Isnin, 26 Oktober 2009

Koleksi Maple

Assalamualaikum.N3 kali ni nak tunjuk hasil hunting di Memory Lane semalam.Tinjau sana,tinjau sini,takde benda yang rasa berkenan sangat.Tapi....kena beli jugak sebab pesen cik abang kita,kalau dia dah bawa pergi,tut-tut kita balik lenggang kangkung,mulalah dia merungut,huh...penat je datang,setakat nak tengok2,baik jangan datang.Jadi,tak kuasa nak dengar ayat power tu,sambar je lah set daun maple kelabu ni.Bak kata orang buta warna"kelabu taik anjing".Hah..ambik ko..mana pinkish macam selalunya?Cop belakangnya Siyei China,Japan.

Mulut cawan ni lebar sangat,bukan mulut jahat lagi,tarap mulut puaka dah.Bak kata orang"senyum samapai telinga"


Lengkap 6 cawan dan piring,creamer dan sugar pot.Tengok tekonya,ha..besar.Tak tahulah nak simpan ke tidak set ni,kut-kut ada yang nak meminang,hantaran pun tahap artis gitu..haha..apa salahnya.
Set maple bawah ni,biasalah,ramai rakan antik dah ada.Sorry Nannie,akak cilok gambar dari rumah Nannie ye..Teko hasil barter dengan Su Antik,cawan pula hasil barter dengan Yatt.

Ini pulak teko maple purple,teko cari makan,sebabnya..dengan teko ni lah akak barter dengan rakan -rakan blogger,dapatlah set lain.

Ini pulak teko dan sugar pot maple kuning.Jadilah ada ini,tak berhasrat nak lengkapkan set ni sebab biasanya set porcelain ni mudah retak seribu.

3 ulasan:

  1. kak shas, cantiknya mapel warna kelabu ni. nampak exclusive warnanya. ada tak lagi kat memory lane tu???

    BalasPadam
  2. salam shas.

    cantik lah tea set kelabu tu. lebar betul mulut cawannye, kan. unik sikit..

    BalasPadam
  3. shas to ibu emy
    ada satu set ni je.sebenarnya Izan dah nampak,tapi dia tak beli,akak punrembatlah.dah tertulis dia nak duduk dgn akak,hehe

    shas to k.gee
    mulanya ingat taknak simpan,dah ramai kata cantik, nak simpanlah.bukan senang nak jumpa lagi

    BalasPadam