Ahad, 28 Mac 2010

Sedapnya...

Salam ceria,salam hari minggu.N3 pagi minggu ni nak berkongsi kegembiraan terutama bagi pihak anak-anak.Macam biasa,semalam cikgu cikgi ada Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP).Walaupun tah "hadap" tapi terpaksalah "mengadap" jugak.Maklumlah "kami yang menurut perintah",jadi dengarlah ala-ala telinga kera,sekejap buka,sekejap tutup,khekhe..

Balik dari sekolah,terus anak cakap,tadi ada posmen datang,hantar parcel,tapi sebab anak darjah dua tu tak pandai nak sign,posmen bawak balik semula ke pejabat pos.Herannya,parcel tu balut dengan kertas bunga -bunga.Kita pun heranla,dalam hati "bila pulak aku menang hadiah"

Petang,pergi pejabat pos,terus posmen cakap.."kak,kali ni tulis cookies,selalu tulis kaca,saya pun heran"Amboi...dia pun pandai heran,akak ni lagi heran tau!

Inilah rupa bungkusannya,siap ikat reben lagi.Anak-anak yang ikut sekali,pun teruja nak melihat isi dalamnya.

Suprise...apa isi dalamnya?Satu tupperware berisi cookies.Chip chocolate oat.Alahai,terharu sungguh,dapat gak merasa air tangan hasil masakan tuan empunya badan.Tak sangka sungguh.

Tapi,untuk sesi pengambaran ni,itu je yang tinggal.Kalau lambat sikit,tinggal bekas kosong ajelah.

Buat kakakku iteww...check terharu sungguh dapat merasa air tangan masakan akak.Kalau maknya yang tua ni pun seronok,anak-anak apalagi,sakan memuji kata sedap sangattt.Yang tak bestnya, suruh mintak resepi,pastu suruh ibu buat macam tu jugak.Hehehe..part ni yang "kureng" sikit.

Apa lagi nak kata,terima kasih banyak-banyak.Jumpa tak penah,setakat sembang online je,tapi besar kesannya hubungan alam maya ni ye.Mudaha-mudahan hubungan sesama kita di alam maya ni kekal harmoni dalam suasana mesra.Setakat hari ini,rasa-rasanya,tercapailah objektif saya berblog,untuk mencari sahabat handai,teman ,kenalan...

Buat kakakku iteww..terima kasih daun keladi,lain kali....hehehe..nanti saya try buat,tengok jadi tak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan