Sabtu, 12 November 2011

Hasil barter lagi...

Assalamualaikum...
Selamat hari minggu,selamat hunting
Akak tak bercadangpun nak ke Loken esok,sebab dah booking barang,tunggu hujung bulan baru nak ambil.Hehe...tengah2 bulan ni,paham-pahamlah.Kat Loken pun,barang best2 takdelah sangat.Kalau adapun,penjual Loken jual online jugak.

Koleksi kangkung akak berkembang lagi dengan dua cawan bujang ala kopitiam hasil barter dengan "ratu kangkung".Terima kasih banyak-banyakkkk.Susah nak jumpa jenis macam ni.Sepanjang akak hunting kedai apek,kedai antik,Loken...belum pernah akak jumpa cawan jenis begini.
Bekas telur tu pulak,sumbing2 sikit,tapi dah dikasi free oleh apek kedai antik,akak sapulah jugak,hehe...



Cantikkan kan...dedalu pink.Kalaulah ada banyak biji,alangkah bestttnyaaa.
Jadilah ada dua biji pun...dari takde langsung:)
Apapun,terima kasih kerana sudi berbarter dengan akak.

1 ulasan:

  1. salam shas..
    masih aktif lagi dgn dunia pml..makin dikorek makin banyak lg yg dijumpai..banyak lagi bentuk BK rupanya..alahai tak larat saya
    smg bertambah lg koleksi BK

    BalasPadam