Ahad, 29 Mei 2011

Transformasi

Syukur,akhirnya selesai.
Dah pun bawa masuk ke bilik.


Sabtu, 28 Mei 2011

Bila cuti sekolah

Salam ceria..yeahhh,sekolah cuti,rehat-rehatkan minda.
Kalau dah cuti tu,teringin le nak masak sedap-sedap sikit.Maklumlah,kalau hari bekerja,makan asal kenyang je,sedap jatuh nombor 3-4..
Tapi,bila ibu sinsing lengan nak masak,ada pulak yang tumpang dua kaki mengacau di dapur.
Tengoklah...gaya budak 3 tahun 2 bulan sedang buat horlicks.
Tak cukup tinggi,dilapiknya kerusi,hihi...

Mula2..masukkan horlicks.

Masukkan air,panas dan suam.

pastu kacau...minum.

Abaikan dapur ibu yg semak tu ye....semuanya salah Adib :)

Khamis, 26 Mei 2011

Projek mekap 1

Assalamualaikum....
Projek mekap almari pertama dah 70% siap.
Cer bandingkan rupa asal almari solek retro ni sewaktu di bawa pulang ke rumah.
Kalau kena dengan orang yang tak minat ,alamat nak kena bakor almari ni.

ok...ni rupanya sekarang :)

Pandangan sisi.



Nak kata pandai bab-bab mengisah perabot lama tu tidakla...taraf kerja keras tangan je :).Cuma seronok bila melihat perubahan wajah almari ni.
Tinggal lagi nak cat bahagian yang berwarna biru tu,mungkin dengan warna pink terang sebab almari ni dah dibooking oleh anak perempuan akak yang berusia 9 tahun.Jadi kenalah beri sentuhan feminin sikit.Akak dah bayangkan,bila cat dalam tu kaler pink,pastu letak semula cerminnya,susun anak2 patung comel,hiasan2 comel ke...waaa,mesti cantik.
hehe...jangan alih-alih jadi sentuhan kecundang dah le.

Selasa, 24 Mei 2011

Projek Hari Wesak

Salam ceria...
Kali ni akak nak kongsi projek hari wesak lepas,iaitu projek mengangkut almari/perabot lama.Bukan calang-calang hangkut,siap sewa lori lagi.
Ramai yang bertanya,beli ke perabot lama ni,ambik dari mana?
Ceritanya,perabot ni semua dari rumah tinggalan nenek rakan sekerja akak.Rumah dan tapaknya tu dah pun dijual,tetapi pemilik baru benarkan jika mahu mengambil perabot di dalamnya.
Berapa ramailah yang minat dengan perabot lama macam ni kan...kebetulan tahu minat akak ni,rakan sekerja pun mempelawa akak untuk mengambilnya kerana rumah pusaka ni mungkin akan dirobohkan oleh tuan tanah baru.Masa ambik ni free la,tapi takkan le tergamak nak ambik free kan,sedekah la sikit atas nama amal jariah bagi pihak arwah.Kata pepatah,orang berbudi kita berbahasa.....tak gitu :)

Kerusi ni ada 3 biji,akak ambik jugak sebab sayang,tengok kayunya cantik lagi...goyang sikit2,nak kena repair lah..nama pun barang lama kan...Model dalam gambar ni tengah merasmikannya sebaik turun lori :)...bersama pakaian rasmi di rumah..

Ni pulak almari pinggan mangkuk.Mulanya tak cadang nak ambik,tapi bila teliti tengok,oh...semuanya kayu,bukan plywood,hangkut jugak le..alang2 sewa lori kan...hihi


Ni pulak almari solek retro.Buruk kan...tapi insyaallah,esok lusa akan berubah wajah.Dah siap gosok dengan kertas pasir,tinggal nak syelek je..Pun semuanya kayu padu.

jeng...jeng,almari lauk ni yg paling menggoda akak sebenarnya.Memandangkan saiznya agak tinggi,kayu sepenuhnya,banyak kerja ni nak kena buat...sabar dulu.

Jaring ni akan ditukar dengan kaca ..supaya nmpak rupa PML kat dalamnya.

Ni almari baju,kecik je..tapi semuanya kayu solid,tu yg buat akak berkenan tu.Ni senang kerja sebab lurus je...

Sambil2 gosok almari ni,terlintas di fikiran akak
"ish...bodoh ke cerdik aku ni,kat kedai banyak perabot baru,cantik2,yg aku pi gosok perabot lama ni buat apa"
TAPI...kalau hati dah suka,semuanya indah saja ,kannn :)
Layan je lah minat ni...sambil2 release tension.

