Sabtu, 4 Julai 2009

Album Setem

Kali ni nak lari sikit daripada biasa.Selain koleksi teko,pinggan dan cawan lama,aku juga sebenarnya mempunyai satu hobi iaitu mengumpul setem.Hobi ni bermula semenjak sekolah rendah lagi,tapiii...telah lama ditinggalkan.Walaubagaimanapun,album setem yang dibeli sejak tahun 1985 ni masih disimpan dan dijaga dengan baik.Rasanya nak didik anak supaya meneruskan hobi ni.Maklumlah,hobi mengumpul teko ni mendapat bangkangan keras.Diaorang geng dengan abahnya menentang hobi aku.Nak test market hobi mengumpul setem pulak..tengok macamana sambutannya.Inilah setem-setem yang ada dalam koleksi.Sayang sangat..


Setem gambar kartun kat atas sekali tu,setem Jepun tahun 1989.Cute sangat.


Ini pulak koleksi haiwan dan buah-buahan,juga flora dan fauna.

Setem sempena pembebasan Palestin,gambar Masjidil Aqsa.Saiz besar daripada biasa.


Koleksi setem dari India.Ori tau,mamak kedai yang bagi.Ada setem gambar keretapi,mana boleh lari,itukan identiti..tak real kalau takdak keretapi.

Koleksi luar negeri,ada setem Peranchis keluaran tahun 1980,pemberian seorang kawan yang bernama Dayangku Maizatul Akmal Umi Kalsum Tengku Hamid.Sebab nama dia panjang,sebab tu ingat sampai sekarang.


Jika ada yang gemar mengumpul setem,jangan lupa 9 Julai ni ada keluaran setem khas yang memaparkan gambar-gambar rumah tradisional di negara kita.Menarik tu,bukan sekadar setem,tapi juga sumber ilmu pengetahuan.

4 ulasan:

  1. Banyakkkkkkkkk nyeeeeee koleksi setem ni..Jeles sangat..hehehe

    BalasPadam
  2. klu xnak simpan lagi setem tue, boleh jual kat saya

    BalasPadam
  3. email me khaileyyeo@yahoo.com

    BalasPadam
  4. yg ade lebih dari 1 boleh x tukar ngan setem saye..?

    BalasPadam