kasih buat Kak Gee dan Mak Jah,semoga dimurahkan lagi rezeki dalam mengumpul PML ni.

Berpisah Jua

Sekadar mengabadikan kenangan ,kereta yang amat berjasa kepadaku.Menitis airmataku saat berpisah denganmu...

Almari yang diangkut menggunakan kereta ini.Panjang dalam 41/2 kaki,berat sangat..ku sumbat jua.

dari Alor Setar,dibawa pulang ke Tapah dengan kereta ini juga.

Pun..menaiki kereta ini.

Manakan tidak sedih..banyak jasanya dalam merealisasikan keinginanku mengumpul almari lama.Sedih...sedih..

Ahad, 16 Januari 2011

Bekas Sup 5ROses

Salam hari minggu
Jalan-jalan ke kedai second hand,terjumpa mangkuk sup 5 roses,sayangnya takde tutup.tak kisahlah,rembat jugak.Buat letak bunga pun okey kan....
Jalan-jalan pulak ke kedai antik,ternampak mangkuk yang serupa,bertutup.Mak aiii..harganya,tulis situ RM120.Lidahku kelu ,tak kata apa dah,hehe..


Bye...selamat menghunting.Akak dok rumah je hari ni,bukan badan je tak sihat,poket pun tak sihat jugak,hehe..paham-paham le.

Jumaat, 14 Januari 2011

Serasi Bersama

Salam ceria
Ramai yang bertanya,adakah Mrs Pot Kangkung semalam untuk dijual?Jawapannya "tidak".
Kenapa?? Ini jawapannya...
Teko-teko ini dah serasi bersama.

Tak tahulah kenapa akak suka dengan cara susunan begini.,kiri kanan mesti teko yang sama bentuk,hehe...

Bye...

Khamis, 13 Januari 2011

Lebih baik berdua

Salam ceria
N3 mrs pot kangkung datang lagi,dulu sendiri,kini berdua.
Mencari dan mengumpul teko kangkung tetap diteruskan kerana masih ada lagi bentuk2 lain yang tiada dalam koleksi.

Mrs Pot kangkung dengan penutup ori,perfect,takde cacat celanya.

Ini pula,penutup bukan ori,tapi ngam lah jugakkan...sayang sikit,bahagian pemegang ada sedikit garisan.

Okey..layanzzz..

Ahad, 9 Januari 2011

Kelapa Kuning

Salam hari minggu buat semua peminat PML.Selamat menghunting di Loken,Amcorp...mana-mana saja.
Akak.....hunting depan komputer je sebab "kebocoran dana" sudah mencapai tahap kronik,hehe...Tolak mai tolak pi,masuk 2011 ni,baru 9hb, dah 5jari dah dibelanjakan.Bulan masih muda beb...Perbelanjaan anak sekolah pulak tak habis-habis lagi,ada pulak benda-benda baru nak dibeli.So....dok diam-diam jelah hari minggu ni.
Okey...kali ni ulangtayang kelapa kuning/krim pekat.Dah pernah tunjuk sbelum ni.Teko gemuk pemberian ibu mertua.Sebelum dapat teko ni,tak pernah tengoh dan tak pernah tahu pun ada PML bermotifkan pokok kelapa melambai-lambai ni.

Okey ini pertambahan koleksi terbaru,dua keping piring saiz 10 inci dan sebiji piring mungkum.Murah je piring ni beli di Loken,2biji baru RM15,berbanding di satu kedai apek,sebiji RM28.Apek mana tu??Apek ayamas....



Mangkuk pemberian Kak Zee serasi digandingkan dengan piring mungkum.

Sabtu, 8 Januari 2011

Kelapa Putih

Salam ceria pada pagi Sabtu yang dinginnn sangat.mana tak dinginnya,makin lebat pepohon kelapa ditiup angin di rumah akak ni,hehehe....
Set ni dinamakan kelapa putih sebab latarbelakangnya bewarna putih.Melihat set kelapa ni,teringat zaman sekolah rendah dulu,asal cikgu kata lukis gambar pemandangan,mesti lukis rumah sebiji,belakang ada bukit,sawah padi dan pokok kelapa.Ada masa matahari tegak,ada masa matahari nak terbenam,hehehe..kelakar pulak bila ingat.Itulah gambaran pemandangan paling ideal pada masa tu.

Haa...inilah pengguni baru Koleksi Warisan Bonda hasil rembatan daripada Zazalimie.Cantikkkk sangat,walaupun tutupnya bukan ori.Mekasih Zaza....

Menyesal sangat,masa nampak jualan online cawan kelapa ni tak beli.Konon-konon masa tu tengah insaflah,nak kurangkan hunting,alih-alih melepas beb...Betul kata orang "biar menyesal beli,jangan menyesal tak beli".
Insaf tu pun satu..singgahnya sekejap sangat,lepas "keinsafan sementara" tu,makin galak pulak menyopingnya.Entahlah.....

Hajat di hati nak tambah cawan ,dua pasang pun jadilah yang latarbelakangnya putih,mcm di atas inilah.Harap-harap dapatlah nanti...bye.

Khamis, 6 Januari 2011

Simbolik - Cahaya 2011

Salam sejahtera.

Hari pertama tahun 2011: berjalan-jalan ke kedai antik.Tiba-tiba tertarik melihat pelita ni,apalagi...rembatlah.Kebetulan harganya kira okeylah,yang penting bukan senang nak cari design macam ni di kedai biasa.Sekarang ni kedai-kedai PML boleh dikatakan dah tiada barang dek serbuan peminat2 PML.Jadi,beralih pulak ke kedai2 antik walaupun harga yang ditawarkan lebih tinggi.Minat punya pasal...layan jelah.


Close-up pelita dari dekat,cantikkan...Balik ke rumah baru teringat yang hari ni 1.1.2011.Wah simbolik betul belian akak hari ni.Semoga 2011 bersinar terang dan penuh rahmat serta kegembiraan.

Okey..layan pikas.