Sabtu, 31 Oktober 2009

Kangkung lagi

Salam semua,nampaknya hunting semalam takde luck la,langsung tak dapat teko.Alang-alang dah sampai kedai,ambik je lah piring kangkung leper tapi melengkung di tepinya.Macam piring alas cawan tu,cuma saiznya besar dalam ukuran 9".Tapi ini bukan antik punya ,rasanya keluaran baru.Bila diletak sebelah keluaran lama,nampak sangat,yang baru ni kurang berkilat.Bunga pun tak sama terang.Apapun,rembat jelah sebab bentuk ni jarang jumpa di kedai pinggan mangkuk...sekadar menambah variasi kepada koleksi yang ada.



Khamis, 29 Oktober 2009

Tureen Dumex


Salam...saja nak tunjuk tureen dumex yang kita jumpa di Memory Lane Ipoh minggu lepas.Tengok je tureen ni,teringat kepada Kak Nor.Harganya dalam RM150,tapi masa Izan tanya,rasanya lain pula harganya.Macam tu lah...sepuluh orang tanya,harga lain-lain.Kalau ada yang nak kirim tu,minta maaf ye,sebab Ipoh dengan rumah kita,jauh,pergi balik 120 km lebih,jadi tak dapatlah nak pergi selalu.Bulan November pun baru mengambang,kang tak sempat hujung bulan dah gerhana,paham-pahamle..Saja tunjuk,nak bagi kak Nor terliour,haha....manatau..,ada pulak rombongan cik kiah sampei ke Perak ni.

Isnin, 26 Oktober 2009

Koleksi Maple

Assalamualaikum.N3 kali ni nak tunjuk hasil hunting di Memory Lane semalam.Tinjau sana,tinjau sini,takde benda yang rasa berkenan sangat.Tapi....kena beli jugak sebab pesen cik abang kita,kalau dia dah bawa pergi,tut-tut kita balik lenggang kangkung,mulalah dia merungut,huh...penat je datang,setakat nak tengok2,baik jangan datang.Jadi,tak kuasa nak dengar ayat power tu,sambar je lah set daun maple kelabu ni.Bak kata orang buta warna"kelabu taik anjing".Hah..ambik ko..mana pinkish macam selalunya?Cop belakangnya Siyei China,Japan.

Mulut cawan ni lebar sangat,bukan mulut jahat lagi,tarap mulut puaka dah.Bak kata orang"senyum samapai telinga"


Lengkap 6 cawan dan piring,creamer dan sugar pot.Tengok tekonya,ha..besar.Tak tahulah nak simpan ke tidak set ni,kut-kut ada yang nak meminang,hantaran pun tahap artis gitu..haha..apa salahnya.
Set maple bawah ni,biasalah,ramai rakan antik dah ada.Sorry Nannie,akak cilok gambar dari rumah Nannie ye..Teko hasil barter dengan Su Antik,cawan pula hasil barter dengan Yatt.

Ini pulak teko maple purple,teko cari makan,sebabnya..dengan teko ni lah akak barter dengan rakan -rakan blogger,dapatlah set lain.

Ini pulak teko dan sugar pot maple kuning.Jadilah ada ini,tak berhasrat nak lengkapkan set ni sebab biasanya set porcelain ni mudah retak seribu.

Rabu, 21 Oktober 2009

Koleksi Teko Kangkung

Assalamualaikum kepada rakan-rakan,pengunjung,peminat antik yang membaca coretan ini.Paparan kali ni ialah koleksi teko kangkung.Mulanya dulu,langsung tak minat bunga kangkung ni.Alih-alih bila asik tengok koleksi orang lain,dah jatuh chenta plak.Akhirnya,inilah yang ada.Tapi tak bercadangpun nak kumpul set lengkap (psstt..dalam almari MIL banyak you pinggannya..hehe).
Teko di bawah ni konpom koleksi lama sebab asalnya koleksi MIL.Dah berkenan sangat,belikan MIL teko kangkung generasi baru,kononnya tukar la.Tapi rasanya bukan tukar suka sama suka,awak sorang je yang suka,hehe...

Ini pulak,asalnya tiga dara pingitan,kini tinggal berdua.Satu lagi dah dieksport ke Pahang.Tuan barunya (sapa lagi.kak Nor64 le)punyalah suka,dah guna pun...seronok rasanya bila dapat membuat orang lain gembira,sebab kita paham macamana perasaannya bila mendapat satu pemberian yang memang kita idamkan.Insyaalallah,hari ni kita gembirakan orang,esok-esok orang lain pula gembirakan kita.Bak pusingan roda.Teko ni walaupun nampak sama tapi ada perbezaannya,iaitu rim emas pada muncung dan penutup.

Akhirnya,dapat juga memiliki aladin kangkung ni,pelengkap segala koleksi.Jangan taktau,rezeki...jumpa di Memory Lane,Ipoh.Peniaga lain di situ jual sampai Rm60 lebih,abang tu jual Rm25 je.Cakap le lembut-lembut sikit,hehe....Tak sabar nak pegi ML,apalah koleksi yang ada pada abg tu ....

Ini pulak teko paling comel dalam koleksi ni.

Bentuk teko ni biasa je,specialnya tutup dia ada bunga.Yang ni ada extra,kalau nak barter dengan teko lain,caling2 ok...Kalau nak beli,akak jual mahallll tau!Baiklah barter,hehe

Ini pulak,special....dari Kedai Antik Ibu Welly.Member berniaga,kenalah support,tak gitu..
ok..layannn.

Isnin, 19 Oktober 2009

Jumpa Kak Saidah

Salam semua...semalam on the way nak pergi kenduri di Ipoh,sempatlah berjumpa Kak Saidah- blogger My Life My Story.Kat mana jumpa...depan Riamoda,bukan nak borong kain tapi nak tukar koleksi.Buah tangan pertama daripd Kak saidah ialah teko pink roses.Walaupun cacat sikit,takde penutup kira okeylah tu,bertambah lagi koleksi teko comel dalam koleksi.Hari ni terjumpa pula sebiji piring yang serupa.



Ini pula buah tangan kedua,teko mini pink yellow roses.Tak kisahla sompek sikit,janji si gemuks dah ada girlfriend.



Terima kasih kak...lain kali kalau ada yang serasi bersama,kita barter lagi ya..

Ahad, 18 Oktober 2009

Warisan orang lama

Salam hari minggu.Hari ni pergi beraya kali kedua ke rumah emak saudara sebelah suami.jadi,nak sharelah apa yang akak jumpa di rumahnya.Sebelum tu nak minta maaf dulu,sebab kualiti gambar tak memuaskan,maklumlah tangkap pakai handphone cikai,cap ayam..hehe..ayam pun mahal tau la ni.
Ishh...naik juling mata awak menengok koleksi Mak Ungga ni(panggilan orang Perak).Kiranya,taraf orang dolu-dolu, dia ni jenis orang berduit jugakla.Moh kita nengok apa yang ada dalam almarinya.

Satu set lengkap kaler pink,isshh..geramnya.Siap teko aladin lagi.Ini hadiah dia dapat masa kahwin dulu.Kiranya dah 40 tahun lebih.


Ini pulak set pinggan dan piring meakin.Ada dua kaler,pink dan blue.


Haa..teko kangkung,bentuknya lain sikit.Kakinya slim,bunganya terbeliak gitu,cantikkan...

Ini plak set dumex,cukup lengkap.Piring pun banyak biji.

Ini plak tureen biru.Kalau tengok live,lagi cantik.Banyak lagi tureen tapi takde tutup.
Pastinya yang ni paling menggoda,set meakin.Sayangnya,tutup teko dah pecah.Set ni digunakan untuk hidangan pengantin sewaktu perkahwinan opah dulu.


Memang geram menengok koleksi Mak Ungga ni.Jangankan percuma,minta nak beli pun dia taknak jual sebab semuanya ada kenangan tersendiri.Dalam hati..kalaulah my MIL ada set macam ni,alangkah seronoknya,hehe...dasar menantu hantu,pikir nak rembat je.Okies..layann.

Khamis, 15 Oktober 2009

Set Mini Wild Roses

Salam semua.Set mini @ children set ni dah lama berada dalam simpanan.Sesuai untuk hiasan saja sebab cawannya kecil sangat.Teko plak takdelah kecik sangat.Kalau ada yang teringin nak barter set ni dengan set lain atau teko,bagitau ye.Piring wild roses dua biji tu tak masuk tau...itu lah koleksi kesayangan hamba.




Selasa, 13 Oktober 2009

Cawan pink

Salam semua.Selalunya koleksi akak ni penuh munge,kalerpul gitu..hari ni tukar selera plak.
Kali ni yang kosong tapi kaler masih lagi pink....pink terang.
Memang tak sesuai pun dengan teko yang ada.
Teko tu soft pink,tapi bentuknya kalau tengok di luar memang cantik,buatannya pun nampak halus,kemas.Cawan pink ni kalau digandingkan dengan piring roses tu nampak cantik jugak kan...ke mata aku je nampak cantik?Hehehe





Ahad, 11 Oktober 2009

Teko Burung

Teko Burung
Salam semua.kali ni kita layan teko burung,amacam Cik Su Antik,boleh ke kawan dengan burung Cik Su?Gayanya macam burung merak,ekor panjang,tapi ala-ala pemalu giteww..ekornya tak dikembangkan.Comel je teko ni....



Teko ni pula,pun akak tak berkenan.Kalau sesiapa nak barter dengan teko bunga-bunga,bagitau ye.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Pink Yellow Roses





Salam semua.Syukur dan seronok sangat hari ni sebab akhirnya bertemu juga teko idaman hatiku..pink yellow roses.Cuma..tutupnya tu macam bukan tutup asal.Tak kisahlah,janji dah dapat teko yang dicari selama ini.Pelik jugak nyonya kedai tu,bila ditanya,semedang jawabnya takdak,alih-alih panjat stor tak sampai 15 minit,turun bawa teko ni.Agaknya,dia sengaja taknak jual sekaligus kut,takut kang akak ni tak pegi lagi kedai dia.Takpun,kalau pegi takdapat teko,benda lain pulak yang dibeli,terjual jugak barang dia.Strategi orang berniaga kut..manalah tahu...yang tahu kalau tak beli barang,gatal je tangan ni,nak jugak kuar duit,hehe


Tujuan pergi sebenarnya nak cari cik hitam manis ni,dah bertambah peminatnya.Dapatlah semua koleksi di atas ni.Kiranya,berbaloilah hunting petang Jumaat ni.

Rabu, 7 Oktober 2009

Cawan

Salam semua,sorry..nak cepat,harga pun tak sempat ditanggalkan.Koleksi kali ni hanyalah cawan janda je,sebiji piringpun takdak.Selalunya di kedai apek,satu set cawan dengan piring,paling mahalpun RM7 je,tapi di kedai ni,haa..sebiji cawan jandapun,mengalahkan beli online.Buat-buat jual mahal dengan tokey kedai tu,dapatlah kurang sikit,tapi kalau dengan anak tokey,huh..sekupang pun takmau kurang.Tak cukup kaya lagi kut...dah jatuh chenta,ku beli juga.Maklumlah,ada kaler pink....tu yang cepat jatuh chenta tu.Tak pandailah pula nak bagi nama bunga apa,apapun....layanzz..



Sabtu, 3 Oktober 2009

Mangkuk Kekwa Pink

Selamat hari minggu.Pastinya masih ramai yang sibuk menghadiri open house sana sini.Kalau ada rezeki,kadang-kadang rumah yang dikunjungi tu masih banyak menyimpan koleksi lama,dapatlah menjamu mata.Kalau nasib baik lagi,silap-silap diberi bawa balik pulak.Tapi,makcik-makcik di kampung pun sekarang dah pandai,bukan main sayang lagi dengan set lama ni,awak yang menengok pulak yang menelan air liur..
Sambil-sambil jalan beraya,sempatlah singgah di kedai pinggan mangkuk,dapatlah mangkuk kekwa pink ni...pink lagi.Rembat je lah untuk menambah koleksi sedia ada.