Rabu, 26 Mei 2010

Yang antik-antik saja

Assalamualaikum...awas,ini bukan budak antik ye.tapi,pantang ibunya pegang kamera,dia memang suka enteprame,walaupun comot ,sambil makan biskut.Saja nak bagi dia happy,letak la muka dia dalam n3 ni.
N3 kali ni saja nak kongsi "kegilaan"akak terhadap almari lama.Berbanding beli almari baru,jimat jugaklah duit sebab almari lama ni harganya jauh lebih murah berbanding almari jati yang banyak di pasaran.Tapi,dah sepesen pulak almari yang ada ni.

Okey,ni yang terbaru,murah aje..RM300.Tapi kata cik abang kita yang tak minat barang lama ni,mahal!Tak padan dengan rupa!Entah-entah penjual tu dapat tak sampai RM100.

Macam tu lah kan kalau orang yang tak minat,bagi kita yang minat ni...cantik tak sangga dah..bak kata orang utara sana.

Ini pulak koleksi keluarga sendiri sejak tahun 1968.Sayang punya pasal,sanggup angkut dari Kedah,sumbat dalam bonet Avanza.Tension je driver sebelah sebab nak pandang belakang tak nampak..khekhe..nasiblah.

Yang ni pulak cilok dari sekolah,stok hapuskira.Pun sumbat bonet Avanza jugak.Yang kelakarnya,masa nak angkat tu,intai-intai jugak takut Pengetua nampak,ala-ala penyamun tarbus gitu.Yang tolong angkatnya sapa lagi,budak2 form 5 lah.

Kalau nak bagi markah rupa,memang takdak rupa,tapi dari segi kekukuhan,memang "mantop".


Almari ni baru sapu minyak bahagian dalam.Pintunya perlu dikikis cat dulu,baru sapu minyak.Tak sabar tunggu cuti sekolah,nak kerjakan almari ni.

Cuba tengok ketebalan para setiap tingkat..tebal dan dijamin selamat.

Rasanya setakat ini sajalah almari yang boleh dikumpul sebab "lampu merah" dah menyala.Big boss dah warning "no almari" lagi!!.

Tapikan..akak dok usha satu lagi almari dalam surau sekolah,pun stok hapuskira.Syaratnya,beli almari baru,ambiklah almari tu bawak balik rumah.menarik tawaran tu,hehehe..bila aku nak "insaf" ni????

2 ulasan:

  1. askm shas..

    hihhhiihi..dah jadi pengumpul lemari pulak..jgn cheq lepas ni pening kepala rumah traffic jam dek almari..yg kat surau tu jgn lepaskan..lemari yg last sekali ni mmg mantop le..tambah cerminnya tu jelas nampak pinggan kat dalam..tu akk ada nampak teko gandum tu... bila cheg nak letgo 1 !??????

    BalasPadam
  2. salam shas,
    tahniah dpt almari antik yg cun...isi almari tu lagi menawan kalbu siapa memandangnya. seronokkan bila dpt memiliki apa yg dihajati...:))

    BalasPadam