Selasa, 20 Disember 2011


Salam ceria..terima kasih buat rakan2 yang mendoakan kesejahteraan akak sempena hari lahir yang lepas.Bak kata orang,usia hanyalah angka,terpulang bagaimana kita "meletakkan"diri kita.Ada yang terasa cepat tua, ada pulak yang masih macam biasa,tak kurang jugak yang terover,hehe...teringat ada kawan tegur akak.."eh,engko masih pakai jeans?"La...apahal pulak,takkan umur 40-an takleh pakai jeans,nasib la aku pakai seluar jeans,maunya pakai mini skirt,sapa nak tolong cover?
Teringat pulak kat satu iklan jamu kat suratkhabar,nenek tu promote jamu,nyampah pulak akak tengok dressing nenek tu.Kut ye pun jamunya mujarab tegang sana ketat sini,pakai la elok2 sikit,biar sesuai dengan usia.
Ada pulak seorang rakan lelaki,dia kata dia suka kalau orang pompuan sentiasa rasa muda,baru suami suka...ish..lain macam je bunyinya.Akak rasa akak faham apa maksudnya,ke akak ni yang kepala otak 18sx,hehehe...

Oklah..saja nak tayang pelita yang akak beli di Loken beberapa minggu lepas.Macam kelakar kan rupa pelita ni,cerminnya tu montok sangat,kepala besar dari badan.
Ok...tata..:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan