Sabtu, 18 Julai 2009

Meakin & Maple

Petang Jumaat...dua kotak besar sampai ke rumahku.Alahai,terujanya aku hendak melihat isi dalamnya.
Ini isi kotak pertama.Set Meakin biru daripada kak Nor64.Alkisah kenal Kak Nor ni,aku kononnya menjual set mangkuk dan piring maple kepada akak ni.Nak dijadikan cerita,pecah lah pulak masa dalam perjalanan.Ganas betul abang posmen ni..pastu akupun pulangkan balik duit K.Nor.Terbalik cerita,kesian kat aku,Kak Nor janji nak kasi teko meakin.Kecil tapak tangan,rumah aku tadahkan,hehe..terima kasih Kak Nor.Yang lain-lain tu,kira barter la.Alang-alang kotak besar post le sekali.Kalau jumpa benda yg k.Nor nak,aku belikan le.Tak jumpa kalu...hehe,k.Nor takleh ambik balik,buruk siku..apa-apalah kita barter.Dont bimbanglah.Orang berbudi,kita berbahasa.

Haa..ini pulak isi kotak kedua,datang bukan sebarang datang,daripada Ratu Antik lagi,siapa lagi kalau bukan Cik Su Teratak Antik.Ini "barter"dengan Cik Su,aku bagi dia sugar bowl,dia kasi kita aladin maple.Mahal ni kalau nak beli...terima kasih Cik Su,kalau jumpa cawannya,habag mai no..

Dua benda yang diterima petang Jumaat tu,membuatkan aku kenyang,so..takdelah makan malam.hehe....inilah penangan hobi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan