Jumaat, 25 Disember 2009

Mee Udang 4 Rasa

N3 kali ni pasal makan-makan plak.Sebelum ni Haniss dan Nannie dah cerita pengalaman makan mee udang di Kuala Sepetang,kali ni giliran akak plak nak kongsi pengalaman.

Pengalaman pertama: Mee Udang Sg Dua.


On the way balik Kedah tempohari,kami singgah di gerai ni,dekat je dengan susur keluar Sg.Dua.Standard harga macam biasa..yang biasa RM6,kalau special RM10.Maaf gambar mee tak dapat nak tunjuk sebab ada dalam handphone cik hubby.Pernah terbaca,bekas Perdana Menteri,Pak Lah,kalau balik ke Kepala Batas,tak pernah miss makan mee udang Sg.Dua. Tapi gerai mana tak pastilah plak.
Mee udang gerai ni ala-ala mee rebus,kuahnya jenis pekat,udang adalah 5 ekor.Siap kira u..hehe.Mungkin tengah lapar ,macam tak kenyang plak,sebab meenya macam agak sikit.Tapi,ais kacangnya,fuuhh..memang selera akaklah..sedap sangat.Banyak isinya,puas hati makan.

Pengalaman 2-Mee Udang Kuala Sepetang
Kebetulan ada jemputan kenduri daripada rakan sewaktu di Maktab Perguruan Sri Pinang,dah 20 tahun tak jumpa,kamipun pergilah ke Selama.Mak aii..ikut jalan Taiping-Selama yang baru buat tu,jalan memang besar macam highway tapi..dah naik Avanza,macam naik kuda.Tinggal lagi tak pakai ladam je,hehe..melambung-lambung.
Balik dari Selama,mee udang punya pasal,akak dengan baju kurung dan tudung lip-lap,terus ke Kuala Sepetang.Sampai-sampai di gerai dekat menara Maxis (gerai paling fofular)orang punyalah ramai,macam rumah orang kenduri kahwin.Kami terus ke Gerai Mak Jah,sama jugak keadaannya.Kamipun kona kereta patah balik.dah 2x pengalaman pergi hari Ahad,memang orang punyalah ramai.Serik dah!!On the way kami singgah di sini.

Haa..di sini tak ramai orang,dalam kata menunggu sekejap pun,tengoklah rupa hero akak tu,kalau menunggu lama,tak taulah camna...
Kami layan mee goreng udang dan mee udang.Macam mana rasanya?Mee udang di sini mirip sangat dengan mee udang Sg.Dua.Kuah jenis pekat,macam mee rebus,ada cucur sikit,tauhu,telur rebus.Udang di gerai ni semuanya udang laut.Udangnya jenis kulit lembut(udang kertas).Kalau yang spesel RM10,boleh tahan besar udangnya.


Pengalaman ke-3:Mee Udang Menara Maxis,Kuala Sepetang
Hari Isnin,kami pergi lagi sekali.Punyalah gigih,bab-bab makan ni,hehe..dalam pukul 12.30,gerai dah dibuka.Adalah dalam 10 orang.
Apa rasanya?Mee udang sini kuahnya jenis cair,cuma ada mee,udang dan taugeh.Kalau yang biasa,RM6 udangnya ialah udang bela/ternak.Kulit dan isi agak keras,berwarna kemerah-merahan.Kalau yang RM10,udang laut.Tapi saiz udangnya hampir sama je.Banyak jugak udangnya,dalam 12 ekor,memang puas makan.

Pengalaman 4-Mee Udang Pulau Pinang
Dah lama akak pergi gerai ni,sewaktu mengandung anak ketiga.Melayan isteri mengandung,dah dengar cerita kawan kononnya sedap sangat,suami pun sanggup pergi mencarinya.Cari punya cari,tak jumpa,patah balik...tanya orang,akhirnya jumpalah gerai ni iaitu Gerai Mee Udang Ros.Kalau tak silap atas dari Teluk Kumbar (Gertak Sanggul ke??).
harga sepinggan RM10,udang ada 4 ekor..saiz nalla punya.Inilah mee udang yang paling sedap akak pernah makan.Kalau kata agak mahal pun,berbaloi.

Cerita akak ni sekadar panduan kepada anda yang suka hunting tempat makan,suka makan...macam akak.Akak tak kata sedap ke,tak sedap ke..sebab sedap tu abstrak.Selera tak sama,lagipun taknak la potong rezki orangkan.Cubalah sendiri...selera kita berbeza.

1 ulasan:

  1. bestnya dapat rasa mee udang 4 tukang masak yang berlainan...

    BalasPadam