Ahad, 28 Februari 2010

Biarkan Lalang Tumbuh Lagi

Salam hari minggu.Wah...dasyat hunting nampaknya rakan-rakan antik semua.Kata dah insaf,nak kurangkan hunting,khekhe...tapi...tengok tu,penuh bonet keta.Layan jelah hobi kita ni,selagi ada barang dijual,esok-esok stor apek dah kosong,ramai-ramai kita berhenti.

Ini pulak hasil hunting online,senang..Piring cawan dari kedai Wan Penang,piring kuih 7inci tu pemberian Kak Saidah masa barter dengan dia dulu.Cawan janda plak hasil barter dengan Yatt,lamaaaa dulu.cantik cawannya sebab berlekuk-lekuk macam dagu Siti Nurhaliza,hahaha..

Ini yang paling akak suka,sugar dan creamer daripada Mrs.Nor.Kalau hunting sendiri nak jumpa dua benda ni,tunggu patah kaki kut baru jumpa.Entah pasaipa,sepanjang mengumpul barang lama ni,akak jarang berjumpa bekas sugar dan creamer .Sebab tu lah semua koleksi akak takdak dua benda ni.Satu tu,tutupnya cacat sikit,takpalah..akak rembat jugak.

Makanya...membesarlah lalang di rumah akak,sebiji teko aladin,6 pasang cawan,sebiji piring kuih,sugar dan creamer.Yang mahalnya,teko memang daripada koleksi mertua akak sendiri.




Okey...teruskan hunting,layan jelah hobi kita ni.Mana tau,esok-esok jadi harga koleksi lama ni,ramai-ramai kita jadi orang kaya pulak,khekhe...

5 ulasan:

  1. salam kak. Fuhyoo bergaya betul set bunga lalang shas nie..Hampir lengkap dah nie..so beautiful & menikam kalbu.(Set shariff sendiri pun sempurna lagi..)

    BalasPadam
  2. salam kak shas.
    Cayalah tajuk n2 akak ni, ala2 tajuk novel gitu hehe... saya ada sepasang je cwn lalang ni dapat dr kak Aton.

    BalasPadam
  3. shas<shariff
    tkasih shariff,yang mahalnya teko tu confirm koleksi lama sebab dari simpanan mertua.jumpa pun tersorok dalam store.

    shas<ryana
    mcm tajuk novel ke?hahaha.ryana takdak set ni,tapi ada set lain yg akak takde,mcm set pemandangan gunung fuji tu,cantikkkk sangatttt

    BalasPadam
  4. Salam Shas... wah...jangan biarkan lalang-lalang itu tumbuh melata... nanti bunga lain tak mahu timbul, cthnya mawar berduri juga tidak mahu berkembang! ... hehehe.... yang pasti daku menanti kehadiran mawar berkembar (apalagi...twin roses lah...) hehehe...

    BalasPadam
  5. cantiknya set bunga lalang tuu.. cwnnya pun unik berlekuk2 .. tak pernah saya nampak sebelum ni.
    hanishaimigaleryantik.

    BalasPadam