Jumaat, 3 September 2010

Tunjuk sana sini

Assalamualaikum buat yang sudi singgah di teratak hamba ini...
Yahoo...sekolah dah cuti.Jangan kata budak sekolah,cikgu sekolah pun happy giler.Tapi kalau ada anak nak ambik exam,mungkin semangat raya tu kureng le sikit kan.Sebab...masuk sekolah tak berapa hari dah nak exam.Cikgu pun sama,buka sekolah."bersilat" le balik.Sebelum cuti pun dah 3 set kertas latihan percubaan negeri lain dibekalkan kepada pelajar.Biasalahkan...kerja kita.

Persediaan raya...inilah kuih tunjuk2 yang telah berjaya"ditunjuk"khikhi...Kalau yang pandai buat sendiri macam Kak Nor,Aida,Mat Gebu semua tu...ish..takdak deme pandangnya kuih tunjuk2 ni.Buat sendiri mestilagi best,ikut citarasa sendiri.Awak ni pulak...hehe..citarasa hebat,nak yang sedap,tapi sendiri bikin...tunjuk juga pandai,hehe..Budak2 pun memilih jugak,kalau tak sedap,sampai sudah depa tak makan.

Wajib ada,tart nenas.Alhamdulillah,sedaplah yang akak beli ni.Yang hitamni,crispy creepe..entahlah,macam2 nama,pun sedap jugak,anak2 gerenti suka.Jadi terpaksalah disorok.Kalau tak, sampai raya,tinggal bekas je.Tunjuk sana tunjuk sini,dah beratus akak habis.Harga di Ipoh dan Tapah rasanya okey lagi.Di Ipoh,3 bekas (<>50bj) harganya RM50.Di Tapah pulak,RM15 aje.
Sudi-sudilah bertandang....





1 ulasan:

  1. wow sedapnya, kuih2 kak Shas ni...
    tak pe, bila Adib dah besar nanti barulah buat kuih raya sendiri.
    La ni tunjuk2 ajelah.

    BalasPadam