Sabtu, 29 Ogos 2009

Sekadar Di Pinggiran

Salam hari minggu kepada semua rakan antik.Waduh..melihat tayangan perdana rakan-rakan lain,teruja dibuatnya,terutama koleksi tureen Yatt,sabar..sabar..Sebelum cerita benda lain,nak ucap terima kasih dulu kepada rakan blogger yang telah sudi mengirimkan aku pinggan bujur bunga ros hitam ni.Suka sangat,sesuai dipadankan dengan cawan ros hitam yang sedia ada.Terima kasih laling..semoga murah rezeki.

Hari minmggu tak ke mana-mana,sekadar di pinggiran je,jengah jelah kedai apek dekat rumah,kebetulan ke pasar.Bukannya apa,kalau tak pegang benda baru,rasa tak boleh duduk.Inilah penangan kumpul barang lama ni,macam berhantu pulak,hehe..
Tujuan pergi tu nak cari washer lama ni,dah ada satu,ingat nak le sepasang.Tengok dalam blog lain,cantik washer lama ni bila diberi sentuhan folk art.Tapi,dah habis...
Tinjau-tinjau kedai apek tu,nampak pula jag besar ni,rasa berkenan pulak.Murah pulak tu,RM5 je,beli dan balik rumah,sambil-sambil goreng ayam,tampal la sticker.Itu je yang ada..


Biasalah kalau pergi kedai barang lama ni,leher kena panjang lebih sikit..nampak la pulak creamer bunga terung,belilah juga walaupun takde set lain.Manalah tau kut-kut esok lusa jumpa teko atau cawannya.
Itulah saja hasil tangkapan semalam,ibarat cencaru makan petang,setakat mengalas perut,tak kenyang pun.

2 ulasan:

  1. salam dan tentu dah selamat berbuka puasa...wah..bestnya tgk koleksi kamu ni..jelouslah akak...

    BalasPadam
  2. salam k.ina,jgn jealous kak,biasa-biasa aje.ala kadar,setakat yg jumpa

    BalasPadam