Khamis, 25 Jun 2009

Tag daripada Aini


Nak cerita bagi,tag ni daripada Aini.Mulanya taktau camna nak buat,tp sbg tanda menghargai Aini,akak cuba buat juga.Masa ni mu tgh nyenyak tidur dah mek aini oii..
Macamna kenal Ainie..sebelum buat blog,aku buat fotopage,pasal pinggan mangkuk lama jugak la.Satu hari buka blog Ainie,ada entri pasal 4Roses.Kebetulan aku ada set piring lebih.Ainie pun nak beli...dari situ,kami bersms dan berbual di telefon.Ramahnya Ainie ni,jadi cepat mesra.Masa aku terkial-kial nak buat blog,akupun tak malu,bertanyalah daripada Ainie.Dengan gaya seorang pakar komputer,Ainie telah mengajar aku hingga menjadilah blog aku.Kepala kami lebih kureng je..happy go lucky...

Tentang SHAS..
-sangat simple,nak ceria selalu,tak suka pikir masalah lama-lama
-jenis tak skema,kalau orglain,lepas A mesti B, aku..C pun boleh
-sabar..pemaaf,kalau org buat apapun,biarlah...tuhan kan ada
-peramah kalau dah kenal,tp sukar memulakan persahabatan
-kalau tak kenal,org akan kata berlagak,sombong..nak buat camna,muka takde aura..haha.
-kadang2 mulut boleh tahan juga..biasalah,org utara kalau bergurau
- tak suka masak,tp suka makan..
- suka meraikan tetamu,kalau dtg,balik mesti perut kenyang.Malas masak..beli..
-Hantu laksa...sarapan makan laksa,tengah malam pun boleh makan laksa.


Jadi..kalau bertandang ke rumah sapa-sapa,hidangkanlah laksa..hehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan