Isnin, 7 Mac 2011

Two Roses

Salam ceria
Sekadar berkongsi set two roses yang membiak dengan hadirnya tureen hasil barter dengan Ezani.Terima kasih Ezani kerana sudi barter dengan akak.Walaupun ada yg berkata tureen akak dulu lagi cantik,tapi yang ini lebih menepati citarasa akak.Lagipun kaum kerabatnya dah sedia menantikan..

Cantik kan bunga ros pada tureen ni..sekadar memuji, bukan nak riak atau bangga diri dengan koleksi sendiri ye..:)Manusia ni kadang2 salah tafsir,kita kata tureen cantik,dikatanya kita taksub dengan koleksi sendiri.Ish..takdak masa lah nak riak2 ni,Makcik Senah kat kampung buat bubuh abu rokok je tureen2 ni,lagi dasyat buat letak makanan ayam.Lagi kerlasss kan.
Dapat kat peminat PML,dimandi,masuk spa..berlulur bagai,hah nampak cun,tinggal lagi tak bagi makan jamu je.Kalau tak lagiii nmpak mengancam tureen ni!!Khekhekhe...melalut pulak akak ni.



Sebelum melalut lagi,baiklah akak setop dulu.
OKey...selamat menghayati kecantikan two roses ini.

1 ulasan: