Jumaat, 4 Februari 2011

Gelas Lama

Salam ceria.
Sekadar berkongsi,koleksi terbaru akak iaitu gelas oren keemasan.Walaupun sebelum ni langsung tak minat kumpul gelas,tapi,akak tewas dengan gelas oren ni,sekali pandang terus jatuh chenta. Anak pun puji kata cantik,tak penah2 depa puji koleksi ibu,ibu pun apalagi..kembang bermangkuk-mangkuk :)


Pandang gelas ni,terus teringat bekas kuih kepunyaan Ezani.Sama kan...


Kalau mengikut maklumat yang diberikan oleh Taj,yang pakar tentang info2 barangan lama ni :set kaca ni amat fames pada penghujung tahun 60an sehingga awal 70an....set ni amat nipis kaca nya dan menyebab kan ia amat rapuh jadi x lama d pasaran kerana pembeli mula beralih kepada set dari amerika buatan kaca dengan hiasan potongan permata.......
Bermakna set kaca oren ni sudah lama le kan..perhatikan motif dedaun yang terdapat pada gelas oren keemasan ni,memang cantik.

Bagaimanapun,gelas ni tidaklah nipis sepertimana gelas2 lama lain.Tebal macam gelas biasa,kata orang "tak seriau" nak letak di mulut.Sesuai digunakan :)

Okey..layan pikas,bye2...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan