Ahad, 3 April 2011

Aladin buluh emas

Salam hari minggu.Hari ni nampaknya tak keluar ke mana-mana.Jalan pun sesak sangat semalam.Sapa-sapa dari KL menghala utara,nak masuk R&R Tapah pun sampai tak boleh,dek penuh sesak.Mungkin situasi hari ni sama jugak,menghala ke Kuala Lumpur pulak sesak.Amboi..dah macam info traffic ERA pulak.Cuma info basi lah..sebab cerita hal semalam,hihihi...

Okey..sekadar berkongsi koleksi teko buluh emas yang dah lama diperolehi.Masih bersinar-sinar lagi ,takde cacat celanya.

Sepasang burung di celah rimbunan buluh,memandang ke arah bulan mengambang.Nak simpan set-set bermotif haiwan nipun,akak merujuk kepada 3-4 orang ustaz ustazah jugak le.Bila derang kata okk..barulah berani simpan.

Sayangnya,set ini hanya mengandungi teko,sugar dan creamer saja.Insyaallah..ada rezeki,jumpalah cawan-cawannya.

Buat sementara,akak padankan dengan cawan geisha bermotif pokok kelapa.Tapi,keciklah pulak cawan ni,macam tak ngam je saiznya.


Insyaallah..cawan geisha ini akak berpindah milik kepada yang lebih berhak menyimpannya kerana sudah lengkap dengan teko dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan