Khamis, 31 Mac 2011

Biru mata Hitamku

Salam ceria..salam petang Khamis.Yeah..esok Jumaat,pastu Sabtu,pastu Ahad..bestnya...rehat-rehatkan minda.
Okey,sekadar berkongsi koleksi biru yang seciput.Ini aje yang ada.
Tureen windmill,tureen ni belum kategori lama lagi.Tapi susah gak nak jumpa nih,sepanjang tawaf kedai apek tak penah pulak jumpa tureen windmill nih.

Ni pulak set cawan JB Paris,sayangnya hanya ada dua piring.Yang lain cawan bujang.Mula-mula tu beli dengan tujuan untuk dijual,tapi bila Yatt ceritakan tentang bernilainya cawan ni,sayang le pulakk.Akak ni bab-bab set England ni,pengetahuan terbatas sangat.Yang akak tau pejam celik Made in China je,hehe...



Insyaallah...harap=harap bertambahlah si biru ni....tapi,taktaulah bila sebab harga pasaran si biru ni,wow...bukan biru mata hitamku,dah naik juling dah.

Ahad, 20 Mac 2011

Rutin Biasa

Adusss..esok sekolah macam biasa.Bermakna rutin harian kembali macam biasa,sibuk tak cukup tanah nak kejar..lebih-lebih lagi kalau ada mesyuarat tergempar.Petang mesyuarat,pagi baru nak kabor,ish..tak profesional sungguh.
Okey..pengisian cuti sebagai suri rumah sepenuh masa,eeee...bestnya.Relax je kepala otak,walaupun penat jugak melayan telatah si kecik ni.Biasalahkan...masa ni lah dia nak ambik kesempatan membuli ibu.

Kesempatan cuti ni,akak mengemas rumah.Pindahkan kedudukan 3 almari PML.Penatnyaaaa,nak ubah,kena kuarkan dulu semua isi dalamnya,pastu ubah almari,pastu susun balik semua benda alah tu...buat sorang2 sebab tak harap orglain pegang PML tu.Kang pecah...nangissssss.
Ni semua gara-gara big boss lah..konon penin tgk PML akak yang berderet depan pintu masuk.Jadi,akak sorok semuanya...kiranya kalau tetamu dtg,depa takkan tau akak ni pengumpul PML,hehe...
Semua almari,kerusi2 yang kusam..akak minyakkan semula.Adoiii..sakit pinggang.letih ya amat.Terasa..dah tua aku ni,buat kerja lebih sikit,pastu terbongkang tidor,hehe...

Bekas basuh tangan...asalnya bertapa di ceruk dapur,kali ni akak naikkan darjat benda ni,menghiasi atas almari antik.

Rak teko yang disusun semula sebab ada penghuni baru yang datang menyerah diri.Entah berapa kali rak ni berubah rupa,rasa-rasa gatai tangan,akak ubahlah susunannya.Setakat ubah je,tapi bab mengelap habuk tu,haha..sendiri mau tau.Rasa-rasa nak pakai bedak free,silalah datang,calit je di teko akak tu...


Konsep apakah hiasan rumah ku ini.Hehe..akak namakan konsep Engtique.Gabungan english dan Antique.Adake konsep tu???Tak kisahlah..janji big boss gumbira sebab dia suka konsep english,berbunga2 ni.

Jumaat, 18 Mac 2011

Tureen

Salam Jumaat..pejam celik dah Jumaat,lagi dua hari sekolah semula macam biasa,adusss!!!Tapi,takkan nak makan gaji buta je kan...tahu takpe,hihi....
Okey,kali ni akak kongsi story pasal tureen terbaru ni.Satu hari,jalan-jalan di Ipoh,terjumpalah tutup tureen ni,tapi malas nak beli.Ingat..nak buat apa,bukan ada mangkuk pun.Pastu dah balik,teringat le pulak.Akak pun caling-calinglah si Ezani,minta tolong belikan..Siap pesan lagi,belikan untuk akak ye Zani...jangan rembat kat ngko pulak,hehehe...
So...Zani pun tolong belikan,terima kasih ye....Dah beli,balik rumah,dia siap basuh lagi,rajin sungguh anak teruna sorang ni.Akak terima dah bersilau biji mata,hihi....



Mana pulak datang mangkuk ni?Storynya,mangkuk ni akak beli dari anak murid,peninggalan opahnya.Hehe....PML punya pasal.Tutup takde,tapi saiznya ngam sangat dengan tutup tureen yang Zani belikan niJadi,dapatkan satu set tureen kawin campur.


Inilah rupa tureen akak yang keseluruhannya berharga RM30 je...murahkan :)Pengajaran untuk akak,lain kali kalau jumpa mangkuk ke,tutup ke,rembat je...jangan dok jual mahal,sebab kadang2 kita tak sangka kita akak bertemu pasangan sehati berdansa yang sesuai.
Dalam simpanan sekarang,menanti satu mangkuk dan dua tutup yang sedang mencari jodohnya.

Ahad, 13 Mac 2011

Ros Kobis

Selamat hari minggu
Aduh..bestnya cuti sekolah,lapang rasa kepala otak ni.Cuti-cuti ni nak fokus kemas rumah,lap apa-apa yang patut,jalan sana jalan sini....

Okey..sekadar berkongsi si teko bujang yang kesepian.Kalau sesiapa ada cawan ros kobis ni,kalau nak jual ke,barter ke,sudi-sudilah caling akak ye..

Bye...

Isnin, 7 Mac 2011

Two Roses

Salam ceria
Sekadar berkongsi set two roses yang membiak dengan hadirnya tureen hasil barter dengan Ezani.Terima kasih Ezani kerana sudi barter dengan akak.Walaupun ada yg berkata tureen akak dulu lagi cantik,tapi yang ini lebih menepati citarasa akak.Lagipun kaum kerabatnya dah sedia menantikan..

Cantik kan bunga ros pada tureen ni..sekadar memuji, bukan nak riak atau bangga diri dengan koleksi sendiri ye..:)Manusia ni kadang2 salah tafsir,kita kata tureen cantik,dikatanya kita taksub dengan koleksi sendiri.Ish..takdak masa lah nak riak2 ni,Makcik Senah kat kampung buat bubuh abu rokok je tureen2 ni,lagi dasyat buat letak makanan ayam.Lagi kerlasss kan.
Dapat kat peminat PML,dimandi,masuk spa..berlulur bagai,hah nampak cun,tinggal lagi tak bagi makan jamu je.Kalau tak lagiii nmpak mengancam tureen ni!!Khekhekhe...melalut pulak akak ni.



Sebelum melalut lagi,baiklah akak setop dulu.
OKey...selamat menghayati kecantikan two roses ini.

Rabu, 2 Mac 2011

Kerusi rotan untuk dijual

Salam..
Ni bukan barang antik.
Kerusi rotan terpakai,masih cantik
Sepasang RM750-tidak termasuk penghantaran.
Penghantaran boleh diuruskan melalui kurier.
Berminat :0194434109
sold