Isnin, 19 November 2012

Melatih anak membina koleksi

Assalamualaikum ...salam ceria.
Baru -baru ni akak ke pejabat pos..terpandang promosi setem Boboboi..terus teringat hobi akak yg telah lama ditinggalkan iaitu mengumpul setem.Sejak darjah empat membawa hingga ke zaman belajar di Maktab Perguruan Sri Pinang,hobi itu berterusan...hinggalah bila dah mula bekerja,hobi itu akak lupakan terus.Zaman pesekolahan jugak,hobi mengumpul majalah bola sepak liga Inggeris.hehe...pemain feberet akak masa tu tentulah Bryan Robson..ketua pasukan Manchester United.
Pastu dapat pulak hobi baru-mengumpul teko /pinggan mangkuk lama (PML).Maknakata...sejak kecil akak sudah punya hobi "mengumpul".rasa2nya hobi akak ni langsung tidak dipengaruhi oleh sesiapa..semuanya pandai-pandai sendiri...walaupun budget ketika zaman sekolah ciput sangat.
Apa pulak hobi anak2?Anak sulung nampaknya takdak hobi apapun...konon2 suka bela arnab,alih2 mak abah jugak yg kena bersihkan kandang arnab.Zaman sekolah rendah suka membaca komik..skrg dah 18 tahun..hobinya melayari internet,download segala makneka movie,lagu...
Anak kedua..hah..dah nampak minatnya mengumpul tin2 comel..sesuai jiwa kanak2nya.Kalau ke supermarket dah pandai mengintai kalau2 ada tin comel di pasaran.
Anak bongsu-dia dah declare semua PML di rumah ni dia punya :)



Inilah antara koleksi tin2 comel dalam simpanan setakat ini...semuanya berjiwa kanak2.Menjadi satu keseronokan pulak bila anak2 pun beriya-iya mencari tin2 comel di pusat beli belah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan