Sabtu, 3 April 2010

Buku lama-ada harga ke?

Salam ceria.Buku lama,ada harga ke?Itulah persoalan yang bermain di fikiran akak.Almaklumla..setakat pinggan mangkuk lama tahulah kita setakat mana harganya,ini buku lama.Banyak pulak tu,boleh dikatakan semuanya cetakan British.

Belum lagi kategori antik sebab rata-rata keluaran atau cetakan sekitar sekitar 1960-an,iaitu cetakan kedua atau ketiga.Kalau tengok cetakan pertama memang buku tersebut ditulis sekitar 1920-an pun ada.

Inilah "penghuni"yang memenuhkan perpustakaan,bayangkan ada sekitar 6rak,satu rak 4 tingkat.Takdak sapapun berminat,jangan kata pinjam,pegang pun tak sudi.Sekali-sekala adalah juga guru sains tingkatan 6 datang buat rujukan sebab kalau dah nama ilmu tu,ia tetap relevan sepanjang zaman.

Sewaktu mengemas,terjumpa pulak majalah Dewan Masyarakat tahun 1980,bermakna dah dah 30 tahun.Akak pun ambiklah simpan asing,sayang pulak rasanya.



Ini pulak majalah ERA,keluaran 1988...kiranya masa ni akak form 6.Penah baca majalah ni dulu.

Inilah sebahagian koleksi buku-buku lama..tengok tu,keluaran 1969.Sama usia buku tu dengan akak.Luaran masih cantik,cuma kertas dalam dah kekuningan dimamah hari.



Buku ni keluaran 1959,maknanya dah 51 tahun usianya.
Pernah satu ketika,buku-buku ni hendak dihapuskira,dah dilonggok di tempat lapang.Alih-alih,kena bawak naik,disusun semula atas arahan pengetua sebab sayang katanya.Masa longgok nak buang tu,ada tak yang hilang?Takdak...sebab pelajar pun tak minat dengan buku lama ni.Jadi...ada ke harga buku -buku ni?Dari segi ilmu memang ada,dari segi komersial,ada ke?Kalau ada....kaya akak,hehehe

2 ulasan:

  1. salam shas-- akak pun byk buku2 lama ni, koleksi dr arwah ayah hingga ke koleksi suami... nak baca tak terbaca nak buang sayang, nak simpan menyemakkan..last last semuanya naik kabinet almari paling atas sekali dlm bilik..rack tu lak kena naik tangga baru leh capai..maknanya kekal lah di situ ia hehehe

    BalasPadam
  2. salam, buku lama memang ada harganya,,cuba pegi ke kedai buku di KLCC kunikuniya..cuba tengok buku lama dijual kat situ,,ada yg berharga USD5 ribu,,ada yg harga mencecah USD20K,,,so, buku yg tahun 1970 ke atas, elok lah disimpan ke tahun 2020,,than baru jual. Itu adalah harta bila di hari tua dan tidak berkerja lagi..lagi satu stem..kalau stem yg lama lama tu seperti tahun 1960an ( first day stem), harganya boleh mencecah USD50K. kalau tak percaya, pergi ke kedai buku yg saya sebutkan tadi.

    BalasPadam