Isnin, 6 Disember 2010

Istimewanya Kangkung

Salam ceria
Paparan kali ni sekadar berkongsi minat yang tak pernah padam dalam mengumpul pelbagai variasi kangkung (amboi..skema ayat akak hari ni,huhu..)
Tak dapat banyak,ada sebiji dua sebagai sample pun jadilah kan.

Okey..mai kita tengok yang pertama,biasalah,cawan mulut lebar.Warna bunga cam ni selalu kita jumpa kan.


Ini pun cawan ML jugak,tapi akak sukaaaa kaler bunga ni.Sayangnya ada sebiji saja.

Okey..ini pulak sangat istimewa.Cuba tengok,dalam cawan ada bunga you...Perhatikan tangkainya,bertatah emas lagi,hehe...taktau apa benda,tapi warnanya keemasan macam suasa/tembaga.


Bunga dalam cawan ada sebelah saja,berbeza dengan cawan over J di bawah.

Cawan over J ni bunganya di kiri dan kanan,tapi diluar takdak bunga,kosong je.Alangkah meriahnya kalau di luar cawan pun ada bunga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan