Assalamualaikum kepada rakan-rakan,pengunjung,peminat antik yang membaca coretan ini.Paparan kali ni ialah koleksi teko kangkung.Mulanya dulu,langsung tak minat bunga kangkung ni.Alih-alih bila asik tengok koleksi orang lain,dah jatuh chenta plak.Akhirnya,inilah yang ada.Tapi tak bercadangpun nak kumpul set lengkap (psstt..dalam almari MIL banyak you pinggannya..hehe).
Teko di bawah ni konpom koleksi lama sebab asalnya koleksi MIL.Dah berkenan sangat,belikan MIL teko kangkung generasi baru,kononnya tukar la.Tapi rasanya bukan tukar suka sama suka,awak sorang je yang suka,hehe...
Ini pulak,asalnya tiga dara pingitan,kini tinggal berdua.Satu lagi dah dieksport ke Pahang.Tuan barunya (sapa lagi.kak Nor64 le)punyalah suka,dah guna pun...seronok rasanya bila dapat membuat orang lain gembira,sebab kita paham macamana perasaannya bila mendapat satu pemberian yang memang kita idamkan.Insyaalallah,hari ni kita gembirakan orang,esok-esok orang lain pula gembirakan kita.Bak pusingan roda.Teko ni walaupun nampak sama tapi ada perbezaannya,iaitu rim emas pada muncung dan penutup.
Akhirnya,dapat juga memiliki aladin kangkung ni,pelengkap segala koleksi.Jangan taktau,rezeki...jumpa di Memory Lane,Ipoh.Peniaga lain di situ jual sampai Rm60 lebih,abang tu jual Rm25 je.Cakap le lembut-lembut sikit,hehe....Tak sabar nak pegi ML,apalah koleksi yang ada pada abg tu ....
Bentuk teko ni biasa je,specialnya tutup dia ada bunga.Yang ni ada extra,kalau nak barter dengan teko lain,caling2 ok...Kalau nak beli,akak jual mahallll tau!Baiklah barter,hehe
Ini pulak,special....dari Kedai Antik Ibu Welly.Member berniaga,kenalah support,tak gitu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan