Isnin, 13 September 2010

syoknya raya

Assalamualaikum,Selamat Berhari Raya,bulan Syawal baru nak mengambang,masih panjang lagi untuk kita menyambut Aidilfitri.Okey,hari ni best sangattt sebab menerima kunjungan dua orang rakan blogger iaitu Nannie dan Ezani.Nannie on the way nak balik KL dari Kuala Kangsar,jadi singgap sekejap di Tapah.Asalnya rancangan nak ke rumah Ezani,tapi psal akak ni ada jemputan open house di Ipoh,tak jadi pergi rumah Zani.Insyaallah...sampai jugak nanti.Telefon jugak Zai-Laman Seni yang kebetulan ada di Gunung Mesah,tapi Zai ada hal,tak dapat datang.Jemput jugak Ainzuryn tapi diapun ada tetamu bertandang.

Gambar kenang-kenangan adib dengan Adam..alahai,sorry sangat kat Adam sebab Adib nakal,dibababnya Adam.Mula-mula main,(tengok gambar,siap pegang Adam lagi) pastu dah boring buat baik,mulalah tunjuk nakal.Adam jangan serik datang rumah achik ye...tadi achik Shas dan babab Adib..



Hah...ni pulak sesi blogger antik bergambar.Adoi...pendeknya akak dalam gambar ni.Maklum,depa dua orang jenis tinggi,nampaklah sangat aku ni pendek,huhu...



Kepada Nannie sekeluarga dan Ezani,akak mintak maaf sangat atas layanan dan hidangan seadanya.....lebih-lebih lagi terpaksa "berperang" dengan budak kecik tu.Jangan serik datang rumah akak ye...

Akhirnya waktu maghrib Ain sampai rumah datang mengambil piring kekwa pink yang dibeli drp akak.Lepas maghrib datang pulak jiran sebelah rumah.Kiranya hari ni....hari menerima tetamu,kata orang tetamu datang bawa rezeki,syukur...

6 ulasan:

  1. salam kak sahas,
    bestkan kita geder2 semalam,saya masih dok teringat2 lagi hidangan yang akak masak semalam semuanya sedap sangat.Siapa sangka dari alam berblog/maya kita boleh jadi sahabat.Moga persahabatan kita sampai akhir hayat ye kak. Ala akak Adib tu okay je dia mmg aktif baguih la macam tu, Adam pun kadang2 tu suka juga babab kakak dia ,semalam depa serasi ja main baguih la tu. Tu dia kami tinggi noo lepas tu saya pula besaq hehehe nampak gaya saya kena pulun exercise lagi insyallah lain kali kita jumpa saya kurus la hehehe.
    lain kali kalau ada kesempatan saya singgah rumah akak lagi ya hehehe terima kasih ya kak..lain kali kalu mai kl singgah rumah saya tau

    BalasPadam
  2. salam nannie,
    mmg tak sangka dunia blog ni betul2 menambah rakan,mudah2an kekal sampai bila2.adib ni bukan kadang2,tapi setiap masa suka babab org,habis kami dlm rumah ni,tension jugak..cepatla cerdik,hehe..insyaallah kalau akak turun KL,mesti nak p rumah nannie.ni akak bagi link camna nak kurus.akak pun nak berdiet la,hehe
    http://kalorimakanan.blogdrive.com/archive/2.html

    BalasPadam
  3. salam kak shas, selamat hari raya, maaf zahir batin, minta ampon dan maaf atas gurauan dan tulisan di chat box yang kadang2 tu agak kontroversi..hehehe, saya tak dann laaa nie, dah jadi bibik xclusif koo..kecut jari2 semua, cuma body je menten macam tu..tak caya tanya yatt dia mai rumah tu hari....

    BalasPadam
  4. salam aidilfitri kak shas sekeluarga..
    hehehe..bestnya beraya adib & adam..betui ler cakap akak..saya bukan sajer tembam..lemak atas bawah..memang nampak ketara sangat..sebab tu taknak pegi beraya rumah akak..hehe..lagi2 pulak beraya sakan tahun ni..bertambah2 ler subur merimbun..ekeke..pas raya harusku diet..
    bak kata cik mat..saya cuma sempat pegi beraya rumah cik mat sepanjang laluan utara selatan..tu pun bawak MIL..bila pulak nak sampai rumah akak..

    BalasPadam
  5. salam kak...kat fb dapat jejak,kat sini baru sy dpt ingat semula wajah akak.tengok gambar dlm blog ni br perasan dah tersalah imagine...sy dok terbayang akak yang tinggi2 tu...ada jugak beberapa blog dlm senarai ni pernah dijejaki sekadar cuci mata... selamat hari raya

    BalasPadam
  6. salam kak sha..thanks abadikan gmbr sy dan kak nanie masa beraya kat umh akak tempoh hari....akak masak nasi tu mmg bes, sedap sgt, tmbh2 lg masa nak dtg umh akak sy x mkn ape pun...bertmbah selera la..hihihi...x sangka dgn blog ni kita dpt jd kwn kak...semoga persahabatan kite kekal...jgn lupe dtg umh sy ye...
    selamat hari raya kak...maaf zahir batin...

    BalasPadam