Ahad, 18 Oktober 2009

Warisan orang lama

Salam hari minggu.Hari ni pergi beraya kali kedua ke rumah emak saudara sebelah suami.jadi,nak sharelah apa yang akak jumpa di rumahnya.Sebelum tu nak minta maaf dulu,sebab kualiti gambar tak memuaskan,maklumlah tangkap pakai handphone cikai,cap ayam..hehe..ayam pun mahal tau la ni.
Ishh...naik juling mata awak menengok koleksi Mak Ungga ni(panggilan orang Perak).Kiranya,taraf orang dolu-dolu, dia ni jenis orang berduit jugakla.Moh kita nengok apa yang ada dalam almarinya.

Satu set lengkap kaler pink,isshh..geramnya.Siap teko aladin lagi.Ini hadiah dia dapat masa kahwin dulu.Kiranya dah 40 tahun lebih.


Ini pulak set pinggan dan piring meakin.Ada dua kaler,pink dan blue.


Haa..teko kangkung,bentuknya lain sikit.Kakinya slim,bunganya terbeliak gitu,cantikkan...

Ini plak set dumex,cukup lengkap.Piring pun banyak biji.

Ini plak tureen biru.Kalau tengok live,lagi cantik.Banyak lagi tureen tapi takde tutup.
Pastinya yang ni paling menggoda,set meakin.Sayangnya,tutup teko dah pecah.Set ni digunakan untuk hidangan pengantin sewaktu perkahwinan opah dulu.


Memang geram menengok koleksi Mak Ungga ni.Jangankan percuma,minta nak beli pun dia taknak jual sebab semuanya ada kenangan tersendiri.Dalam hati..kalaulah my MIL ada set macam ni,alangkah seronoknya,hehe...dasar menantu hantu,pikir nak rembat je.Okies..layann.

4 ulasan:

  1. ♥ Baru nak tanya kot2lah Mak Ungga nak jual. Rupa2nya dia sayang kat koleksi pinggan2nya. yang bestnya mak Ungga simpan koleksi DUMEX tu...

    ♥ Bila tengok koleksi Mak Ungga ni, teringat pula nak tanya mak Saudara kot2lah ada koleksi pinggan mangkuk lama2 tinggalan arwah OPAH saya...

    BalasPadam
  2. haa..tu la,telan ayaq liuq la akak.tanya..jgn tak tanya.mana tau pasni jadi peminat antik pulak.ada la geng nak merayau

    BalasPadam
  3. kak shasssssss!!!!
    lawa tuh set meakin gumukss & tureen tu..setengah tu memang sayang barang..saya penah mintak tok sedara saya umuq 80++.. jual piring dodol..dia pun takmau letgo..nostalgia katanya..betul le tu kan..kot2 kita dah tua nanti sama cam diorang..hukhuk.. ;)
    btw..yg set pink atas sekali tu saya ada cawan dia..tapi piring cawan takdak..mak ungga dasat no ada complete set lagi..huhu..

    BalasPadam
  4. yatt...orang dulu2 tu sayang sebab bukan senang depa nak dapat semua tu.yelah..dulu nak beli barang2 ni,lama kena kumpul duit,bukan macm kita la ni,tak cukup duit kertas,duit plastik kita tenyih...akak la tu,hehe

    BalasPadam