Sabtu, 14 Mei 2011

Extra set 4 sale

BOOKED
CAWAN SWEET ROS
SEPASANG SAHAJA
RM 35 TERMASUK POS (SEMENANJUNG)

TEKO ALADIN KANGKUNG
RM140 TERMASUK POS(SEMENANJUNG)
SOLD
DUA PASANG CAWAN MULUT LEBAR KANGKUNG
RM50 TERMASUK POS(SEMENANJUNG)

BERMINAT SMS 019 4434109

Selasa, 10 Mei 2011

Cawan mekin for sale



SOLD
ADA 4 PASANG
SEPASANG RM30 tidak termasuk pos
BERMINAT SMS 0194434109

Ahad, 8 Mei 2011

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu.
Secara peribadi,akak tak ingat pun hari ibu tahun ni.Sibuk sangat,macam-macam benda nak pikir.Rakan-rakan sekerja pun langsung tak sentuh pasal hari Ibu,masing2 sibuk nak staple kertas peperiksaan pertengahan tahun,yang selesai pulak sibuk menanda kertas.Nak uruskan majlis persaraan pengetua lagi,macam-macamlah...:)orang lain pun sibuk jugak kan..hihi
Balik dari kampung petang tadi,tengok skrin komputer dah bertukar,hehe...ingat jugak anakku.

So..apa hadiah hari ibu???Takde apa-apa hadiah pun.
TAPI,bagaikan kebetulan pulak.Tahun 2010,pada minggu Hari Ibu,akak ada beli sebiji almari lama.Sekarang dah penuh susun PML.Tahun ni pun sama,seminggu sbelum Hari ibu,akak beli almari solek lama pulak.Bila tanya suami,mana hadiah hari ibu,dia pun tunjuk,tuuuu...nalla punya hadiah,hihi....

Sabtu, 7 Mei 2011

Seharian bersolek

Salam ceria
Hari ni seharian bersolek..bukan akak yang bersolek ye,tapi almari ni yang bersolek.
Sambung kerja-kerja mensyelek oleh seorang tukang kayu amatur,hehe....
Betul ke salah ke teknik akak ni,belakang kira.Janji almari akak ni ada perubahan dari masa beli dengan sekarang.Bak kata orang dah bersalin kulit..dah masuk Spa S.
Nak tengok rupa asal almari ni,tengok n3 yang lepas.


Abaikan ensel yang buruk tu ye...itu biarkan big boss repair bila2 dia sinang.Sekarang dia tarak sinang...


Rabu, 4 Mei 2011

Almari solek klasik

Salam ceria.
Sekadar berkongsi minat baru akak terhadap almari solek klasik ni...
Sebelum tu nak ucap terima kasih kepada Ezani sebab tolong deal dengan apek kedai sampailah akhirnya almari ni berjaya ku miliki.Siap dahulukan duit dia lagi,buat bayaran penuh sebab takut almari ni disambar orang.Insyaallah..perkara-perkara baik yang kita buat untuk oranglain,akan mendapat balasan yang baik jugak.Pasni..mesti Zani dapat almari lagiiiii cun,hihihi...

Okey..inilah rupa almari ni sewaktu di kedai barangan terpakai.

Nasib baik muat naik MPV,bawak balik rumah..dan nasib bertambah baik sebab big boss setuju nak hangkut naik keta dia.

Ada juga bahagian2 tertentu yang perlu direpair.macam ensel...tapi akak ni manalah tahu semua tu.Jadi..dengan kudrat yg terbatas tapi semangat yang berkobar-kobar..akak pun menyental almari ni.Hambik kau..merasa sangat nak beralmari antik konon,rasa nak putuih (putus) pinggangku.Big boss tolongla dalam 5 minit kut..hehehe...

Taraa...inilah rupa almari tu sekarang,kiranya 60% siap lah ni.Syelek baru sapu seround,nak ulang lagi dua round.Akak baca kat tin tulis sapu 3x ulang,akak ikutlah,hehe..mokalau tipu tin tu,tipah tertipulah jugak.
Ensel besar gedabak tu kendian le..awak takde kemahiran membelanya.Cermin ajaib pun belum tempah lagi.Pemegang macam kerang tu dah buat pesanan penaja suruh Ezani belikan.


Apapun just looking2 ye,jangan gelak udahle .Awak ni memang tak pandai,takde ilmu pun bab2 membela almari nih.Syok lebih je..tapi best tau,release tension bila buat keja2 gini.Kalau ada nak berkongsi idea,dialu-alukan.