Isnin, 21 Disember 2009

Kangkung J-Overnya!

Salam ceria.Selama hunting barang-barang lama ni,akak begitu berharap agar dapat bertemu set cawan kangkung mulut lebar atau mulut Joyah.Walaupun ada jual di ML,akak tahan hati,tak membelinya sebab nak cari sendiri.Alih-alih,dapat set cawan ni,bukan setakat J lagi,dah over u..terlebey sudah..
Inilah hasil hunting terbaru...kali pertama akak melihat cawan kangkung bentuk ni.Mungkin rakan-rakan blogger lain dah ada.

Bahagian luar cawan kosong saja,tak ada apa-apa bunga seperti cawan kangkung bentuk lain.Set baru u..tengok rim emasnya,berkilat-kilat.Walaupun lebar,besar,tapi cawan ni taklah nipis sangat.Kiranya,sedaplah dipegang.

Istimewanya,bahagian dalam mempunyai dua kuntum bunga di kiri dan kanan cawan.Tengoklah..mulutnya yang menganga besar.Bila dihulurkan pada akak,terus akak kata"ada ke orang nak minum dalam cawan ni?"




Ok..layannn.

2 ulasan:

  1. shas..special yer kangkong tu

    BalasPadam
  2. salam shas..ada lagi ker cawan nie..?cempak ler sikit kat kita...

    BalasPadam