Khamis, 2 Julai 2009

Award daripada Yatt


Terima kasih Yatt kerana sudi dan ingat pada kak Sha.Semua yang Yatt bagi award ni "veteran" belaka,hehe..Kalau nak bercakap tentang inspirasi,akak nak ucapkan terima kasih kepada semua otai-otai blogger..macam ni ceritanya..
Blog pertama yang aku jumpa ialah blog Hobi dan Kehidupan (MrsNor),diikuti Merah Samar(Kak Inna),Yatt Precious dan seterusnya yang lain-lain.Dalam masa yang sama aku juga selalu lepak di WMC dan dari situlah aku mengenali penjual online iaitu Ajmah.Cik Mat Gebu pula ,kenal dalam My Resepi.Tapi kehadiran aku ke blog kalian memanglah tidak disedari kerana lebih sebagai silent reader je.Jadi..sebenarnya aku mengenali kalian lebih dari kalian sangkakan.Bak kata orang,dah khatam baca blog..sampaikan aku tersasul nama tuan blog.Mat Gebu aku kata Mat Labu..hahaha,jangan maree Mat.
Pastu makin lama aku meronda,barulah aku tahu,rupanya ada Ratu Antik dan sikembarnya..........ramai lagi...sesungguhnya kalianlah yang mencetuskan inspirasi kepadaku untuk sama-sama menyibuk,menayangkan koleksi aku yang tak seberapa.
Dalam menjalani kehidupan harian,kita memang tidak dapat lari daripada menghadapi pelbagai tekanan,lebih-lebih lagi kerjaya macam aku yang saban hari berhadapan dengan pelbagai kerenah anak-anak tersayang.Justeru,inilah medium untuk lari seketika daripada rutin ,yang jika tidak diurus dengan betul akan mendatangkan stress.Sekarang ni kawan-kawan sekerja akupun dah mula bertanya cara-cara nak buat blog.So..akulah mentornya,hehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan