Khamis, 16 Jun 2011

mrs pot



Keadaan tip top
fresh from apek
rm70[[termasuk pos semenanjung]

Sabtu, 11 Jun 2011

4 sale

Assalamualaikum
Sekiranya berminat dengan item dibawah,SILA BACA CONDITION BARANG DENGAN TELITI supaya tiada masalah berbangkit.
APA2 HAL:SMS/CALING:012 5345169


Teko bulat bunga kangkung,saiz sedang. Bunga besar dan terang .
TERDAPAT SEDIKIT HAIRLINE DI BIBIR MULUT TEKO.
RM65 TERMASUK POS(SEMENANJUNG)

TUREEN
SAIZ TANGKAI KE TANGKAI : ><9 IN
LEBAR MULUT TUREEN : ><6 INCI

BAHAGIAN DALAM PENUTUP ADA KESAN SUMPIK.
KALAU TUTUP TAK NAMPAKLAH.
SOLD
RM70 TERMASUK POS (SEMENANJUNG)


TUREEN
pADA LEKUK PENUTUP ADA SEDIKIT SOMPEK,TAPI TAK PERASAN PUN.KALAU RABA BARU RASA(ADA KE ORG NAK RABA TUREEN ???HIHIHI...)


LAIN-LAIN OKEY
RM70 TERMASUK POS

SOLD
SMS/CALING:0125345169
SOLD
Aladin kangkung fresh dr ladang apek
Tutup bulat seperti di atas
RM120 termasuk pos(semenanjung)
sms:012 5345169

Ahad, 29 Mei 2011

Transformasi

Syukur,akhirnya selesai.
Dah pun bawa masuk ke bilik.


Sabtu, 28 Mei 2011

Bila cuti sekolah

Salam ceria..yeahhh,sekolah cuti,rehat-rehatkan minda.
Kalau dah cuti tu,teringin le nak masak sedap-sedap sikit.Maklumlah,kalau hari bekerja,makan asal kenyang je,sedap jatuh nombor 3-4..
Tapi,bila ibu sinsing lengan nak masak,ada pulak yang tumpang dua kaki mengacau di dapur.
Tengoklah...gaya budak 3 tahun 2 bulan sedang buat horlicks.
Tak cukup tinggi,dilapiknya kerusi,hihi...

Mula2..masukkan horlicks.

Masukkan air,panas dan suam.

pastu kacau...minum.

Abaikan dapur ibu yg semak tu ye....semuanya salah Adib :)

Khamis, 26 Mei 2011

Projek mekap 1

Assalamualaikum....
Projek mekap almari pertama dah 70% siap.
Cer bandingkan rupa asal almari solek retro ni sewaktu di bawa pulang ke rumah.
Kalau kena dengan orang yang tak minat ,alamat nak kena bakor almari ni.

ok...ni rupanya sekarang :)

Pandangan sisi.



Nak kata pandai bab-bab mengisah perabot lama tu tidakla...taraf kerja keras tangan je :).Cuma seronok bila melihat perubahan wajah almari ni.
Tinggal lagi nak cat bahagian yang berwarna biru tu,mungkin dengan warna pink terang sebab almari ni dah dibooking oleh anak perempuan akak yang berusia 9 tahun.Jadi kenalah beri sentuhan feminin sikit.Akak dah bayangkan,bila cat dalam tu kaler pink,pastu letak semula cerminnya,susun anak2 patung comel,hiasan2 comel ke...waaa,mesti cantik.
hehe...jangan alih-alih jadi sentuhan kecundang dah le.

Selasa, 24 Mei 2011

Projek Hari Wesak

Salam ceria...
Kali ni akak nak kongsi projek hari wesak lepas,iaitu projek mengangkut almari/perabot lama.Bukan calang-calang hangkut,siap sewa lori lagi.
Ramai yang bertanya,beli ke perabot lama ni,ambik dari mana?
Ceritanya,perabot ni semua dari rumah tinggalan nenek rakan sekerja akak.Rumah dan tapaknya tu dah pun dijual,tetapi pemilik baru benarkan jika mahu mengambil perabot di dalamnya.
Berapa ramailah yang minat dengan perabot lama macam ni kan...kebetulan tahu minat akak ni,rakan sekerja pun mempelawa akak untuk mengambilnya kerana rumah pusaka ni mungkin akan dirobohkan oleh tuan tanah baru.Masa ambik ni free la,tapi takkan le tergamak nak ambik free kan,sedekah la sikit atas nama amal jariah bagi pihak arwah.Kata pepatah,orang berbudi kita berbahasa.....tak gitu :)

Kerusi ni ada 3 biji,akak ambik jugak sebab sayang,tengok kayunya cantik lagi...goyang sikit2,nak kena repair lah..nama pun barang lama kan...Model dalam gambar ni tengah merasmikannya sebaik turun lori :)...bersama pakaian rasmi di rumah..

Ni pulak almari pinggan mangkuk.Mulanya tak cadang nak ambik,tapi bila teliti tengok,oh...semuanya kayu,bukan plywood,hangkut jugak le..alang2 sewa lori kan...hihi


Ni pulak almari solek retro.Buruk kan...tapi insyaallah,esok lusa akan berubah wajah.Dah siap gosok dengan kertas pasir,tinggal nak syelek je..Pun semuanya kayu padu.

jeng...jeng,almari lauk ni yg paling menggoda akak sebenarnya.Memandangkan saiznya agak tinggi,kayu sepenuhnya,banyak kerja ni nak kena buat...sabar dulu.

Jaring ni akan ditukar dengan kaca ..supaya nmpak rupa PML kat dalamnya.

Ni almari baju,kecik je..tapi semuanya kayu solid,tu yg buat akak berkenan tu.Ni senang kerja sebab lurus je...

Sambil2 gosok almari ni,terlintas di fikiran akak
"ish...bodoh ke cerdik aku ni,kat kedai banyak perabot baru,cantik2,yg aku pi gosok perabot lama ni buat apa"
TAPI...kalau hati dah suka,semuanya indah saja ,kannn :)
Layan je lah minat ni...sambil2 release tension.