Khamis, 11 Mac 2010

Kangkung

Salam ceria.Camna rakan-rakan antik,ligat hunting,banyak masyukk?Paparan kali ni cuma nak kongsi hasil hunting terbaru akak.Bukanlah gigih sangat,terjah kedai itu,masuk kuar kedai apek.Cuma pergi ke kedai biasa,kebetulan mood nyonya baik,dia sanggup panjat stor mencari koleksi lama.
Nyonya antik ni pun boleh tahan mood depa.Kena sabaqla..kalau tak, tak dapat barang,hehe...walaupun dalam hati,eee..nyampahnya aku nyonya ni.Ringkasnya,kontrol ayu gitu.

Berkat sabar,akhirnya akak berjaya mendapat teko kangkung kecil comel lote ni.Agaknya,apalah guna sebenar teko tu ye,sebab kecik sangat.Takpalah nyonya,hang sombong pun,aku sabaq...sabaq..janji masyukk,hehe
Piring kangkung leper ni pun comel,muatlah ikan goreng dua ekor.Piring dan ashtray ni kalau berminat,jenguk-jenguklah di kedai Nannie,kut-kut ada lagi.

Bye-bye,tata..titu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan