Selasa, 24 Mei 2011

Projek Hari Wesak

Salam ceria...
Kali ni akak nak kongsi projek hari wesak lepas,iaitu projek mengangkut almari/perabot lama.Bukan calang-calang hangkut,siap sewa lori lagi.
Ramai yang bertanya,beli ke perabot lama ni,ambik dari mana?
Ceritanya,perabot ni semua dari rumah tinggalan nenek rakan sekerja akak.Rumah dan tapaknya tu dah pun dijual,tetapi pemilik baru benarkan jika mahu mengambil perabot di dalamnya.
Berapa ramailah yang minat dengan perabot lama macam ni kan...kebetulan tahu minat akak ni,rakan sekerja pun mempelawa akak untuk mengambilnya kerana rumah pusaka ni mungkin akan dirobohkan oleh tuan tanah baru.Masa ambik ni free la,tapi takkan le tergamak nak ambik free kan,sedekah la sikit atas nama amal jariah bagi pihak arwah.Kata pepatah,orang berbudi kita berbahasa.....tak gitu :)

Kerusi ni ada 3 biji,akak ambik jugak sebab sayang,tengok kayunya cantik lagi...goyang sikit2,nak kena repair lah..nama pun barang lama kan...Model dalam gambar ni tengah merasmikannya sebaik turun lori :)...bersama pakaian rasmi di rumah..

Ni pulak almari pinggan mangkuk.Mulanya tak cadang nak ambik,tapi bila teliti tengok,oh...semuanya kayu,bukan plywood,hangkut jugak le..alang2 sewa lori kan...hihi


Ni pulak almari solek retro.Buruk kan...tapi insyaallah,esok lusa akan berubah wajah.Dah siap gosok dengan kertas pasir,tinggal nak syelek je..Pun semuanya kayu padu.

jeng...jeng,almari lauk ni yg paling menggoda akak sebenarnya.Memandangkan saiznya agak tinggi,kayu sepenuhnya,banyak kerja ni nak kena buat...sabar dulu.

Jaring ni akan ditukar dengan kaca ..supaya nmpak rupa PML kat dalamnya.

Ni almari baju,kecik je..tapi semuanya kayu solid,tu yg buat akak berkenan tu.Ni senang kerja sebab lurus je...

Sambil2 gosok almari ni,terlintas di fikiran akak
"ish...bodoh ke cerdik aku ni,kat kedai banyak perabot baru,cantik2,yg aku pi gosok perabot lama ni buat apa"
TAPI...kalau hati dah suka,semuanya indah saja ,kannn :)
Layan je lah minat ni...sambil2 release tension.

2 ulasan:

  1. hehehe..xpe kak...yg baru x sama dgn yg lama..apepun yg lama tetap indah mata peminatnye..hehhee

    BalasPadam
  2. perabot mcm ni la yg peminat antik cari ni...kualiti kayu memang bagus kan kak..tak mcm perabot skrg tak tahan lama.

    BalasPadam