Jumaat, 29 Oktober 2010

Indahnya Pemandangan

Assalamualaikum....
Ahad lepas berkesempatan ronda-ronda di Loken.Sebenarnya pergi tu takde tujuan atau benda nak caripun,sebab kebelakangan ni susah nak jumpa teko antik yang cun-cun.Oranglain dah sambar dulu kut.Maklumlah...orang pergi lepas subuh,awak ni dah meninggi hari baru nak hulur kaki.Memanglah,kutip tapak kasut jelah!

Tapikan,sesuatu yang menarik di satu gerai jual pinggan mangkuk antik ni,akak terjumpa dengan dua orang yang sakan memborong cawan-cawan lama ni.Kalau pompuan ni,no heran lahkan,ini lelaki.Kita kenai Mat Gebu dengan Ezani je,pasti di luar sana ramai lelaki yg pun suka mengumpul pinggan mangkuk lama ni.Kata penjual tu,dah banyak kali cik abang ni borong dari dia.Ish..ish..laki aku je yang minat!!Masuk dalam keta,apalagi,akak pun sakanlah buka cerita apa yg dilihat tadi.Bukan apa,nak bagi cik abg kita tu sedaq sikit,hobi isteri dia ni,bukan hobi terpencil,tetapi RAMAI suku-sakatnya diluar sana.Cerita ada makna,hehe...

Jalan-jalan...akak tertarik dengan satu sugar pot made in Japan yang bermotifkan pemandangan.Rasa-rasa nak buat gambar bersiri pulak,dipadankan dengan teko yang sedia ada.
Okey...ini pemandangan pada teko yang dah lama akak beli di Loken.Macam lukisan kan...


Ini pulak pemandangan pada sugar pot.Ada pokok sakura lagi...

Rumah comel,didepannya jambatan merentasi tasik kebiruan.I like...cantik sangat pada pandangan mata akak.


Rasanya tak lari rumah,bukit,tasik...unsur inilah yang ada dalam kebanyakkan pemandangan pada pinggan mangkuk lama keluaran Jepun.Mesti ada cerita disebaliknya kan,berkait dengan kepercayaan,budaya....tapi tak koser pulak akak nak mencari tafsirannya.

Yang pasti,akak dah jatuh cinta dengan koleksi pemandangan ni.Lepas ni,ada alasan nak ke Loken selalu,hehe..

1 ulasan:

  1. akak....akak cter pasal loken, rindu pulak sy..dah 3 bln lbh x pi...hehehe....byk la agaknye yg dah sy melepas...heeehehe...
    tp kan kak, mmg dr dulu rmi org2 laki borong pinggan mgkuk lama kat loken tu..dah lama sy peratikan...budak2 muda laki ramai...dlm hati sy, 'xla aku rasa malu nak kumpul pinggn mgkuk lama ni, rupenye ada jgk lelaki lain yg minat" hehehe

    BalasPadam